Pepatah selalu berkata buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali. Niat yang mulanya baik tapi sudah jadi bahana pada orang lain.
Kelmarin petang rumah abang saya dikunjungi tetamu iaitu kawan kepada kakak ipar saya. Mereka mau berbincang tentang bagaimana mahu memberikan markah kepada student yang mengambil peperiksaan SPM tahun ini untuk subjek English.
Anak sedara saya pula dilanda kebuhsanan kerana saya sedang sibuk mentelaah drama korea. Dia bermain bedak johson yang tidaklah wangi sangat tapi saya gemar memakainya.
Dia melambung-lambung bedak itu umpama Ronaldinho melambung bola. Ronaldinho melambung mengggunakan kaki, dia melambung menggunakan tangan. Bedak itu rupanya tidak di tutup dengan rapat, lalu debu-debunya terkena pada baju kawan kakak ipar saya. Habis putih di bahagian belakang. Tetapi kawan kakak ipar saya tidak sedar kejadian yang berlaku.
Anak sedare saya baik orangnya. Dia tau die membuat perkara yang salah. Dengan seberapa pantas dia berlari mengambil tuala untuk membersih bahagian belakang baju kawan kakak ipar saya. Kejadian yang pantas itu tidak sempat saya halang.
Bedesupp..Belakang badan kawan kakak ipar saya telah dilibas dengan tuala oleh anak sedare saya. Bedak yang tidak dia sedari di bahagian belakang menghasilkan bukan saja kekotoran tetapi kesakitan. Saya kira saya paham, anak sedare mau membersihkan debu bedak itu seperti kita melibas kain jika ada debu.
Hasilnya, anak sedare di arah masuk ke bilik untuk menonton cd kegemarannya, Mask Rider Faiz. Saya meneruskan aktiviti menonton cd korea sambil tergelak di dalam hati. Kakak ipar dan kawannya meneruskan perbincangan.
Saya juga boleh memahami, kawannya mungkin agak kurang senang, (read:sakit) dengan perbuatan anak sedare saya.
Teman dan 5 Ekor Lembu
16 years ago
No comments:
Post a Comment