Raya saya terlalu busy. Hendak membalas SMS juga perlukan ketenangan masa yang jitu. Maf, maaf untuk pengirim SMS yang SMS nya tidak dibalas. Saya busy melayan kerenah orang, kereta-kereta dan juga pinggan mangkuk. Tak lupa pada periuk-periuk yang besar gedabak sehingga nenek saya yang selalu lupa dalam masa 3 minit boleh terfikir,
"ado orang kawen kat umah ni, piuk-piuk sumo dh kuar.."
Kesian untuk siapa yang dimaksudkan, tetapi yang belum berkahwin hanya saya saja. Saya ke?gulppp...
Untuk baki raya yang masih ada, saya memohon ribuan ampun dan maaf pada mereka-mereka yang saya menyakitkan atau tersakit, yang saya mengumpat atau terumpat, yang terkutuk atau mengutuk, yang mendendam atau terdendam dan lain-lain seumpamanya.
Bukan kerana hanya hari raya sahaja saya perlu memohon maaf, tetapi untuk hari lain saya ada sedikit perasan malu (baca : ego) untuk meminta maaf.
Jadi maafkanlah diri ini yang punya banyak kelemahan.
Teman dan 5 Ekor Lembu
16 years ago
No comments:
Post a Comment