Puasa sudah menjangkau 11 hari Ramadhan. Saya tetap mau bercerita kali pertama saya belajar berpuasa. 1 hari atau 11 hari tiada beza jika niat puasa masih di takuk lama.( itu saya ye.)
Umur 6 tahun, saya mula belajar berpuasa. Itupun puasa yangyok, tengah hari bukak peti ais. Budak-budak sekarang hebat, umur 6 tahun sudah boleh berpuasa tanpa tinggal walau sehari. Saya tak nampak budak lain, saya nampak anak sedara, Hafizuddin. Hebat Hafizuddin, chaiyok, chaiyok. Maksu bangga jadi mak sedare Hafizuddin. (Ini bukan maksu marah ye, sebab saya selalu panggil nama penuhnya kalo saya sedang marah dia.)
Saya belajar berpuasa dengan dorongan abah dan mak. Juga tidak lupa pada mak sedare yang menjaga saya dari kecil.
Setiap perkara sentiasa ada cabaran. Cabaran paling kuat untuk saya belajar berpuasa datang dari my brother. Saya diasak kiri dan kanan dengan pertunjukan makanan-makanan kegemaran. Saya boleh bertahan. Saya disuakan minuman, saya bertahan.
Paling akhir, saya bergaduh dengan dia. Iman senipis kulit bawang. Dengan alasan hati telah bengkak kerana bergaduh dengan kekanda, saya mohon mau minum tea o dari mak sedare. Simpati seorang ibu, saya dibenarkan. Air mata seorang perempuan ini powerkan. Umur 6 tahun, menangih selalu tiada rasa malu. Meningkat 12 tahun, menangis selalu satu kelemahan. Sebab kene ejek budak cengeng kot dari kekanda-kekanda
Dalam umur sekitar 6 tahun, saya berjaya berpuasa penuh mungkin dalam 7 atau 8 hari kot. Atau lebih. Naik darjah 1, saya tidak dibenar menggunakan lagi istilah puasa yang yok. Harus puasa penuh supaya bila besar, saya ada rasa malu mau makan di depan khayalak.
Saya berjaya. Dari sudut mata kasar, saya berjaya puasa penuh sebulan, eh tidak tertinggal sehari kerana saya muntah di dalam kelas dan rakan-rakan yang berdedikasi menyerahkan saya kepada abang saya untuk tindakan selanjutnya. Kekanda yang berumur 12 tahun, atas dasar abang yang prihatin, membelikan saya aiskrim coklat kegemaran saya. Nyum, Nyum. eh ..bulan poser
Itu dari sudut kasar saya berjaya puasa penuh walaupun tertinggal sehari. Realitinya, saya mau buat pengakuan, jeng..jeng..jeng..tarik napas dalam-dalam.
Saya menghabiskan masa dengan duduk di dalam bilik air dan minum air paip sepuas mungkin. Serius, rase macam sirap mase tu. Aktiviti dilakukan semasa mengambil air sembahyang dan mandi di waktu petang. Kepada rakan-rakan yang mempunyai anak atau adik berumur sekitar 6-12 tahun, sila pantau aktiviti mereka terutama dibulan Ramadhan, di dalam bilik air rumah sendiri.:D..
Selepas berumur 13 tahun, barulah lengkap puasa saya tanpa penipuan.
Alhamdulillah.
Nota: Dan bila sudah dewasa, puasa saya tidak pernah penuh. Isk, kenape nie?ehhehehe..
Teman dan 5 Ekor Lembu
16 years ago
No comments:
Post a Comment