2/10/2006.
Sebelum 2002, tarikh ini tiada kesan.
Selepas 2002, tarikh ini ada penanda.
Tidak boleh guna Clorox atau Daia untuk cuci penanda ini.
Tarikh ini sudah terkesan di hati saya.
Tarikh mula saya berdiri di atas normal.
Walaupun ada pahitnya untuk dikenang,
sekurang-kurangnnya ia beri satu kenangan manis pada saya.
Tarikh ini bukan cuti umum kecuali hari raya atau raya-raya di Malaysia jatuh pada tarikh ini.
Saya pernah bercuti untuk tarikh ini walaupun bukan cuti umum.
Dalam bahasa kasarnya, saya ponteng pada tarikh ini.
Tapi tidak 2/10/2004.
Saya tidak ponteng pada tarikh itu.
Saya dianugerahkan dengan darjah kebesaran.
Hait, bukan darjah kebesaran datok’-dato’ atau Tan Sri,
Artis-artis lelaki, sila jangan kejar saya.
Jujur saya katakan saya tidak pernah dan tidak impikan untuk mendapat anugerah itu.
Saya hanya diiktiraf sebagai Mahasiswa yang sudah menamatkan study.
Tidak dengan jayanya tapi dengan sederhana.
Cukup wasatiah, tapi jangan ikut wasatiah seperti saya yer, adik-adik.
2/10
Tarikh berbunga-bunga
2/10
Tarikh Permulaan hidup
2/10
Tarikh Kenangan terindah By Samsons.
Teman dan 5 Ekor Lembu
16 years ago
No comments:
Post a Comment