Tuesday, October 17, 2006

Berbuka Puasa bersama Rakan

Berbuka puasa bersama rakan di tempat yang dirahsiakan. *Untuk mengelakkan restoran itu diserbu*. Selepas makan perlu ada sessi pembayaran, ia tidak ada jika restoran itu bapak kita yang punya.

Cashier : Harga semua RM11.30
Saya seluk poket, nampak duit Rm50 sekilas pandang. Hulur pada Cashier.
Cashier hulur balik duit pada saya dengan isyarat yang saya fahami, tiada duit kecik.

Saya : Takde duit kecik le.
Cashier buat bahasa isyarat yang saya fahami dia maukan duit kecik dari saya.
Saya(dengan muka tensen) : takde duit kecik laa..

Cashier : Elo, ni u kasik RM1..
Saya malu.
Saya : Eh, seringgit ek, kejap. Nah duit.
Hulur RM50 yang sebenar.
Cashier plak muke tensen.
Orang sekeliling pandang-pandang.
Saya buat muka bodoh.
Keluar dari kedai, cerita pada member, ketawa terbahak-bahak.

Nota : Kalau nak letak duit dalam poket, sila pastikan duit yang dikeluarkan betul dengan jumlahnya.

No comments: