Monday, October 30, 2006

Naluri Lelaki

Aku adalah Lelaki
Yang tak pernah lelah
Mencari wanita

Aku adalah Lelaki
Yang selalu gundah
Menunggu wanitaku

Aku adalah lelaki
Yang selalu ingin
Dibuai wanitaku

Tolong dekati aku
Tolong hampiri aku
Tolong jamahi aku
Agar aku bijaksana
Agar aku bahagia
Agar aku merasakan cinta

Chorus :Naluriku sebagai lelaki
Membuatku menginginkan
Berjuta wanita di sisiku

Naluriku sebagai lelaki
Membuatku merindukan
Pujaan dari wanita

Aku adalah Lelaki
Yang selalu gundah
Menunggu wanitaku

Tolong dekati aku
Tolong hampiri aku
Tolong jamahi aku
Agar aku bijaksana
Agar aku bahagia
Agar aku merasakan cinta

Raye Datang Lagi

Raya saya terlalu busy. Hendak membalas SMS juga perlukan ketenangan masa yang jitu. Maf, maaf untuk pengirim SMS yang SMS nya tidak dibalas. Saya busy melayan kerenah orang, kereta-kereta dan juga pinggan mangkuk. Tak lupa pada periuk-periuk yang besar gedabak sehingga nenek saya yang selalu lupa dalam masa 3 minit boleh terfikir,

"ado orang kawen kat umah ni, piuk-piuk sumo dh kuar.."

Kesian untuk siapa yang dimaksudkan, tetapi yang belum berkahwin hanya saya saja. Saya ke?gulppp...

Untuk baki raya yang masih ada, saya memohon ribuan ampun dan maaf pada mereka-mereka yang saya menyakitkan atau tersakit, yang saya mengumpat atau terumpat, yang terkutuk atau mengutuk, yang mendendam atau terdendam dan lain-lain seumpamanya.
Bukan kerana hanya hari raya sahaja saya perlu memohon maaf, tetapi untuk hari lain saya ada sedikit perasan malu (baca : ego) untuk meminta maaf.

Jadi maafkanlah diri ini yang punya banyak kelemahan.

Tuesday, October 17, 2006

Berbuka Puasa bersama Rakan

Berbuka puasa bersama rakan di tempat yang dirahsiakan. *Untuk mengelakkan restoran itu diserbu*. Selepas makan perlu ada sessi pembayaran, ia tidak ada jika restoran itu bapak kita yang punya.

Cashier : Harga semua RM11.30
Saya seluk poket, nampak duit Rm50 sekilas pandang. Hulur pada Cashier.
Cashier hulur balik duit pada saya dengan isyarat yang saya fahami, tiada duit kecik.

Saya : Takde duit kecik le.
Cashier buat bahasa isyarat yang saya fahami dia maukan duit kecik dari saya.
Saya(dengan muka tensen) : takde duit kecik laa..

Cashier : Elo, ni u kasik RM1..
Saya malu.
Saya : Eh, seringgit ek, kejap. Nah duit.
Hulur RM50 yang sebenar.
Cashier plak muke tensen.
Orang sekeliling pandang-pandang.
Saya buat muka bodoh.
Keluar dari kedai, cerita pada member, ketawa terbahak-bahak.

Nota : Kalau nak letak duit dalam poket, sila pastikan duit yang dikeluarkan betul dengan jumlahnya.

Monday, October 09, 2006

Sampai Menutup Mata -OST Heart

embun di pagi buta
menebarkan bau asa
detik demi detik ku hitung
inikah saat ku pergi
oh Tuhan ku cinta dia
berikanlah aku hidup
takkan ku sakiti dia
hukum aku bila terjadi
reff:aku tak mudah mencintai
aku tak mudah mengaku ku cinta
aku tak mudah mengatakan
aku jatuh cinta
senandungku hanya untuk cinta
tirakatku hanya untuk engkau
tiada dusta sumpah ku cinta
sampai ku menutup mata
cintaku sampai ku menutup mata
oh Tuhan ku cinta dia
berikanlah aku hidup
takkan ku sakiti dia
hukum aku bila terjadi

Thursday, October 05, 2006

Tiket Bas

Masa berjalan pantas. Sedar-sedar sudah pukul 4.09 pm.
Besok sudah Jumaat. Hari ini Khamis.
Dan semalam adalah hari Rabu.
Lusa pula Sabtu.
Sabtu hari saya balik ke kg kerana saya perlu bekerja pada hari Sabtu.
Mula-mula saya sedih kerana plan telah dirancang dengan sebaik mungkin.
Bila dengar double allowance, saya suker..*Sengeh*
Tidak lagi keluh-kesah perkhidmatan di hari Sabtu.

Saya berharap jika pemandu bas atau mana-mana perseorangan yang menyediakan bas pulang ke Ipoh membaca blog saya atau terjumpa blog saya atau ada kawan-kawan yang membaca dan mempunyai kawan-kawan yang ada kaitan dengan pengangkutan bas ke Ipoh, silalah beritahu

"Saya perlukan tiket bas, jangan dijual tiket itu sepenuhnya. Tinggalkan satu sahaja untuk puteri ini kerana puteri ini hanya nekad pergi ke Puduraya dan terus menaiki bas pada hari Sabtu sesudah kerja yang tidak tau habisnya bile"

Nota: Jika cara ini berhasil, saya suke..:D..

Wednesday, October 04, 2006

Pengalaman Puasa

Puasa sudah menjangkau 11 hari Ramadhan. Saya tetap mau bercerita kali pertama saya belajar berpuasa. 1 hari atau 11 hari tiada beza jika niat puasa masih di takuk lama.( itu saya ye.)

Umur 6 tahun, saya mula belajar berpuasa. Itupun puasa yangyok, tengah hari bukak peti ais. Budak-budak sekarang hebat, umur 6 tahun sudah boleh berpuasa tanpa tinggal walau sehari. Saya tak nampak budak lain, saya nampak anak sedara, Hafizuddin. Hebat Hafizuddin, chaiyok, chaiyok. Maksu bangga jadi mak sedare Hafizuddin. (Ini bukan maksu marah ye, sebab saya selalu panggil nama penuhnya kalo saya sedang marah dia.)

Saya belajar berpuasa dengan dorongan abah dan mak. Juga tidak lupa pada mak sedare yang menjaga saya dari kecil.

Setiap perkara sentiasa ada cabaran. Cabaran paling kuat untuk saya belajar berpuasa datang dari my brother. Saya diasak kiri dan kanan dengan pertunjukan makanan-makanan kegemaran. Saya boleh bertahan. Saya disuakan minuman, saya bertahan.

Paling akhir, saya bergaduh dengan dia. Iman senipis kulit bawang. Dengan alasan hati telah bengkak kerana bergaduh dengan kekanda, saya mohon mau minum tea o dari mak sedare. Simpati seorang ibu, saya dibenarkan. Air mata seorang perempuan ini powerkan. Umur 6 tahun, menangih selalu tiada rasa malu. Meningkat 12 tahun, menangis selalu satu kelemahan. Sebab kene ejek budak cengeng kot dari kekanda-kekanda

Dalam umur sekitar 6 tahun, saya berjaya berpuasa penuh mungkin dalam 7 atau 8 hari kot. Atau lebih. Naik darjah 1, saya tidak dibenar menggunakan lagi istilah puasa yang yok. Harus puasa penuh supaya bila besar, saya ada rasa malu mau makan di depan khayalak.

Saya berjaya. Dari sudut mata kasar, saya berjaya puasa penuh sebulan, eh tidak tertinggal sehari kerana saya muntah di dalam kelas dan rakan-rakan yang berdedikasi menyerahkan saya kepada abang saya untuk tindakan selanjutnya. Kekanda yang berumur 12 tahun, atas dasar abang yang prihatin, membelikan saya aiskrim coklat kegemaran saya. Nyum, Nyum. eh ..bulan poser

Itu dari sudut kasar saya berjaya puasa penuh walaupun tertinggal sehari. Realitinya, saya mau buat pengakuan, jeng..jeng..jeng..tarik napas dalam-dalam.
Saya menghabiskan masa dengan duduk di dalam bilik air dan minum air paip sepuas mungkin. Serius, rase macam sirap mase tu. Aktiviti dilakukan semasa mengambil air sembahyang dan mandi di waktu petang. Kepada rakan-rakan yang mempunyai anak atau adik berumur sekitar 6-12 tahun, sila pantau aktiviti mereka terutama dibulan Ramadhan, di dalam bilik air rumah sendiri.:D..

Selepas berumur 13 tahun, barulah lengkap puasa saya tanpa penipuan.
Alhamdulillah.

Nota: Dan bila sudah dewasa, puasa saya tidak pernah penuh. Isk, kenape nie?ehhehehe..

Tuesday, October 03, 2006

2/10/2006

2/10/2006.

Sebelum 2002, tarikh ini tiada kesan.
Selepas 2002, tarikh ini ada penanda.
Tidak boleh guna Clorox atau Daia untuk cuci penanda ini.

Tarikh ini sudah terkesan di hati saya.
Tarikh mula saya berdiri di atas normal.
Walaupun ada pahitnya untuk dikenang,
sekurang-kurangnnya ia beri satu kenangan manis pada saya.

Tarikh ini bukan cuti umum kecuali hari raya atau raya-raya di Malaysia jatuh pada tarikh ini.
Saya pernah bercuti untuk tarikh ini walaupun bukan cuti umum.
Dalam bahasa kasarnya, saya ponteng pada tarikh ini.
Tapi tidak 2/10/2004.

Saya tidak ponteng pada tarikh itu.
Saya dianugerahkan dengan darjah kebesaran.
Hait, bukan darjah kebesaran datok’-dato’ atau Tan Sri,
Artis-artis lelaki, sila jangan kejar saya.
Jujur saya katakan saya tidak pernah dan tidak impikan untuk mendapat anugerah itu.

Saya hanya diiktiraf sebagai Mahasiswa yang sudah menamatkan study.
Tidak dengan jayanya tapi dengan sederhana.
Cukup wasatiah, tapi jangan ikut wasatiah seperti saya yer, adik-adik.

2/10
Tarikh berbunga-bunga
2/10
Tarikh Permulaan hidup
2/10
Tarikh Kenangan terindah By Samsons.

Monday, October 02, 2006

Tag yang bukan Tag

Kene Tag dengan put mende lain tp saya xtau tajuk lagu..erk..:(. So, saya buat mende lain le yang put tak tag. Memang degil ini budak. Lain disuruh, lain di buat. Sorie put, zura memang ade problem nak tau tajuk lagu. Bukan aje tajuk, lirik pun selalu berterabur. Konsep main belasah je.

1. Does anyone know your password to your email?
P n C.

2. What was the last thing you ordered at McDonalds?
Ayam Spicy 2 ketul, 1 set medium.

3. Are you an emotional person?
Erk, rase tak..erkk..xtau..xtau..Ikut mende arr.

4. Do you like your name?
Of Coz!!

5. Do you believe in love at first sight?
Ngak Percaye. Citer Dongeng aje. Karut-karut.

6. Ever felt jealous of your friend?
Sometimes. Isk, setan punye kerje nie.

7. What was the last thing you did?
Drive gie Opis. Sangap.

8. Who is right next to you?
Opismate.

9. Who was the last person you ate with?
Kawan saya. Bukan makan tapi minum saje di sebuah kedai mamak yang tak permai.

10. What song are you listening to right now?
Sampai Menutup Mata.

11. How's the weather right now?
Cerah tapi tak secerah muke saya. Rindu bangat katil saya. *SIGH*

12. Last person who called you today?
Kawan saya yang juga jadi org terakhir makan bersama saya.

13. Last song you sang?
Sampai Menutup Mata.

14. Last time you danced?
Mase umur 10 tahun dgn kazen. Menari dalam bilik campur melalak bukan menyanyi.

15. Lost a friendship over something stupid?
Yup. No Reason.

16. Last thing you ate?
Roti Canai kosong, bukan sekeping tapi secubit.

17. Been really depressed before?
Yup, tapi leh control lagi. *Eleh, eksen..*

18. Faked being sick to miss school?
Ehehe,ehehe..

19. What time did you wake up today?
Kul 6.35 di enset, 6.30 kat jam tangan, jam kat era 6.25.

20. Current taste?
Taste apaian ini??Takde taste. Saya neutral. Muahahaha.

21. Who is the person that posted this survey?
Put tak tag saya. Put tag mende lain. Tapi saya gatal jawab survey yg Put curi dari buletin board.

22. What are you wearing right now?
Seluar slack gelap+blouse putih+vast pink *saya bukan pinky ek*+tudung putih

23. What is the first thing you notice about the opposite sex?
Tak Boleh Percaya.

24. Where are you right now?
Kt Opis gue le. Tgh Malas wat kerje. Taip entry blog lak. Biase die nie. Babap kang.

25. What date and day is it?
Arie senin, 2/10/2006. *Ini tarikh bermakna, nanti saya citer entry lain*

26. Did you go anywhere today?
Maybe, kalo dapat gaji.

27. What did you do there?
Maybe bukak poser.

28. How old are you?
17+7

29. Are you mature or immature?
Sometimes mature. Sometimes immature. Tak caye buleh tanye pada makcik-makcik yang saya jumpa di stesen bas atau di klinik. Utk immature, bleh tanye pd rakan dan anak sedare.

30. Do you call your parents by their first name?
Isk, budaya barat.

31. Are you the only child?
Nope, cuma saya seorang perempuan di bawah 3 hero gagah perkasa.

32. Where do you go shopping?
Mines, JJ, Alamanda, Parade. * tunggu gaji nk shoppin kt jalan TAR.

3. Do you like where you work?
Ngak. Buat-buat suke demi mencari rejeki. Hait.

34. Do you like books?
Kompem sukerk. Kecuali bukan buku pelajaran.

35. Do you want to get married?
Sunnah key.. Nabi x ngaku umat kalo xnak kawen.

36. To whom?
Biarlah Rahsia. *hikss, sebenarnye xde sape..saje nk tiru siti*

Nota: Saya tidak khususkan pada sesape untuk menyambung inin survey. Sila-sila jika ada masa yang lapang seperti saya, sila la jawab ini survey.