Besok saya balik kg. Yeeha...Lama saya tak balik kg. Kg rindu saya tak?Bukan kg saya kat ipoh perak. Tapi kg kat melaka. Kalau dulu, balik kg melaka mmg saya sgt suka. Suka sebab boleh main tepi sawah, mandi perigi, kejar kerbau, main lembu peliharaan atuk saya sampai atuk saya, saya gelarkan die TOK LEMBU.
Sekarang balik kg jd satu perasaan yang saya sendiri pun xtau. Nak kata suka, saya xde le suka sangat. Nak kata tak suka, itu tidak benar. Die jadi satu perasaan yang bersimpang baur, perasaan yang keliru. Suka, tersuka, disukai atau menyukai. Sawah yang selalu jd tempat saya dan sepupu bermain kejar-kejar dah jd ladang. Perigi yang jadi tempat saya mandi dulu dah jd berlumut. Kerbau yang selalu saya bersama adik-beradik, sepupu-sepapat kejar dah masuk dalam perut setiap saudara yang ada di kg. Lembu atuk saya juga telah dijual, digantikan dengan ayam, itik dan angsa. Saya tak boleh mengejar ayam, itik dan angsa sebab ayam, itik dan angsa tak boleh ditambat. Jadi kalau saya mengejar, saya pasti dikejar. Dan sesungguhnnya binatang yang saya paling berani nak pegang hanya kucing sahaja.
Saya takde perancangan apa yang perlu saya buat di kg. Mungkin saya menghabiskan masa dengan tidur..tidur..tidur..
Mungkin jugak saya diarah membawa kereta berjumpa sanak saudara yang ada sesetengahnya saya sendiri pun tak kenal. Dan saya akan menjadi seorang anak gadis..*uwekkk* yang pemalu, pendiam lagi bersopan-santun. *uweekk lagie...huhhh*
Teman dan 5 Ekor Lembu
16 years ago
No comments:
Post a Comment