Saturday, August 08, 2009

Alahai..

Saya bersembang dengan sekumpulan manusia.
Saya cerita tentang Natrah yang sudah mati.
Mereka tanya,
"Siapa Natrah?"
"Kenapa dengan Natrah?"
Saya cerita dari A sampai Z.
Ikut apa yang saya tau.
Dan mereka mengetahuinya selepas itu.
Hanya selepas itulah.
Kemudian,
Lantaklah.
Tak amik kisah.

Saya cerita lagi pasal H1N1.
Saya umpama wartawan yang akan melaporkan berapa orang yang dijangkiti,
Berapa orang yang sudah mati di Malaysia.
Bukan tahap dunia.
Malaysia sahaja.
Dan barulah mereka tau.
Dan rasa macam mau berjaga-jaga.

Saya sembang-sembang lagi.
Menjurus pada politik.
Terus saja jawapan.

"Oh maaf. Saya tidak berminat pada politik."

Saya kaitkan dengan pentadbiran Malaysia.
Kata mereka,

"Oh maaf. Saya tak amik tau. Asalkan kita aman dan bahagia, cukuplah."

Saya sambung dengan tragedi Teoh Beng Hock.
Kata mereka lagi,

"Siapa tu. Yang kecoh kata mati bunuh diri tu ye."

Dan teruskan bercerita dengan topik masakan dan keluarga sendiri.

Sudahnya saya letih.
Saya ikut konsep ikut masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang harimau mengaum.

Saya rasa orang perempuan kebanyakkannya memang mengikut konsep dulu-dulu.
Hanya perlu pikir hal rumahtangga sahaja.
Kalau ada berita tergempar.
Terus percaya tak payah tapis-tapis.

Alahai..

8 comments:

Sanji said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Puan AA said...

" Saya rasa orang perempuan kebanyakkannya memang mengikut konsep dulu-dulu.
Hanya perlu pikir hal rumahtangga sahaja."

en, org pompuan yg pikir byk mende biasenye:
org yg suke amek tau sume hal ehwal semase (mcm saye) & org yg suke gebang2 borak2 gayut2 smpi 3-4pg..esok pon borak lg & lg(mcm en)..
ehehe..

arin said...

mak gua ensiklopedia keluarga.. bole cerita psl pantang larang lepas bersalin smpi la ke cerita bola..

MZ said...

biarkan ... biarkan ...

meen said...

alahaiiiii

Kak Long Mawar Merah said...

Ada orang yang ambil kisah apa yang mereka nak kisahkan sahaja.
Errrr.....Kak Long suka ambil tahu sebab kalau banyak sangat tak tahu...takut nanti pelajar-pelajar Kak Long suruh Kak Long balik rumah dan tidur! Syyyyhhhh....

Shaira said...

H1N1 makin teruk, ambil langkah berjaha-jaga.

Politik Malaysia skarang tah hape2, malas nak amik tau.

Semoga kak Zura sihat walafiat.

myfisol said...

Alahai..kecuali awak..:)