Sambungan dari Hadiah Paling Bermakna,
Bulan ajak saya ke Seremban.
Katanya ada kenduri.
Saya sudah tiada alasan untuk menolak,
Kerana dia sudah berpatah balik demi saya dan kereta.
Dan saya sudah menyusahkan dia dan keluarga,
Kerana dia tidak sempat menghulur bakti mengangkut barang,
Sekali lagi,
Demi keretaku yang menginjak usia,
Sama macam tuannya.
Saya pakai baju kurung.
Ala-ala control ayu.
Dan juga control macho.
Dalam hati berdegup kencang.
Kerana ini kali pertama saya beramas mesra dengan keluarganya.
Sebelum bertunang,
Jenguk muka waktu keluarganya datang bertandang.
Sembang-sembang sikit dan berlalu.
Selepas bertunang,
Datang kerana disuruh mengambil barang.
Dalam keadaan terkocoh-kocoh,
Kerana Maghrib sudah tiba.
Sekarang,
Telefon keluarga untuk beritahu,
Saya akan berada di Seremban semalaman.
Mengelakkan keluarga menelefon balai polis,
Jika saya tidak balik ke rumah dalam tempoh 24 jam.
Sampai Seremban,
Masuk rumah,
Salam-salam.
Control ayu, senyum dan macho.
Tapi kenapa saya tak rasa macam ada kenduri.
Takde bau lauk-pauk.
Kerana saya suka menggunakan peribahasa,
"Malu bertanya, sesat jalan",
Saya tanya ayah bulan,
"Kata ada kenduri ye pakcik malam ni".
Ayah bulan terkejut,
"haa..kenduri".
Dengan reaksi itu sahaja,
Saya sudah tau,
Ada perkara salah faham sudah berlaku.
Atau ini taktik keji Bulan mau saya menemankan beliau ke Seremban,
Demi membalas penolakan saya untuk ke Seremban pagi sebelumnya.
Hahaha, sorry wak..saya memain je.
Duduk tersipu-sipu,
Sambil bersembang-sembang dengan keluarganya.
Kesimpulan yang saya perolehi,
Budaya keluarganya lebih kurang seperti keluarga saya.
Jadi saya tiada masalah sangat untuk berkomunikasi.
Tapi malu itu tetap ada,
Kerana saya gadis pemalu. Hakhakhak..
Kenduri memang confirm takde.
Tapi diganti dengan sesi makan di luar.
Mujurlah saya tergerak hati mahu bawak track suit dan t-shirt beserta sweater.
Ikutkan hati, saya mahu bawak baju tidur dan baju untuk keluar di pagi hari.
Memikirkan kenduri semestinya akan berakhir hingga lewat malam,
Dan tidak memerlukan saya menukar baju terlalu kerap.
Saya pergi keluar makan dengan keluarganya,
Track suit biru hitam+T-shirt putih+sweater putih coklat+tudung warna hijau.
Ini memang gaya saya, * As simple As Zura*
Tapi tidak dengan tudung yang contras gila babeng.
Tak pedulilah,
Janji saya bertudung.
Sampai rumah,
Mata ini memang layu-layuan.
Sindrom bila saya tidak berada di depan pc.
Tapi tahan-tahankan kerana semua orang belum masuk tidur.
Bulan suruh saya buat tea.
Saya terpana.
Mana saya nak kerobek cari serbuk teh atau uncang teh.
Inikan rumah yang pertama kali saya pergi.
Bulan tolong carikan dan saya mulakan dengan memasak air.
Tapi saya lupa air yang dimasak.
Akhirnya mak bulan yang buatkan air.
Kalau mak saya tau,
Mesti dia geleng kepala.
Hiks..
Sebab sindrom lupa saya memang menebal.
Tonton tv sambil tahan mata.
Purata saya menonton tv,
Kurang dari 5x sebulan,
Saya hanya melayari internet sahaja.
TV takde takpe.
Internet takde,
Saya memang mati kutu.
Kerana semuanya beredar masuk ke bilik.
Dek kerana tidak mau berdua-duaan dengan Bulan di ruang tamu,
Saya masuk ke bilik.
Pejam celik-pejam celik,
Mata memang mengantok,
Tapi saya susah untuk tidur di tempat yang baru.
Akhirnya saya terlena juga selepas berbalas SMS dengan Bulan yang berada di ruang tamu.
Pagi hari,
Saya terbangun awal.
Tapi semua sunyi sepi.
Saya tidur kembali.
Bangun,
Suasana sudah bising,
Bergegas mau ke bilik air,
Tapi adik Bulan sudah pergi ke bilik air.
Bersarapan bersama,
Mujurlah mak Bulan tidak letakkan telur di dalam nasi goreng.
Saya risau muka saya merah padam menahan malu sambil menguis-nguis nasi untuk makan.
Saya harus survey siapakah yang tergolong dalam golongan saya,
Yang tidak boleh lansung walau menyentuh telur.
Untuk mencari rakan seangkatan,
Atau berkongsi rasa hati,
Kenapa tidak boleh makan telur.
Mungkin mencari motivasi bagaimana untuk makan atau memecahkan telur.
Akhirnya kami pulang ke KL kembali.
Detailkan saya bercerita.
Inilah jadinya bila ini kali pertama.
Saya beramas dengan keluarga Bulan.
Hiks..
Teman dan 5 Ekor Lembu
16 years ago
11 comments:
hehe..pengalaman di rumah mertua.
bakal keluarga zura juga tu.
biasakan2 lah diri yer..
telur la bes..haha
hepi b'day!
=D
begitu details sampai akak terbayang2 zura kesipu-sipuan di rumah bakal in lawas..hiks..so sweet
halamakkk..beramas mesra dgn bakal mertua. kekekeke
angah..takutnyeee..ayg g kenduri kakak die pun dh mati kutu, inikan pula bermalam. chayok angah!! dan selamat hari lahir. nk ayg nyanyi lg skalik? xyahla ek, kang terjaga lak rumet2 ayg. :)
hehe...persediaan awal...kena buat post mortem pulak..
hehehe. takpe kak. practice makes perfect. cewah. lama2 nanti biasalah kan =D
huhuhu..suwetnya
rasa mcm tak sabar pula
bestnyerr gi rumah mooon tewww.. uhuhu
hai2,nice blog.erm nk ajak tuan rumah atau sespe je dtg ke blog sye ni di http://chipmunk18.blogspot.com ,n jgn lupe linkkn blog ni yer,ok thnks n bye
salam..alah bisa tegal biasa...mana gambar tunang bertunang tuh..ehehe
Post a Comment