Sering abaikan blog ini.
Kerana sibuk di blog yang boleh layan saya meroyan.
Adakah ini tanda-tanda saya semakin susah mahu mengawal emosi?
Makanya saya akan nampak seperti tua.
Isk,tak boleh, tak boleh.
Orang yang selalu di anggap masih bersekolah menengah,Mana boleh nampak tua.
* Saya sedang melakukan 2 perkara
-i) Masuk lif tekan sendiri
ii) Mengeji diri sendiri. *
Sebenarnya,
Di blog sinun pun saya tak letak banyak entry.
Saya banyak jadi tukang perati.
Sejujur-jujurnya,
Selepas penat bekerja di opis,
Saya merawat hati dan otak,
Dengan menonton drama korea secara bersendirian.
Kalau ada yang mau join,
Maka tontonan itu akan jadi secara berjemaah.
Mahukah?
SILA ISI NAMA UNTUK DAFTAR AHLI BARU.
Saya rasa itu perkara terbaik yang dapat merawat jiwa dan otak saya sekarang.
Bukannya saya sedang dalam keributan jiwa.
Cuma saya mahu menenangkan otak selepas mengadap kerja di opis seharian.
Tapi kalau ada yang bertanya,
Cerita apa yang sudah saya tonton,
Drama apa yang sudah saya habiskan.
Pasti tak ada jawapan.
Yang ada kerut-kerut kening.
Mulut senget-senget.
Sebab,
Saya hanya menonton.
Tanpa mau ingat tajuk cerita.
Tanpa tau nama pelakon.
Yang saya ingat cuma nama watak-watak.
Kerana itu saya sering tertengok cerita berulang-ulang.
Contohnya,
Cerita terbaru yang saya tonton,
She is Nineteen
Sesudah saya habis loading,
Sudah bersiap sedia mahu menonton,
Di tengah-tengah cerita,
Baru saya perasan,
Saya sudah menonton cerita itu 2 kali,
Dan ini kali ke-3 saya tonton.
Tapi sebab saya sudah tertengok,
Maka saya habiskan sampai 16 episode.
Kerana saya sudah lupa bagaimana akhir cerita terjadi.
Daya ingatan saya memang bermasalah.
Hanya bahagian tertentu sahaja yang boleh saya ingat.
Contohnya,
Bila hati terluka.
Saya akan ingat sampai mati bagaimana hati perlu ditampal plaster.
Hiks..
Teman dan 5 Ekor Lembu
16 years ago
3 comments:
huhu. layan cerita korea sekali sekala memang best kak. tapi, diya selalu cepat bosan sbb citer diorang lambat betul nak ending. sampai berbelas2 CD.
akak apa khabar... lama tak singgah jenguk akak nih... :D buat apa tu...?
lama juga x bercerita korea...macamlah selalu tengok..haha
Post a Comment