Monday, March 02, 2009

Hadiah Paling Bermakna

Semalam birthday saya.
Birthday yang ke 18+ 9 tahun.
Bukan saya nak promote birthday.
Hanya luahan perasaan sepanjang tarikh semalam.

28/2,
Saya dan bulan makan bersama,
Berjalan-jalan di suatu tempat,
Dan pulang ke destinasi masing-masing selepas jam menginjak 12 malam,
Demi meraikan keremajaan saya menjelang 1/3.

Pagi-pagi 1/3,
Bulan mau bergegas ke Seremban,
Adiknya mau pindah rumah.
Dia mahu saya ikut serta,
Mungkin dia tau saya ini terlalu gagah perkasa (read: lemah lembut),
Maka dia mau saya menolong mengangkut barangmemberi semangat kepada dia.

Dalam perjalanan,
Kereta saya mengeluarkan irama yang merdu.
Kreek..kreeek..kreeek..
Saya memujuknya membatalkan hasrat membawa saya yang gagah ini ke Seremban,
Yang lebih penting adalah dia,
Bukan saya kerana dia kurang gagah dari saya.
Maka dia sangat penting untuk mengangkut barang,
Menampung kegagahan saya.

Saya hantar dia ke komuter,
Saya teruskan perjalanan balik ke rumah.
Tiba di jalan yang berbukit,
Saya brek,
Tapi kereta menglunsur laju.
Saya sedang bercakap dengan Bulan dalam telefon,
Untuk menutup rasa panik.

Dek imaginasi yang terlalu tinggi,
Saya pikir ini adalah kali terakhir saya menyambut ulang tahun,
Atau bercakap dengan Bulan di dalam telefon,
Demi memikirkan kereta yang sukar mau berhenti.

Saya pasang lampu hazard.
Semua kereta menjauhkan diri dari saya.
Sampai di suatu persimpangan berdekatan petronas uniten,
Kereta saya lansung tidak boleh bergerak.
Bulan yang memang ada di corong telefon,
Suruh saya bertendang dan pergi ke petronas sementara menunggu dia datang dari Seremban.

Hati ini bergolak-golak.
Memikirkan kerja di pejabat,
Meeting dan lain-lain.
Yang paling penting, RM yang bakal melayang.
Memang hadiah paling bermakna untuk saya.
Sempena umur yang menginjak 18+9.

Bulan sampai di saat hati saya memang sudah terluka.
Bukan terluka dengan Bulan kerana dia lambat sampai.
Terluka dengan kereta yang saya sayang.
Yang saya berkeras mau menjaga sampai akhir hayat. *Kerana baktinya*
Dan kerana kereta ini,
Saya telah menyusahkan banyak pihak.
Mintak maaf untuk pihak-pihak yang terlibat.

Tow truck sampai dan mengangkut kereta kesayangan ke bengkel di rumah abang.
Mungkin banyak kerugian yang ditanggung,
Selepas kerugian yang saya alami sebelum ini.
Walaupun saya sayangkan kereta sekarang,
Tapi saya lebih sayangkan RM yang bakal lagi melayang,
Kalau kerosakan ini sering terjadi.
Maka saya perlu pikirkan sesuatu demi kebaikan saya dan kerjaya.
Yang asik EL kerana masalah kereta yang terjadi kebelakangan ini.

Memang hadiah paling bermakna untuk saya,
Terima kasih kereta.

3 comments:

fiezabaiduri said...

ape la yang di rajukkan kereta tu agaknya..

walaupon dah lambat,..
SELAMAT HARI LAHIR..
selamatpanjangumurmurahrezekisihatbahagiaselalu ;)

:: Wiween :: said...

zura! happy belated bday! *pelok*

ehem beshnye da jd tunangan org :P

Anonymous said...

angah,

kereta tu tak penting

mujur angah selamat
nerbes alang!
lainkali kalau ada apa apa berlaku berdekatan cheras
koling alg!