Tuesday, March 10, 2009

Hadiah

Hadiah pertama yang saya perolehi dari seseorang yang tiada pertalian darah;
Sekeping book mark.

Dari rakan india saya,
Dan book mark itu,
Adalah book mark yang saya lukis kartunnya,
Saya gunting jadi bentuk bulatan,
Saya ikatkan dengan riben.
Dan saya jual.

Dia beli.
Tapi dia hadiahkan kepada saya.
Kerana dia mau berkawan dengan saya.
Dia suka mengekori kemana saya pergi.
Hatta ke dalam toilet.
*Dia seorang perempuan*
Saya rimas.
Lalu saya jauhkan diri.
Sehinggalah kami berpisah kelas.

Hadiah yang paling mengejutkan saya,
Masuk kelas semasa tingkatan 2,
Ada sebuah kotak besar di tempat duduk.
Dari rakan-rakan rapat.
Sebagai tanda ingatan sempena hari lahir.

Hadiah yang buat saya terharu,
Datangnya pada tengah malam.
Semasa saya sedang tidur,
Sebuah kotak muzik,
Di dalamnya ada dua ekor angsa kristal,
Dengan lagu "Only You".
Hampir buat saya menangis.
Juga dari rakan rapat.

Hadiah yang paling penat untuk saya perolehi,
Penghargaan dari rakan matrik,
Menyuruh saya mencari hadiah ala-ala harta karun,

Kerana saya mahu semuanya rasa happy,
Saya berusaha mengikut arahan.
Panjat tiang,
Turun tangga,
Dan akhirnya penat saya berbaloi.
Penat tapi happy.
Happy dan puas sebab semua orang gembira.

Hadiah yang paling saya tak sangka,
Sebuah jam tangan.
Yang mana sebelumnya saya telah kehilangan jam tangan,
Juga hadiah dari seorang rakan.
Dan si Bulan gantikan dengan jam tangan yang baru,
Untuk saya lebih kerap menepati masa.

Dan tahun ini,
Saya dapat hadiah yang paling teruk,
Kereta saya rosak.
Itu tak cukup teruk.
Bertambah teruk bila saya sudah pecahkan cermin jam tangan pemberian Bulan.
Dan hasilnya jam sudah tidak berfungsi.
Kos untuk membaiki buat saya berkira-kira untuk menunggu gaji bulan hadapan,
Memandangkan kewangan saya mengalami kegawatan hasil dari kereta yang merudum jatuh servisnya.

Penatkan kalau dapat hadiah yang teruk?

~SIGH~

p/s:
bukan hadiah lain tak mengujakan saya.
Saya cuma mau berkias-kias untuk pergi ke sudut,
Saya sudah menjahanamkan jam tangan sendiri.
Semua hadiah cukup bermakna dalam hidup saya.

6 comments:

Kujie said...

esok bila dah hntr kad jemputan walimatulurus.....

kita org bagi hadiah jam ye
besarrrrrrrrr....

egegegege

Kujie said...

esok bila dah hntr kad jemputan walimatulurus.....

kita org bagi hadiah jam ye
besarrrrrrrrr....

egegegege

Kujie said...

esok bila dah hntr kad jemputan walimatulurus.....

kita org bagi hadiah jam ye
besarrrrrrrrr....

egegegege

Kujie said...

alahai...tenet slowwwwwwww tadi
tu yg double triple post...ingat ke belum .


delete lah ye tuan rumah...

iEn said...

gawat gark kalau dpt hadiah camtu erm2 :(

yOnnA said...

naseb bile time2 genting, bulan ade dengan akak :)
haihh.
tp bab2 kereta mmg susah kak.
mmg pk RM je.
hurm,
maybe akak perlu gantikan yg baru?
dr akak terpaksa amek EL?