Saturday, January 31, 2009

Pra 1 titik 2 titik

1 titik 2 titik.
Fuh, berdebar le jugak.

1 titik 2 titik.
Semoga semuanya baik-baik sahaja.

1 titik 2 titik.
Semoga semuanya diberkati oleh-Nya.

1 titik 2 titik.
Apa memek muka yang perlu saya tunjukkan?

1 titik 2 titik.
Pokok kita sudah ada pucuk buahkah?

1 titik 2 titik.
Tunggu sahaja titik-titik kehidupan seterusnya.

Wednesday, January 28, 2009

Kemalangan Depan Mata, Belakang Kereta

Lama tak menambah entri.
Lama tak tinggal komen kat blog kenkawan.
Tapi selalu pergi menjenguk.

Baca,baca.
Cerita sedih, mood terharu.
Cerita kelakar, mood senyum.
*ikut sunnah nabi* ;)

Sepanjang senyap sunyi,
Macam-macam yang terjadi.
Macam-macam yang berlaku.

Cumanya,
Yang selalu terbayang-bayang,
Kemalangan di depan mata, di belakang kereta sendiri.

Seorang penunggang motosikal,
Yang cuba mencilok kereta saya,
Tapi terbabas melanggar pembahagi jalan.

Kejadian itu,
Saya lihat dari cermin pandang belakang.
Sesudah kereta sudah memecut kehadapan.

Dia,
Penunggang itu,
Saya taktau hidup atau mati.
Yang saya nampak,
Dia melambung 2 kali.
Dari pembahagi jalan,
Ke arah jalan raya.

Kaku.
Tak bergerak.
Alhamdulillah, kereta di hadapan tidak terlanggar.
Tapi helmetnya,
Sudah tercampak sebelum dia terlambung 2 kali.

Saya doakan dia selamat.
Kalau cedera,
Biarlah yang ringan.
Kalau sudah sampai ajalnya.
Al-Fatihah jika beliau seorang penganut Islam.

Tarikh kejadian : 24hb Januari 2009
Tempat kejadian : Lebuhraya Utara-Selatan menghala ke Utara ( Berdekatan Hentian Bukit Merah)
Masa : Dalam anggaran pukul 2.oo++ ptg.

Ciri-ciri si dia : Seorang lelaki berkacamata hitam, berjaket merah hitam (mungkin), menunggang motosikal yang saya tidak tahu apakah jenis dan kuasa enjinnya.

Tuesday, January 20, 2009

Yang terjadi, Sudah terjadi

Bila balik kampung,
Saya gemar menaiki keretapi.
Ini situasi untuk waktu sekarang.

Bila ditanya,
"Best naik keretapi?"
Saya akan promote semahu-mahunya.
Tapi ayat akan diakhiri dengan,
"Ini saya rasa, taktau le kalau orang lain rasa".

Tapi sungguh saya selesa.
Walaupun sebelah saya duduknya seorang adik hensem,
Yang tidur dengan penuh nikmat,
Sehingga keluar titisan air dari bibir mulut.

Tak sampai hati saya nak kejut.
Bukan sebab dia terlalu hensem.
Sebab saya rasa seperti mengganggu lena tidurnya.

Mungkin kerana kebagusan deria ke-6 saya. (Ayat bajet bagus)
Walaupun saya hanya baru menggerakkan tangan mahu membangunkan adik itu,
Dia sudah terjaga dengan pantas.
Bukan bangun dengan pantas.
Tangannya yang pantas mengesat air-air di hujung dagu.

Saya terus berlalu.
Sambil berfikir,
Saya pernah menjadi seperti adik hensem.
Cuma saya lebih ganas,
Siap terlanding.
Dan titisan itu dikhuatiri menyentuh bahu orang disebelah.

Herm,
Kita tidak boleh memutarkan masa,
Walau kita menangis tersedu-sedu.
Biarlah..
Yang terjadi sudah terjadi.

Monday, January 19, 2009

Life's A Gamble

Hidup macam berjudi.
Bezanya, judi takde usaha.
Hanya serah pada nasib.
Ade ong, success.
Takde ong, muflis.

Hidup lain.
Hidup kena ada usaha,
Berdoa pada Tuhan,
Dan tawakkal.

Sekarang situasinya saya sedang memperjudikan hidup saya.
Untuk masa hadapan yang terang benderang,
Atau kelam dan suram di kemudian hari.

Memang kita tak mintak kelam dan suram.
Semua orang mahukan terang benderang.
Tapi yakinkah kita tiada istilah kelam di malam hari,
Walaupun kita rasa kita sudah berada di landasan yang betul.

Kita hanya mampu berdoa,
Semoga yang kelam-kelam itu bisa dijauhi.
Semoga yang kelam-kelam itu dapat kita tempuhi.
Semoga yang kelam-kelam itu,
Kalau timbul,
Biarlah sementara,
Sebelum datang cahaya sederhana terang.
Yang buat kita mampu tersenyum,
Untuk meneruskan kehidupan.

Saya rasa,
Seperti ada beban tersangkut di bahu.
Taip dengan tersekat-sekat.
Maksud belum dicapai.
Jadi entry seterusnya bersambung di sini.

Wednesday, January 14, 2009

Boikot Produk Penjana Pendapatan Zionis.

Saya tonton tv.
Saya melayari internet.
Israel memang kejam.
Kesian mereka yang tak bersalah.

Obama masih membisu.
Sebab katanya belum ada tampuk kuasa.
Selepas 20hb, baru dia bersuara.
Semua menunggu.

Ada suatu seruan.
Boikot produk-produk yang menjana pendapatan zionis.
Semua pakat-pakat pandang produk tempatan.
Saya pun sama.
Tapi tadi,
Prosperity ayam sangat mengiurkan.
Ditambah dengan kelaparan tahap maksima,
Maka saya beli bersama rakan.
Maafkan kami yang kelaparan ini.

Tapi sungguh,
Kali ini rakyat Malaysia nampak bersungguh.
Saya beli tanpa perlu beratur panjang seperti biasa.
Siap kakak cashier melambai-lambai berebut customer.
Saya yang masuk rasa malu.
Rasa macam makan curi-curi masa bulan puasa.

Semoga kesungguhan ini berkekalan.

Saya juga akan cuba.
Menjauhkan diri dari produk-produk sebegini.
Bila Radix FC nak mai KL ni.

Saya cuba ya, walaupun susah.
Kerana Milo dan Kit Kat juga peberet saya.
Oh, pejam mata, pejam mata.
Tapi gimana ya, pagi-pagi kakak pantry sudah buat milo.
Dugaan sungguh..

Ini entry lepas geram. Tiada berkaitan dengan anda dan anda

Disebabkan kebuhsanan tahap gaban,
Kemalasan tahap ultraman,
Kemengantukan tahap cipan,
Kefokusan tahap kosong,
Saya updatekan entry ini tatkala jam belum pun menunjukkan angka 5 dan 40 minit.

Mood hari ini betul-betul mengecewakan.
Dek sejuk-opis-panas-luar punya simptom.
Tahap kepeningan bertambah.
Tahap terkinja-kinja nak balik rumah,
Sudah mencapai 100 darjah celcius.

User yang membuat panggilan,
Untuk bertanya kefahaman tentang sistem yang sudah diupdate,
Buat saya jelak,
Apakah?
Manual sudah diberi.
Notis juga sudah diberi.
"SISTEM INI HANYA BERFUNGSI PADA 15hb JANUARI."

Tapi masih ada juga yang rindu mau mendengar suara saya,
Mau bikin saya panas hati.
User bertanya,
Kenapa sistem ini belum berfungsi?

Hari ini belum 15hb kan?
Masih 14hb kan?
Atau patut saya sertakan bersama tarikh bulan Islam.

Saya meroyan melepaskan geram di blog.
Saya taknak marah user.
Tak baik kita marah orang yang tak reti nak paham-paham.
Atau lagi senang nak cakap,
MALAS NAK MEMBACA DENGAN TELITI!

Tuesday, January 13, 2009

Tepuk dada, Tanya Selera

Sana sini saya lihat orang mengomen tentang blog orang lain.
Saya pikir itu pendapat masing-masing.
Masing-masing punya cara.
Masing-masing punya suka.
Pedulilah dengan blog ilmiah,
Blog tak ilmiah,
Yang penting kita buat apa yang kita suka.
Yang paling-paling penting,
Istiqamahlah dengan blog masing-masing.
Penat blogger malaslow profile seperti saya mau mengedit link baru.
Ehehe..
I'm Sorry..

Cumanya,
Saya sedikit mau menjentik,
Ala-ala reporter macam Kak Pora yang suka hentam keromo.

Bila blog kita didatangi oleh orang yang tidak kita ingini,
Kita hapuskan semua kenangan kita,
Dalam masa seminit,
Demi untuk orang yang tidak kita ingini.

Hanya kerana seseorang,
Kita hapuskan beberapa banyak entry,
Yang telah kita habiskan dengan berapa banyak masa,
Demi untuk seseorang yang tidak kita ingini.
Berbaloi sungguh menjadi orang yang tidak diingini.
Uhh, saya terasa kerugian di situ.

Maaf,maaf,maaf,
Untuk yang terasa dan merasa.

Mungkin yang terdaya disebut,
Kita ini ada perasaan yang berlainan.
Lain orang, lain caranya.
Tepuk dada, tanya selera.
:D..

Wednesday, January 07, 2009

Kerja..Kerja..Kerja..

Saya letih.
Lesu.
Bila saya tidak berjaya menyelesaikan sesuatu masalah.
Berkaitan kerja.

Saya mula merangka-rangka,
Mahu berhenti kerja.
Mahu cari kerja lain.
IT bukan dunia saya.
Saya perlu jadi "Customer Service"
Atau jadi kerani masuk data.
Lagi malang bila saya berpikir,
Indah sungguh jadi makcik cleaner.
Ya,saya mahu jadi makcik cleaner.

Hari ini kekusutan selesai.
Tidak mereng lagi di pejabat.
Saya boleh tersenyum kembali.
Terima kasih boss.

Senyum saya tak lama.
Datang lain masalah.
Berkaitan kerja juga.

Betullah kata ayat,
" Selagi belum tutup mata,
Kerja..Kerja..Kerja.."

Hargailah kehidupan sebagai pelajar.
Selagi ada masa.
:D..

Monday, January 05, 2009

Baru Bangun Dari Tidur

Sudah masuk tahun baru hijrah.
Sudah masuk tahun baru masihi.

Saya macam baru tersedar dari lena yang panjang.
Jenguk blog sana-sini,
Rata-rata bercakap tentang azam, tahun baru dan orang baru.
Saya?
Ketinggalan.
Maklumlah, saya suka naik keretapi sekarang.
Orang lain naik keretapi jugak.
Tapi ERL.
Saya?
Keretapi Barang.

Cakap tentang azam,
Biarlah saya letak kemas-kemas di dalam dada.
Takut nanti kalo dah terburai isi,
Yang berkualitinya 1,
Lebihnya tin kosong.
:D..

Tiba-tiba jadi blur.
Apa lagi mau ditaip.
Orang baru bangkit tidur memang selalu macam tu.
Senang cakap,
Tengah mamai lagi.

Nanti-nanti sambung lagi.
Nak amik nafas segar sambil gosok gigi guna daun pudina.
;)..

*Selamat Menjadi Orang Baru Dalam Tahun Baru.
Yang Baru biarlah yang molek-molek.
Yang tak semenggah kita elak berdikit-dikit.*