Thursday, June 26, 2008

Jiwa Kacau Lagi..

Saya dilanda jiwa kacau.
Berkaitan masa depan,
Perasaan mereka di sekeliling saya,
Dan bermacam perkara.

Mungkin saya naif orangnya. *Chiiiwah..poyo ah*
Semua perkara mahu diambil kira.
Sedangkan bila kita mau sesuatu perkara,
Ada perkara lain yang perlu kita korbankan.
Jika terpaksa.

Keputusan berada di tangan.
Cuma untuk memberitahu agak berat hati.

Nanti-nantilah saya beritahu di sini.
Bila semuanya sudah selamat.
Amin.

Monday, June 23, 2008

Jumpa Ween Tomei..

Hari sabtu buat hati berdebar.
Bertemu seseorang yang selalu melayan saya berborak.
Tapi rupa hanya dikenali menerusi ruang maya.

Janji yang sepatutnya petang bertukar ke malam atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.
Titik pertemuan di McD Mid Valley berdekatan wayang.
Mencari awek comel yang duduk menunggu.
Saya perhati satu-satu.
Ada seorang gadis,berbaju maroon,sedang membelek telefon.
Saya cuba menelefon sambil mendekati.
Bila dia menoleh,
Sah,tepat orangnya adalah ween.
Kami berjalan menuruni escalator dan berborak seperti sudah kenal 10 tahun.
Tiada kejanggalan.
Sama seperti berborak di YM atau di ruang blog.

Menyambung sesi mengumpatbersembang di Mc D level bawah.
Terima kasih ween kerana membelanja saya.
Dari satu topik ke satu topik.

Sebelum pulang,bergambar kenangan bersama ween di tempat berdekatan Mc D.



Selesai membayar tiket parking.
Bergerak mencari kereta.
Walaupun ween baru dikenali.
Tapi dia terpaksa mengikut peel saya yang sering hilang ingatan.
Saya lupa dimanakah saya parking!!
Berkeliaran di tempat yang sama,
Hati saya terdetik, agaknya kereta saya disorok jin.
Eheheh..*Saya memang suka berimaginasi tinggi*

Akhirnya,
Jumpa juga kereta.
Nun di satu sudut yang saya sendiri lupa,
Saya pikir A23 rupanya A28.
Sebelum-sebelum ini,
Kalau saya bergerak berseorangan,
Saya memang akan tangkap gambar tiang untuk memastikan saya tidak lupa.
Tapi memandangkan keadaan tergesa-gesa untuk berjumpa ween,
Maka aktiviti itu terkeluar dari ingatan.

Kesian ween,
Baru berjumpa kena berpeluh mengikut saya mencari kereta.
Jangan serik ye ween.
Hiks..

Bersembang lagi di dalam kereta.
Seakan masa yang mencemburui.
Tidak puas meluangkan masa bersama ween.

Akhirnya ween rakamkan lagi kenangan di dalam kereta.


Comel tak ween?
Comelkan.
Semoga hubungan ini berkekalan.
Yeay, dapat kawan yang memahami. :D

Monday, June 16, 2008

Sies, Tuan Blog sedang Di Alam Kebuhsanan

Nampak cahaya.
Waktu malam gelap.
Pandang atas.
Bulan sinar terang.

Bulan senyum.
Langit cerah.
Saya bahagia.
Harapan sinar,
Kekal sentiasa.

Tanya bulan,
Pastikah esok masih ada?
Jawab bulan,
Jika bulan sentiasa dihati,
Genggam kukuh,
Semat di hati.
Jika lepas,hujankan turun.
Langit gelap,
Runsing jiwa.

Wednesday, June 11, 2008

Kasut Baru

Kasut saya sudah kokak.
Mula-mula mencari kasut bersama teman dan "teman".
Tapi tiada satu pun idaman hati.
Bila saya jalan berseorangan tanpa teman-teman,
Terus cuba dan beli dalam jangka masa 15 minit.
Senangkan.
Kerana itu saya tidak kisah untuk membeli belah berseorangan.
Lebih efektif.
Eh,itu bukan maksud saya tidak mau ditemani.
Dengar pendapat orang lain pun bagus jugak.
:D..

Bersama kasut baru saya melangkah ke pejabat.
Tapi tidaklah terlalu suka kerana kasut itu biasa-biasa sahaja.
Agaknya saya terpengaruh kerana kasut berwarna hitam disaluti warna emas.
Maka saya nampak macam menarik.
Lama-lama pakai, rasa macam kasut makcik-makcik je.
Haish, nanti orang pikir saya bukan 18+8 tapi 38.
Oh, tidak.

Kebetulan pulak masa sesi perasmian kasut baru,
Air di pejabat tiada.
Terpaksa melintas 2 jambatan untuk pergi ke bangunan yang ada air.
Dan jambatan itu,
Ada pengadang di kiri dan kanan.
Tapi tiang tidak sampai ke lantai jambatan.
Maka ada lubang besar antara tiang dan lantai.
*Susah saya nak terangkan, harap paham dan imaginasi sendiri*. Hiks..

Saya berjalan dengan teman-teman sambil bicara kosong.
Tiba-tiba.
Saya menggelongsor dengan jayanya di jambatan itu.
Alhamdulillah,
Saya tidak menggelongsor tembus ke bahagian yang ada jarak antara tiang dan lantai.
Kalau tidak,
Mungkin saya di hospital dengan keadaan yang kritikal.
Atau mungkin sudah di dalam kubur.
Dan blog ini menjadi salah satu blog yang terawang-awang kerana tiada siapa tau kata laluannya.

Walaupun selalunya jatuh itu memalukan.
Tetapi kerana muka saya yang agak serius atau bermuka slumber.
Menganggap jatuh itu sama seperti berlari.
Maka tiada yang mengetawakan saya.

Saya bangkit.
Kipas-kipas pinggul.
Dan berjalan seperti tiada apa yang berlaku.
Itu adalah salah satu tips.
Jika anda jatuh,
Apakah yang harus anda lakukan untuk mengelak dari digelakkan.
Senangkan.
Yang penting keadaan muka ye.
Yang itu paling penting.
Sakit macam mana pun.
Tahan dahulu sehingga tiada orang,
Baru lihat kembali di bahagian yang sudah terluka.
:D..

Bila situasi itu terjadi, maka mati datangnya bila-bila masa.
Saya memohon ampun dan maaf jika ada terkasar bahasa tersilap kelakuan.
Memang saya bersyukur saya masih ada masa untuk pelbetulkan diri.
Andailah saya memang benar-benar jatuh ke bawah.
Fuh..Alhamdulillah situasi itu tidak terjadi.

p/s: Sekarang saya berhati-hati berjalan menggunakan kasut baru. Malang tidak berbaukan.

Monday, June 09, 2008

Aktiviti Buhsan

Kenapa saya lambat berupdate?

- Saya sibuk.
- Tiada idea.
- Tiada kemudahan internet.
- Malas.

Pilih yang mana-mana pun boleh.
Pasti tak kecik hati.

Isu minyak?
Ah,buhsanlah.
Cakap macam mana pun,
Harga takkan berubah.
Yang ada cuma perasaan geram.

Untuk hilangkan rasa geram,
Saya bermain games malam semalam.
*Sebenarnya takde kena mengena dengan isu minyak pun*
Cuma saya melepaskan buhsan.
Tetapi sudah ketagih.
Eheheh..

P/S: Malam ni main lagi ye , sampai saya sudah jemu. :D..

Tuesday, June 03, 2008

Aktiviti

Keluarga saya semacam berkumpul pada hujung minggu yang lepas.
Cuma saya yang tiada.
Selalunya saya yang kerap balik kg.
Tapi pada situasi seperti itu,
Saya yang tiba-tiba ghaib.

Agak persimpangan dilema.
Kerana sudah berjanji dengan rakan baik mau menghabiskan masa bersama-sama di KL.
Sementelahan sudah lama tidak berjumpa.
*5 bulan sudah dikira lama*
Selalu kalau tak berjumpa seminggu pun cerita sudah padat.
Apatah lagi kalau 5 bulan.
Jadi, bayangkanlah begitu banyak cerita terkumpul sampai lupa apa lagi yang mau diceritakan.

Bermula dengan Jumaat,
Bersembang bagai nak rak kerana rakan tidur di rumah abang saya.
Sampai pukul 4 pagi.
Walaupun saya tidak mengabaikan si bulan kerana earphone terlekap di telinga.
Tapi bulan cuma menjadi pendengar yang bagus kerana suara-suara saya lebih kepada orang di depan mata bukan di YM.
Nasib baik tiada jiran tetangga yang mengetuk pintu rumah.

Sabtu,
Menghadiri kenduri kawen rakan sekelas semasa di UKM.
Akhirnya, bertemu jodoh dia.
Alhamdulillah.
Tempat pertama dituju selepas masuk ke dalam dewan ialah tempat makanan.
Dan selepas itu meja.
Perut sudah berdondang sayang angkara bangun lambat dan tiada sarapan.

Balik dari kenduri,
Berjumpa sekejap dengan seseorang.
Dan kemudian membuta kembali.
Menqada' tidur yang lambat semalamnya.

Lepas maghrib,
Merayau di pasar malam.
Tapi saya tidak jumpa air tebu idaman.
Mungkin pakcik bercuti hari itu.
Haish, spoil betul.

Ahadnya,
Berjalan di Sogo,
Jalan TAR dan Mid Valley.
Tempat dengar macam banyak.
Tapi beli barang hanya satu, iaitu kain untuk dibuat baju sepasang.
Dan dapatlah merasa nando's yang dibelanja oleh rakan saya.
Tunggu chot, lambat pulak dia nak belanja.
Hahaha..
(Oh ya, selain dari rakan baik, ada si bulan sebagai pemandu pelancong)*eheheh*

Besoknya Isnin,
Saya MC.
Demam angkara sakit tekak.
Tapi si bulan masih ada di KL.
Demam saya beransur kebah.
*wink..wink*
Menonton Narnia.
Menarik.
Selepas itu berpusing-pusing sekitar Putrajaya.

Tetapi masuk pejabat hari ini.
Tekak yang semalam agak suam-suam sakitnya semakin kronik.
Rasa macam mau baring melelapkan mata.
Dengan hidung yang mula mau berair.
Argh, ujian Tuhan semua ni.
Sob Ba Ro..

p/s: sudah lama tidak letakkan gambarkan. Mari saya letak sedikit gambar semasa hari kenduri.


Muka seronok sebab dah habis makan.


Muka gembira dalam diam sebab nak balik tido.


Muka terkawal nak makan suap-suap depan orang ramai.

*Semua ayat dibawah gambar adalah rekaan semata-mata* :D..