Thursday, March 27, 2008

KFC, Wangsa Maju

Semalam pergi meraikan ulang tahun kelahiran umie.
Ingatkan sampai paling lambat.
Rupanya antara yang terawal. *wink..wink*

Sebelum pergi KFC wangsa maju,
Singgah dulu rumah member aka penunjuk jalan.
Saya dah duduk Selangor dari tahun 2001,
Tapi sungguh, jalan di KL saya tak pernah hafal.
Yang saya tau,
Main belasah.
Sebab sesat-sesat pun, dalam Malaysia jugak.
Hikss...

Dari ofis, saya bergerak ke Keramat.
Saya buntu, macam mana mahu pergi ke Keramat dari Cheras-Kajang.
Saya terus dan terus sehingga berjumpa Dataran Merdeka.
Sudahnya saya hampir bertemu Puduraya tapi sempat ambik selekoh kiri.
Balik kembali ke jalan Masjid Jamek.
Berpusing lalu Dataran kembali.
Akhirnya lalu di depan DBKL.

Bila memandu,
Dalam keadaan yang sesat.
Bergantung pada orang.
Dan haluan masih tidak tentu hala.
Saya cepat jadi panas.
Sebab itu saya lebih suka ikut kata hati.
Kalau sesat, saya yang salah.
Kalau betul, saya terrer. Hehehe..
Tapi selalunya betul kalau ikut kata hati.
Tak caya cuba tanya member-member yang pernah naik kereta dengan saya.
Kerana jalan pun main bantai, jadi bila pergi dapat jumpa.
Balik memang confirm sesat.
Bak kata kawan yang dah biasa,
"Aku dah biasa kalau naik kereta dengan ko, balik mesti sesat".
Hikss..

Akhirnya dapat jugak jumpa Keramat.
Keramat satu hal.
Lepas ni Carefour Wangsa Maju pulak.
Bukan tak pernah pergi.
Masalahnya memori cepat corrupt.

Ajak kawan yang duduk Keramat aka penunjuk jalan.
Rupanya dia pun buntu jugak bagaimana mau pergi ke Wangsa Maju.
Akhirnya bergantung pada map.
Ehehe..
Terima Kasih pada cik Yatt yang menyediakan peta.

Sampai di KFC,
Hanya ada Umie dan Shai.
Saya antara yang terawal.
Kepada mereka-mereka yang selalu cakap, lambat dan saya adalah sinonim.
Saya awal sampai semalam tau.
*Bangga*.

Selepas itu baru semua yang hadir tiba.
Semuanya adalah muka-muka yang sama.
Jun n wife, Shai, Kak ret, Kak Sheda dan Kiki.
Hanya saya sahaja muka yang tak pernah muncul tiba-tiba muncul.
Maka jadilah saya gadis sopan,pendiam dan pemalu.
Hihihi..

Terima Kasih Umie jadi penaja.
Terima Kasih Shai penaja kek.
Semuanya ramah-tamah.
Walaupun mulut saya banyak terbukak untuk makan ayam dan kek.
Tapi bukan untuk cakap.
Tapi telinga saya terpasang untuk dengar apa yang diborakkan.
Moga jumpa lagi...

Happy Belated Birthday Umie..
24 bukan tua.
24 permulaan nak berpikir cara dewasa.
:D..

Tuesday, March 25, 2008

Kehilangan Dan Birthday Ayang

Minggu lepas minggu kejutan.
Ingat AF je ke boleh buat kejutan.
Anti AF pun boleh buat kejutan.

Saya kehilangan jam tahun lepas.
Hadiah dari Suen sempena ulang tahun kelahiran pada tahun lepas.
Sedih.
Sangat cuai.

Tahun ni dapat hadiah jam lagi.
Hadiah dari bulan.
Saya akan cuba mengurang atau mengsifarkan tahap kecuaian saya.
InsyaAllah.

Saya ada rekod kehilangan yang tidak boleh dibanggakan.

Nenek atau opah pernah beri saya sepasang subang. (Saya lupa sape yang bagi sebenarnya)
Subang berbentuk bintang.
Subang antik yang perlu diketatkan skru jika mahu di pakai.
Saya jatuhkan subang sebelah kanan ke dalam lubang jamban hostel.
Mungkin skrunya dipasang longgar.

Balik bercuti,
Saya simpan perkara itu.
Tahun demi tahun.
Mak dapat mengesan kesalahan saya.
Setelah terjumpa subang sebelah kiri sahaja.
Terpaksa mengaku, subang sudah hanyut dalam lubang.
Moralnya, jangan langgar peraturan sekolah.
*Sekolah saya tidak membenarkan pelajar memakai barangan emas semasa di sekolah*

Ada lagi barang lain yang hilang.
Cincin.
Mak beri saya cincin.
Saya kurang gemar memakai cincin.
Suka letak cincin merata-rata.
Dan tempat yang paling akhir saya letak,
Di atas katil.
Selepas itu cincin sudah hilang.
Mungkin merajuk,membawa diri.
Mak tanya,mana cincin.
Saya cuba menyaiko mak.
Saya cakap mak yang simpan.
Mak musykil di mana mak simpan.
Tahun demi tahun.
Kesalahan dapat dikesan.
Mak tahu jugak,anaknya ini yang letak cincin bukan tempat yang sepatutnya.

Jadi,
Bila mak tahu si Bulan beri saya jam.
Mak bagi satu pesanan.
Jangan nanti jam pulak hilang.

Oh ye,
Saya ada rekod hilang jam jugak.
Jam yang saya beli sendiri.
Bersama dengan saya sudah 4 tahun.
Hilang yang saya syak dibawak lari oleh kucing saya.
Tapi kucing saya pun dah takda dalam dunia.
Jadi,jam hilang tanpa jejak.

Semoga jam yang ini tidak hilang.
Biar letak sentiasa di tangan.
Harap-harapnya.

P/S: terima kasih.

Untuk Ayang,
Happy Belated Birthday.
Maaf,angah lambat wish.
Angah sudah tersilap hitung hari.
Semoga apa-apa yang ayang impikan tercapai.
Semoga betting kita,angah yang menang.
Hahahaha..

Wednesday, March 19, 2008

AF lagi

Musim AF, musim AF.
Budak SPM menangis dapat keputusan cemerlang.
Peserta AF menangis dapat masuk AF.

Mak bapak empunya keputusan cemerlang,
Menangis tengok keputusan anak.
Mak bapak peserta AF,
Menangis anak dapat masuk AF.

Babak 1,

A : saya dapat 15A..alhamdulillah.
mak A : Tahniah nak. Jangan lupa diri ye.

Babak 2,

B : SPM saya lingkup mak.
mak B : takpe le. Kokan pandai menyanyi. Nanti cuba audition AF. Kot dapat, lepas dah abih AF, ko boleh sambar orang-orang kaya. Jadi bini no. 2,3 ke 4 pun takpe. Janji kita senang lenang.

Eh, ayat di atas,
Bukan makna saya anti AF.
Saya suka tengok AF.
Seronok tengok gelagat orang ni.
Nak-nak orang yang dah bagi keizinan,
Orang lain boleh tengok apa dia buat.

Kan seronok tu.

Tapi musim ni lagi seronok.
Dapat tengok nenek menari.
Dapat tengok ibu dan bapak menari.

Mulalah saya mengadap TV kembali.

Saya agak kurang gemar menonton tv.
Mengadap internet takpe.
Mengadap TV, takleh tahan.

Tapi sebab AF.
Ada keterujaan disitu.

Tapi AF atau cerita korea.
Saya pilih cerita korea laa...
Hikss...

Friday, March 14, 2008

Takyah Baca

Saya kenal awak dari kecik.
Awak kenal saya bila dah besar.

Awak sentiasa senyum kat saya.
Saya pun senyum jugak kat awak.

Bila saya sedih,
Awak bagi saya aiskrim.

Bila saya marah,
Awak buat saya senyum.

Bila saya gembira,
Awak pun tumpang gembira.

Bila datang gila saya,
Awak sabar layan kerenah saya.

Saya tak harap boleh kekal sampai bila-bila.
Cuma saya berdoa biarlah sampai hujung nyawa.

Kalau berpisah,
Biarlah dengan cara yang baik.
Kalau bercantum,
Biarlah dengan cantuman yang elok.

p/s: Kepala pusing tengok politik.
Meroyan jap..:D

Tuesday, March 11, 2008

PRU 12

PRU 12.
Saya tak mengundi.
Termasuk dalam golongan rakyat Malaysia yang tak mengundi.
Patut-patut kawasan saya mengundi di Perak di suatu tempat TUT. Eheheh..
Tapi saya tak mengundi.

Mula-mula mau jugak pergi mengundi.
Mengundi buat pertama kali.
Tapi masih buntu mau pilih roket atau dacing.
Itu sahaja yang ada di tempat saya.
Sementelah pulak, saudara saya bertunang di Port Klang.
Jadi batalkan niat.

Informasi tentang tempat saya.
Dulu pernah dipanggil tempat ___?___.
Haa,mungkin faktor-faktor saya gila cerita korea berdasarkan tempat saya dibesarkan.
Banyak yang saya jumpa, lelaki bermata sepet.
Jadi pilihan hati mengikut persekitaran di sekeliling saya.
Tapi sekarang saya duduk di Putrajaya.
Rata-rata orang melayu,
Maka pilihan hati juga sudah berubah.
Mengikut peredaran semasa. *wink..wink*
(Yang paham..paham..yang tak paham buat-buat paham)

Walau tidak mengundi,
Tetap amik tau proses pentadbiran negara.
Walau siapa-siapa yang memerintah, biarlah perintah dengan aman sentosa.
Adil dan saksama.
Telus lagi mulus.
Selaras dengan agama.

Semoga PRU 13,
Saya dapat mengundi buat pertama kali.
Selepas menukar tempat undi saya. *kalau dapat*
(Datin Seri Jeanne *maaf kalau salah ejaan* boleh, rakyat biasa bolehkah?)
Selepas itu baru komen-komen dapat dibuat.

Sekarang cuma mau tunggu dan lihat.
Bagaimana Perak dengan kerajaan campuran.
Kalau ini lebih baik,

Pasti PRU 13,
Saya jadikan pentadbiran ini sebagai sandaran.
Kalau tidak,
Mencari yang mana lebih bagus.

Jadikan kuasa rakyat sebagai kuasa veto.

p/s: Yang mana kata rakyat Perak selepas ini guna minyak murah. Hilang akal ke apa?dah tentu proses mengurangkan harga minyak datang dari kerajaan pusat.
Saya tak pandai dari segi kewangan negara atau politik negara. Mungkin sebelum ini, ada negeri yang dapat minyak murah, ada yang tidak. Kenapa ye saya tak pernah tau sebelum ni..:D

Thursday, March 06, 2008

Selamat Mengundi

Besok saya bercuti.
Mesti ada yang cakap,
"cuti lagi."

Ini cuti sempena pilihanraya.
Tak payah dimintak,
Company yang bagi cuti.
Orang memberi, kita merasa. Hiks..

Untuk mereka yang pergi mengundi,

Selamat Mengundi... :D

Tuesday, March 04, 2008

Hari Lahir

Saya ada sambutan hari lahir yang berlainan.
Tak mampu nak cerita semua.
Cuma cerita yang mana saya ingat.

Semasa kecil,
Mak akan jadi orang pertama yang beri ucapan.
Dan masih hingga sekarang.
Abah akan belikan makan-makan yang special.
Itu masa kecil.

Semasa sekolah menengah,
Ada satu peristiwa,
Kotak hadiah besar diletak diatas kerusi di pagi-pagi hari.
Di dalam terkumpul semua hadiah dari rakan.
Dan saya,
Sangat terharu atas tanda ingatan.

Ada peristiwa lain,
Naik tingkatan tiga,
Saya hampir mahu tidur,
Dikejutkan dengan rakan-rakan yang datang pada pukul 12 malam.
Dengan hadiah dan makanan.
Juga terharu.

Maaf,
Selepas itu saya lupa.
Maaf,maaf dan maaf.

Semasa matrikulasi,
Dengan kawan-kawan yang baru.
Saya tidak dibenarkan masuk ke bilik.
Berpusing mencari nota misteri seperti Amazing Race.
Saya menghargai apa yang kawan buat.
Dan saya buat.
Walaupun letih.
Walaupun malu terpaksa memanjat tiang.
Tapi saya tetap rasa terharu.
Dengan sambutan dari rakan yang belum sebulan saya kenal semasa itu.

Dan lagi,
Sebelum melangkah keluar dari matrikulasi.
Di malam hari.
Sebentuk kek. (lupa penjodoh bilangan).
Dengan kawan-kawan yang sudah setahun saya kenal.
Lagi terharu.

Semasa Universiti,
Ini pun saya lupa.
Atau saya buat-buat lupa. *sengeh*
Past is Past.

Sekarang,
Bertambah rasa terharu.
Dengan rakan yang tidak pernah saya jumpa.
Ada yang baru berjumpa sekali.
Tapi tetap ada ingatan.
Sangat terharu.

Dan juga bertambah keharuan,
Menyambut bersama orang yang tidak pernah dijangka kehadirannya dalam hidup saya.
Meluangkan masa bersama saya.
Sabar melayani kerenah saya.
Saya tidak tahu apa penghujungnya.
Dan saya juga tidak mahu menaruh harapan terlalu besar.
Cuma berdoa semoga berkekalan hingga ke akhir hayat dengan suatu ikatan rasmi.

Terima kasih untuk ucapan berbentuk SMS.
Terima kasih untuk ucapan berbentuk panggilan.
Terima kasih untuk ucapan di komen frenster.
Terima kasih untuk ucapan di msg frenster.
Terima kasih untuk ucapan di msjbox saya.
Berbanyak-banyak terima kasih untuk pengucapan melalui entry.

Ayang,terima kasih banyak-banyak.
Ween,terima kasih.*Tapi saya tak suka makan cheeseburger tau. Fitnah semata-mata. Hikss..Tapi tetap terima dengan senang hati.Mekasey ween. *big hugs*
En Halym,terima kasih. Gambar kek tu menyelerakan. Nyummm...

Walaupun sudah mengjangkau setahun lagi umur.
Saya tetap 18 tahun.
Hahahah..*perasan muda*