Wednesday, April 25, 2007

Assignment Minggu 3

Mashi bukan nama sebenar tiba-tiba menjadi pujaan ramai. Tidaklah dikatakan hensem tapi manis itu masih ada. Namanya meledak sejak dia menjadi juara bagi pertandingan Akademi La Buhsan. Di mana-mana nama Mashi disebut. Jika ramai yang meminati pasti ada juga yang membenci. Pokoknya, Mashi tidak pernah kisah jika ada yang membenci kerana Mashi tahu yang suka lebih ramai dari yang benci.

Setiap masa bagaikan emas bagi Mashi kerana setiap hari ada sahaja penaja yang menjemput beliau menjayakan persembahan. Mashi sekarang bukan Mashi dahulu yang hanya ada sebuah motor buruk tajaan bapak beliau. Mashi sekarang bergelar jutawan muda hasil dari persembahan-persembahan yang beliau jayakan.

Mashi berkira-kira mau menghadiahkan sesuatu kepada ibu bapanya sebagai bukti Mashi adalah anak yang tidak pernah lupakan ibu bapa. Dalam fikir punya fikir, Mashi terpijak tangga kayu rumah beliau yang sudah reput. Walaupun Mashi jatuh terjelupuk, Mashi masih boleh tersenyum kerana beliau sudah mendapat idea apa yang perlu dihadiahkan kepada ibu bapanya supaya orang ramai tidak mengecop beliau sebagai lupa diri. Beliau harus menggantikan tangga reput kepada tangga batu.Dengan ertikata yang lain, Mashi mau menghadiahkan rumah baru kepada ibu bapanya.

Masa berganti masa, pembinaan rumah Mashi sudah peringkat boleh diduduki. Mashi buntu kembali. Rumah sudah siap tapi hiasan bagaimana yang harus Mashi letakkan di dalam rumah kerana Mashi bukanlah orang seni walaupun terlibat dalam dunia seni.
Mashi berjalan-jalan disekitar kedai berhampiran rumahnya. Matanya tertancap pada papan tanda di atas kepalanya.



Mashi sudah tahu apa yang dia perlu lakukan. Tanpa berlengah, Mashi terus menghubungi nombor yang tertera. Hasil dari perbincangan, designer mendapat idea konsep apa yang sesuai untuk rumah baru Mashi.
Besoknya, designer menjenguk rumah baru Mashi sambil membawa konsep yang dikatakan sesuai itu.


Mashi tidak puas hati jika hanya ditunjukkan gambar. Mashi mau designer terangkan apa cerita disebalik hiasan yang dicadangkan. Designer tarik nafas panjang dengan hembusan 2 harkat.

Perlahan-lahan designer menerangkan,
Bekas merah yang diletakkan di atas meja itu adalah lambang betapa tuan rumah ini orangnya sangat beruntung kerana kepercayaan orang cina yang menganggap merah itu ada ong. Jadi disarankan di letak mengadap ke arah pintu supaya mata-mata yang memandang bekas merah itu terkena tempias ongnya. Disebalik ongnya bekas merah itu, designer menyarankan Mashi meletakkan biskut-biskut atau kuih-muih ke dalam bekas merah supaya ibu bapa Mashi tidak perlu bersusah payah menyediakan hidangan jika ada tetamu yang datang. Mashi juga jika sesekali pulang ke rumah boleh bersantai dengan duduk di sofa putih, menggerakkan sofa ke arah kolam sambil makan biskut di dalam bekas merah.

Meja kopi yang penuh tradisi melambangkan ketua rumah iaitu bapak Mashi sebagai orang tua yang sudah berumur tetapi dipandang respek oleh setiap ahli keluarga.Ia comel dan mudah diangkat jika ibu bapa Mashi mahu mengubahsuai hiasan rumah.

Untuk hiasan di sudut dinding rumah, designer sengaja mau letakkan hiasan itu di atas kabinet supaya tetamu yang datang boleh tahu, ibu bapa Mashi berasal dari Bali, Indonesia. Warna merah pada tanda arca bali itu sebagai tanda berani. Untuk sudut lukisan di dinding rumah, designer menyuruh Mashi mendengar peribahasa ini baik-baik;

Yang kurik itu kendi,
Yang merah itu saga,
Yang baik itu budi,
Yang indah itu bahasa.


Jadi lukisan bewarna merah diabadikan sebagai tanda penghuni di dalam rumah Mashi semuanya berbudi orangnya. Boleh juga dikatakan sebagai tanda pengenalan seperti pelajar Akademi Fantasia yang membuat tagline sendiri.

Di bawah kabinet pula, hiasan diletakkan disitu bukan dengan saja-saja atau mau cantik. Jika dalam masa yang singkat, tetamu datang berkunjung kerana Mashi orang terkenal, bolehlah diletakkan bekas merah dibawah kabinet sebagai tempat abu rokok.

Disini designer menekankan konsep dalaman rumah baru Mashi semuanya 3 dalam 1 atau 2 dalam 1. Tidak semestinya syampu sahaja ada konsep sebegitu.

Mashi tersenyum puas dengan penerangan designer. Pintu rumah baru dibukak luas sebagai tanda hatinya yang sudah melebar untuk menerima konsep designer. Memang mashi beruntung berjumpa dengan designer nan satu ini. Dan juga warna merah memang warna idaman Mashi kerana disitu ada keberanian, kegagahan dan pekerti yang bagus.

Designer juga tersenyum puas kerana konsepnya dihargai oleh orang seperti Mashi. Inilah yang dikatakan tuah badan.

Ibu bapa Mashi juga puas hati dapat anak seperti Mashi. Tidak sia-sia mereka melapikkan kain merah semasa kelahiran Mashi kerana hanya kain itu sahaja yang sempat dicapai.

Pintu rumah baru ditutup. Aktiviti Mashi berjalan seperti biasa. Designer mula menjalankan kerja.

Nyatanya, semua fikiran sudah berbunga-bunga. Semoga semuanya berjalan lancar.

13 comments:

Adam Dryx said...

Zura,..

Gambar yg diberikan tu mesti diletakkan bersama-sama dengan tugasan....

Dlm soklan ada tertulis... No.3 tu.

Adam Dryx said...

Oh! Sorry... ADam tak perasan gambar tu ada...

Nice work!

Anonymous said...

bukan "yang merah itu kendi.." tapi "yang merah itu saga"

yang kurik itu kendi
yang merah itu saga
yang baik itu budi
yang indah itu bahasa..

zura lias said...

adam,
thanks..tp xtau le kalo juri x puas atiekan..edit masa singkat je...hikss..

anonymous,
thanks..thanks...hihih..mmg ala2 blur peribahasa tu..gatai gak nk bubuh..hikss...

MZ said...

gatai ehh? ;)) huhuhu

KudeN said...

haha! hebat la ko punye imaginasi.. pk balik klakar pun ade.. u ngan syawal.. bole gang! best best

kujie said...

cik zura....pandai betul mempedaya kita org ni yg tak sabar , yg teruja mengalahkan peserta..he he he..tertipu oleh mata merahku..

kakjie tau pantun
pen merah pen biru je...:p

Noushy syah said...

Kriesz..beshhh!! Good luck and I'm sure this assignment of yours will put you on better ranking...love it!

zura lias said...

pokcik,
erm..tp dh okies le..dh bubuh mopiko laila..:D..

kuden,
ehhehe..thanks..tp tinggi imaginasi kadang-kadang tak bagus...especially time pukul 12 malam, malam jumaat..hikss..

kak jie,
gambo tu kecik sgt ek?hihih..kene pakai spek tebal le cengginie..sorie, xde niat nk memperdaya..hikss..
p/s:sebenarnye sy bubuh pantun tu len..tp sib baik ade anonymous yg betulkan balik..hihihhi..

Noush,
Thanks noush..tp xde le sebest mcm noush punye...tgh2 wat assignment,boss kasik urgent job..arghhhhh...

aria ayumi said...

besh2... keep up a good work, kak! :D

zura lias said...

thanks diya...
gambatte....^_^

Anonymous said...

1cialis levitra viagra vs vs [url=http://fourfourtwo.com/members/price-of-arimidex.aspx]arimidex breast cancer[/url]buy tadalafil prescription drug online
2 street name for oxycodone [url=http://fourfourtwo.com/members/long-term-effects-of-arimidex.aspx]arimidex prescribing information[/url]buy tadalafil prescription pill online
20 cheap generic mg nolvadex [url=http://fourfourtwo.com/members/when-to-start-arimidex.aspx]doctors against arimidex[/url]buy tadalafil with check online
20 mg cialis dose advice [url=http://fourfourtwo.com/members/arimidex-3mg-a-day.aspx]arimidex muscle[/url]buy tadalafil with no prescription
20 mg photo of levitra [url=http://fourfourtwo.com/members/ip-arimidex.aspx]arimidex reactions with antidepressants[/url]buy tadalafil without a prescription
2001 daily feb levitra statistics [url=http://fourfourtwo.com/members/arimidex-versus-femara.aspx]arimidex and running[/url]buy tadalafil without prescription online
2003 case studies of cialis [url=http://fourfourtwo.com/members/bone-pain-and-arimidex.aspx]sideffects of arimidex[/url]buy u s tadalafil online
20mg ambien or 20mg zolpidem [url=http://fourfourtwo.com/members/generic-arimidex.aspx]treatment bone pain arimidex[/url]buy ultracet cash on delivery
20mg generic levitra order online [url=http://fourfourtwo.com/members/arimidex-anastrozole.aspx]about arimidex[/url]buy valacyclovir generic valtrex canada
20mg oxycodone extended release price [url=http://fourfourtwo.com/members/arimidex-and-lung-disease.aspx]arimidex while on deca[/url]buy valtrex online in australia

Anonymous said...

footpath http://www.netknowledgenow.com/members/Bariatric-Surgery.aspx http://www.netknowledgenow.com/members/Electric-Blankets.aspx http://reggelsen.dk/cs/members/Furnace-Filters.aspx http://reggelsen.dk/cs/members/Vending-Machines.aspx http://reggelsen.dk/cs/members/Kitchen-Cabinets.aspx http://reggelsen.dk/cs/members/Slipcovers.aspx http://reggelsen.dk/cs/members/Polar-Heart-Rate-Monitors.aspx http://reggelsen.dk/cs/members/Popcorn-Machines.aspx http://reggelsen.dk/cs/members/Garage-Door-Openers.aspx