Dulu-dulu zaman sekolah rendah, majority setiap orang ada buku biodata sendiri lepas tue pass kat member-member dalam kelas supaya persahabatan tak lekang dgn cuaca sekejap panas sekejap hujan. Aku check balik buku biodata yang pernah aku buat setiap kesukaan menjadi berlainan mengikut pembesaran dan zaman.
Dulu, Kini dan Sekarang..
Dulu..
Aku berangan nak tanam kacang supaya boleh menjalar sampai ke awan dan aku boleh kaut harta-harta jin yang ada di dalam awan.
Kini..
Aku berangan nak ada rumah di tepi pantai dan setiap pagi berjogging di tepi pantai time matahari nak terbit.
Sekarang..
Aku berangan menjadi seorang wanita yang berjaya di dalam karier tapi tak pernah melupakan tanggungjawab dalam famili.
Dulu..
Kucing kesayangan nama Tobi.
Kini..
Kucing kesayangan nama Boy.
Sekarang,,
Kucing kesayangan nama Buk.
Dulu..
Aku tak suka makan telur.
Kini..
Aku tak suka makan telur.
Sekarang.,
Aku tak suka makan telur.
Dulu..
Aku suka makan ayam.
Kini..
Aku suka makan ayam..
Sekarang..
Aku suka makan ayam.
Dulu..
Aku minat Ekin Cheng
Kini..
Aku suka Takuya.
Sekarang..
Aku jatuh asyik MAWI…muahahahhahah..
Dulu..
Mak pembeli Bambino, Bujal, Kuntum, MKK, Dewan Pelajar
Kini..
Aku pelanggan Dewan Siswa.
Sekarang..
Aku pengumpul Remaja.
P/S: Biodata ini akan disambung selepas aku ade masa yang byk nk ingat balik apa kesukaan dan kebencian.
Teman dan 5 Ekor Lembu
16 years ago
No comments:
Post a Comment