Tuesday, January 05, 2010

Sakit gigi Weiss,,,

Orang kata antara sakit yang paling sakit adalah sakit gigi.
Minggu lepas baru bersembang dengan rerakan tentang saya yang tak pernah sakit gigi.
Tapi saya rasa takde nada-nada riak bercerita.
Saya rasalahkan.
Orang lain dengar taktau le plak.
Sebab saya siap cakap, kalau boleh taknak rasa sakit tu walaupun tak pernah rasa.

Tapi minggu ni,
Agaknya sebab Tuhan nak uji.
Terasa macam ganjil-ganjil kat hujung gigi.
Ntah le, saya agak konpius gigi atau gusi.

Tapi belum sampai sakit tahap berguling-guling.
Cuma rasa tak selesa.

Tak selesa nak gelak terbahak-bahak.
Tak selesa nak sengeh sampai ke telinga.
Tak selesa nak senyum tersipu-sipu.

Ada kata pipi saya dah bengkak.
Belek-belek kat cermin dalam toilet.
Konpius lagi.
Sebab pipi saya memang membengkak semulajadi. read : chubby.
Tang mana yang bengkak pun saya tak nampak.
Yang saya confirm nampak,
Jerawat sekuntum kat tempat yang sakit tu.

Sampai le malam ni.
Rasa macam pipi baru lepas kena tumbuk.

Aish,
Susah le nak cakap camne rasa sakit gigi ni.
Yang penting sakit.

Esok kalau sakit lagi.
Saya nekad nak MC dan terbang ke Ipoh.
Jujurnya saya takut jumpa dr gigi.
Hanya satu dr je yang saya berani.
Dr Eddie kat Pekan Ipoh.

Mungkin sebab kehensemannya,
Atau pandainya dia bercakap,
Saya rasa macam ada kegagahan nak jumpa dr gigi.
Tapi dr gigi yang bernama Dr Eddie je lah.
Dr lain tetap takut.

Kalau kita ada jodoh,
Pasti kita ketemu besok.
*Ucapan untuk Dr Eddie*

1 comment:

ell.eza said...

zura..dah jumpa dr,eddie blum ni?