Thursday, January 07, 2010

Pengembaraan ke Klinik Gigi Part 1

Sekarang saya tahu kenapa saya tidak pernah di uji sakit gigi.
Hatta gigi bongsu nak tumbuh pun tak pernah ada rasa sakit.
Sampailah kelmarin yang lepas,
Dan semalam yang cemas.
Bukan orang lain cemas,
Tapi diri sendiri yang cemas.

Nak bangun pergi kerja,
Rasa macam nak tampar pipi.
Dah tampar pipi rasa macam nak menangis.
Tapi air mata memang tak turun.
Tak macho le beb walau telefon mak suara tertahan-tahan.

Eh,
Tapi telefon bukan nak mengadu domba.
Cuma pemberitahuan mungkin akan balik ke Ipoh menaiki bas atau train dek sakit yang tak tahan.

Kemas-kemas baju.
Tapi masih terpikir-pikir.
Betulkah tindakan nak gi klinik gigi ni.
Relakah diri ini menghulur gigi untuk di gerudi,
Semata-mata taknak rasa sakit.
Ke biarkan je dan lama-lama akan sembuh.

Tapi gigi bongsu ni dah menyonsang.
Jadi penahan bukaan rahang.
Pikir punya pikir,
Call Bulan tanya pendapat.

"Nak balik Ipoh, balik le. Saya pun sakit gigi. Okies yang, saya tengah bz ni."

Erm,
Keputusan muktamad.
Balik Ipoh jumpa Dr Eddie.

Parking kereta kat ERL.
Kunci streng.
Dah jalan berapa langkah,
Tetiba teringat nak buat appointment terus dengan Dr.

Set appointment pukul 3.
Jam pukul 10.
Nak tunggu ERL.
Nak tunggu LRT.
Nak amik tiket bas.
Bas nak redah jem kat pudu.
Dengan sakit yang tak surut-surut.

Patah balik masuk kereta.
Bukak kunci.
Hidup enjin.
Baca bismillah.
Bergegas balik Ipoh.

Dah sampai Bidor,
Telepon Mr Bulan.
Dia tak tanya lansung saya naik apa.

Cis,
Tunangan akukah ini??

Saya pulak yang cuba main kuiz dengan dia.
"Cuba awak teka saya naik apa?"

"Naik train ar.."

"Salah..saya drive ar."

"Eleh, jangan kelentong ar, saya dengar bunyi macam dalam ketapi."

Uikss, kereta saya bunyi kereta kebalkah sampai dengar macam bunyi ketapi.

"Cuba dengar radio ni, kuatkan, takkan le dalam ketapi."

"Ehh, awak jangan memain."

"Sies, saya drive. Tak tahan sakit. Appointment pukul 3."

"Erm, bebaik drive. Memacam ar awak ni. Okies yang, saya nak sambung wat keje."

Dah sampai tepi rumah,
Mak call nak confirmkan naik bas pukul berapa.
Saya tak angkat untuk kasik surprise.

Mak bukak pintu sebab ada bunyi kereta masuk.
Muka macam terkejut tapi tak terkejut.
Agaknya dah paham sangat kot anaknya memang akan buat sesuatu dengan pasti,
Kalau dah nekad.

Jam bergerak pantas.
Hati dup dap dup dap melihat jarum jam.
Taktau le dup dap dup dap berdebar nak jumpa dr yang ensem.
Atau berdebar nak kena check gigi.

Tepat 2.30,
Saya keluar rumah dengan bergaya.
Menahan perit di pipi.
Berdoa semoga dr akan cakap,

"Eh, takde paper ni. Semuanya okies, ada makanan je terselit tu yang buat sakit sangat."

Harapan demi harapan.

Sampai depan klinik gigi.

-Bersambung-

2 comments:

yOnnA said...

akakkk.sambungggg

zilazakipurple said...

tah sambung la...sambung la...gua pun tgh sakit gak..gigi geraham berlobang...memang sakit tak hingat nyer

http://www.hpa-online/?id=zilazaki
http://www.vemmabuilder.com/25492940