Monday, September 07, 2009

Sayu + Happy = Dapat tudung baru..

Perasaan sekarang :
Bila terasa sibuk di opis,
Saya akan bermalas-malasan di malam hari.

Blog makin lama makin terabai.
Farmville di facebook bukan jadi kegilaan.
Saya cuma melayan comment-comment di facebook sebab ringkas dan padat.
Atau sesekali bermain kuiz gila di facebook supaya mental saya kembali stabil.

Rutinnya :
Setiap pagi,
Sebelum membuat kerja,
Saya akan pastikan menjenguk blog rerakan terlebih dahulu.
Supaya saya tau perkembangan terkini.
Dan kembali menyambung kerja walaupun takde satu blog pun yang saya tinggal jejak.
Ada terasa sayu di hati.
Sebab aktiviti dedulu saya terpaksa lupakan demi mencari sesuap nasi.
Dan kemalasan yang tak dapat dibendung bila di malam hari,
Untuk mengupdate blog.

------------------------------------------------------------------------------

Betul kata orang,
Bila masa tak dapat dikawal,
Kita akan jadi hamba masa.

Betul kata orang,
Bila masa jadi alasan,
Kita akan hilang nikmat perhubungan.

Minggu yang lepas,
Sepenuh masa kita letak untuk satu persahatan,
Lazatnya jelas ketara,
Dan semua kenangan mengimbau.

Semasa itu kita sedar,
Usia kita menginjak bukan setahun dua.
Ada banyak lubang-lubang tahun,
Yang kita bolos,
Bila kita alpa persahabatan.

Tapi,
Terus ke depan,
Sebab yang di depan belum pasti,
Yang belakang jadi panduan diri.

p/s : pergilah jalan TAR pukul 2 pagi di malam minggu untuk menikmati harga tudung yang menarik.
*Untuk mereka yang hanya membeli baju, kain atau tudung dari butik, abaikan pesanan ini. Tak sesuaiii..*

2 comments:

Shu said...

pukul 2 pagi bukak lagi yer jln tar.. menarik..

meen said...

waahhhh..teringin jgk tgk jalan tar pukul 2 pagi..sure dah tak crowded sgt ek zura?

kak meen dah lama gila tak gi jalan tar..nervous plak rasa nak pegi..huhu