Monday, July 27, 2009

Yasmin Ahmad

Saya bukanlah pemuja individu.
Saya lebih kepada menghargai bakat seseorang,
Yang datangnya dari Allah diberi kepada hamba-Nya yang terpilih.

Saya sukakan kebijaksanaan Tun Mahathir.
Saya kagum bila Anwar Ibrahim berdebat.
Saya hormat peribadi Nik Aziz.
Tanpa amik kira perlakuan buruk yang mungkin tak disukai sesetengah orang.
Sebab saya percaya,
Tiada yang sempurna.

Kalau dari sudut hiburan,
Saya rasa tiada siapa yang boleh menandingi Sudirman Hj Arshad.
Bila beliau pergi,
Ada satu rasa di situ.
Mungkin masa tu saya masih kecil.
Tapi rasa itu kekal sampai sekarang.
Lebih-lebih lagi bila saya tonton apa-apa yang berkaitan dengan beliau.
Jiwa saya akan rasa pilu.

Sekarang,
Rasa tu datang balik.
Bila baca paper semalam,
Yasmin Ahmad meninggal dunia.

Walaupun saya tau beliau diserang strok.
Tapi saya berdoa beliau boleh sembuh dan berkarya seperti biasa.

Saya tak pernah jumpa beliau secara real.
Tak pernah bersembang dengannya secara live mahupun maya.
Walaupun ada berkunjung ke blog beliau.
Saya hanya jadi silent reader.

Masa baca paper semalam,
Saya sedang makan tengah hari bersama Bulan di area UTM, Jalan Semarak.
Saya katakan pada bulan,

"Awak,saya sedih Yasmin dah takde"

Perkataan itu spontan.

Baru saya sedar,
Yasmin Ahmad juga antara individu yang saya kagum.
Saya kagum dengan karyanya.
Walaupun ada karyanya yang mengelirukan.
Tapi saya amik yang baik-baik,
Dan tetap letakkan beliau sebagai pengarah terbaik yang ada di Malaysia.

Saya tak pernah miss setiap filemnya.
Walaupun saya tidak berminat dengan Rabun,
Tapi saya tetap beranikan diri menonton sepet seorang diri di panggung wayang.
Dan hasilnya tidak mengecewakan.

Cuma satu yang belum saya tonton,
Mualaf.
Yang paling saya suka,
Mukhsin.
Yang saya tengok sampai 2 kali,
Talentime.
2 kali jugak saya sebak.

Tapi saya puas.
Berjaya mengajak Bulan menonton bersama.
Dan dia puji Talentime.
Sebab dia ugut nak tidur dalam panggung.
Dia bukan peminat filem Melayu.

Saya kata,
YA filem Malaysia.
Titik.

Pagi tadi topik tentang Yasmin Ahmad,
Secara automatis,
Lagu ini bermain-main di pikiran saya,

Kini tinggal kenangan belaka
Di taburan bunga pusaramu
Ku berdoa agar dikau
Aman bertemunya

Oh! kenangan tinggallah kenangan
Engkau pergi telah ditakdirkan
Diriku termenung menjauh
Bersama senandung semalam

(Senandung Semalam - Alleycats)


Saya akan rindukan iklan beliau,
Filem beliau,
Dan coretan beliau di dalam blog.

Al-Fatihah Untuk Yasmin Ahmad.

9 comments:

Kujie said...

Kak Jie lebih terkesan iklan2 komersial dia dari filem...filem agak berat utk org malas seperti kak jie..



Pergi -Aizat ( OST Talentime )Versi asal I Go oleh Pete Teo


Sayu terpisah
Hikayat indah kini hanya tinggal sejarah
Berhembus angin rindu
Begitu nyamannya terhidu wangian kasihmu
Hujan lebat mencurah kini
Bagaikan tiada henti
Kaulah laguku kau irama terindah
Tak lagi kudengari
Kau pergi.. pergi..
Sepi tanpa kata
Terdiam dan kaku tak daya kau kulupa
Apa pun kata mereka
Biarkan kenangan berbunga di ranting usia

zura lias said...

Kak jie,
tetibe rase sedey bace komen kak jie nie..sbb mcm tergiang-giang lagu pergi ni.rase mcm ditujukan utk arwah..

Anonymous said...

Uhuk.

Innalillah ...

Masa dapat tahu arwah masuk hospital, ingatkan beliau boleh sembuh mcm biasa. Tak sangka pulak ..

zura lias said...

tu le..akak pun berdoa cenggitu walaupun akak slalu dgr..bile dah kene operate kepala..peluang agak tipis..tp akak doa hope ade keajaiban..Tuhan lebih sygkan die kan..

IamYonna said...

akak, malam yasmin meninggal tu! mmg sumpah yonna xleh tido! tido kol 3, then time tido asyik terjaga. dok terbayan-bayang muka dia! padahal bukan pernah bersepupu dengan beliau!

tapi sebab karya2 beliau sangat dekat dengan hati kita. yonna rasa kehilangannn sgt2! lagi rasa dr p ramlee and sudirman.

T__T
im gonna miss karya2 dia. and iklan2 beliau! omg!! takkan ada movie yang muhibah lg mcm yg beliau buat T___T

yonna sangat suka kan sepet! sampai sepet mata tgk! hahahha. terlalu adore cerita tu dengan kecomelan orkid and jason :(

iklan tan ho ming tu.waaa!!

tp itu perhitungan hidup kan kak? yang hidup pasti akan mati. mati itu pasti..

T__T

MZ said...

pak cik da agak umur dia x panjang. cuma x cakap je. takut menjadi satu doa. sambil berharap arwah akan sembuh ...
mari kita yg tinggal di dunia muhasabah diri kita sendiri. adakah iman sudah cukup andai nya esok kita d jemput pergi. adakah fizikal kita cukup di jaga kearah keunggulan kesihatan dan kecergasan ...
wabillahitawfiq ...
*innalillah ...*

MZ said...

hampir teralpa ... mengapa di panggil encik bulan 'awak' sahaja? tidak kah lebih mesra di seru dengan nama-nama manja yang lebih puitis dan gedis seperti 'sayang' atau 'ayang'. atau 'baby' mahupun 'bie'?
i know u want to
u know he wancha.
*acara selingan sedikit :))muahahaha*

meen said...

Al-Fatihah untuk arwah Yasmin.

Semua yg zura tulis tu..kak meen setuju belaka..dan lagu senandung semalam menambah effect cerita..*tetiba rasa sayu sangat*

Shaira said...

Mula2 Shai agak terkejut bila arwah dah meninggal. Pulak dapat tau arwah tinggal dekat area rumah Shai. Masjid kat SS19 Subang tempat disembahyangkan masuk dalam news.

She's one of the best person, a Malaysian lady that has brought and created the true Malaysian film.

Al-Fatihah.