Monday, July 20, 2009

Melompat Hanya Best Kalau Badan Versi Kapas

Sebabkan tahun ni manyak musim melompat,
Saya pun nak cerita pasal lompat.

Dulu masa sekolah rendah,
Masa darjah 4.
Saya mula masuk acara lompat jauh.
Walaupun ketinggian masa tu dalam 120++ cm,
Tapi saya hampir berjaya mengalahkan ratu lompat jauh sekolah time acara sukan sekolah.

Sebabkan prestasi melompat yang agak bagus,
Saya diminta turun padang sebagai pelapis wakil sekolah untuk acara lompat jauh.
Ganti ratu lompat jauh sekolah yang dah nak abih sekolah.

Mula-mula memang excited.
Tapi percayalah,
Saya tidak konsisten.
Semangat saya selalunya berkobar semasa permulaan.
Di tengah-tengah jalan saya mula jadi malas nak turun training.
Dek kerana tiada yang memujuk kembali semangat saya,
Pengakhirannya saya terus taknak turun padang dan keluar dari skuad pelapis.

Masuk darjah 5,
Saya masuk lompat jauh lagi.
Tak ingat dapat no berapa.
Tapi cikgu Azizah mintak saya jadi wakil rumah merah untuk acara lompat tinggi.

Sampai sekarang saya terpikir,
Apakah yang cikgu pikir,
Untuk budak setinggi 120cm++,
Masuk lompat tinggi.

Samada cikgu memang dah takde wakil untuk acara melompat.
Atau cikgu ingat melompat palang sama macam melompat tali getah.
*Cikgu Azizah jadi penyelamat kawan saya yang patah tangan semasa kami main lompat getah sebelum masuk kelas time pepagi*

Bulat-bulat saya tolak tawaran cikgu untuk jadi wakil acara lompat tinggi.
Saya takut saya tersangkut di palang time tengah melompat.
Akibat kaki yang kurang panjang.

Bila darjah 6,
Saya tak masuk dah acara balapan.
Saya main bola jaring dengan bola baling plak.
Pun memerlukan acara melompat.
Kira macam lompat-lompat ni memang sebati dengan saya.

Sebab kat rumah pun,
Saya panjat pokok mempelam dan melompat ala-ala macam sukarelawan nak patah kaki.
Kalau lepak umah mak sedara kat greentown.
Gi padang main buaian,
Hayun buaian dan lompat kat atas buaian.
Hayun lagi laju-laju,
Melompat dari buaian balik.

Saya rasa kalo Rosyam Nor tengok aksi stunt kami masa tu.
Dah tentu dia tak pikir panjang nak offer adegan stunt pada saya dan rakan-rakan.

Tapi suruhlah saya lompat sekarang.
Harus tak terlompat lansung.
Suruh lompat satu tempat pun,
Confirm dah termengah-mengah.

Jadi,
Apa yang bestnya melompat secara sukarela??
Melainkan kalau kamu edisi kanak-kanak.

5 comments:

Anonymous said...

Huhu. Banyak betul perkataan lompat dalam satu entri. Tapi, kira aktif dan minat sukan jugak lah ye akak ni. ^-^

IamYonna said...

ye la kakak.banyak benau perkataan lompat hahaa.. kecik2 boleh ah lompat. suruh terbang pon boleh kot! hahahaha. nak suruh skang ni. mungkin mati ke pengsan ke lepas lompat :p

akak kecik je. senang nak aktif mana2 sukan. hee err time akak main netball, akak jadi C ke?

zura lias said...

diya,
hehhee..sebab skarang tahun melompat kot..lompat parti..lompat bangunan.. :D..aktif?xde le aktif sangat..aktif gitu-gitu je..

yonna,
skarang musim lompat dik..kene ikut trend..hiks..erkk..akak kecik..tp badan berat..still susah gak nak lompat..dedulu bleh ar..hihiihih...
ermm..zaman skolah kalo men netball..akak jadi C xpun WA or WD..tp bile masuk dunia keje..ade lwn netball kt opis lama..akak larat jd WD or WA je..ihihih..tu pun 2 minit men..dh mintak kuar..stamina tahap ampesh..hihihihih

Anonymous said...

ko mmg hangat2 taik ayam tol. aku dah cakap, lompat je. motivasi tu zura. peha ko dah makin mmbesar tu. aku tau ko tau sape aku kan. muahahahahaha.

zura lias said...

cehhh...cehhhhh..ampeshhh...aku melompat ar skarang nie..aku gune tali skipping..seminggu aku wat..dada aku sesak..aku xnak wat dh..takut terus kene heart attack..ahahhahaa..*okies tak alasan aku?*