Tuesday, July 28, 2009

Dear Awak, Happy Birthday..

Untuk kamu yang bukan berkenaan, boleh tekan butang "X" di atas.
Untuk kamu yang bukan berkenaan, tapi masih mahu membaca,
Terima Kasih.
Untuk kamu yang berkenaan dengan entry ini,
Sila baca sampai habis.

Dear Awak,

Hari ni 28hb Tujuh.
Bermula dari 2007,
Tarikh ini antara yang penting dalam hidup saya.

28/7/2007,
Kita masih kawan biasa.
Yang rajin berSMS dan bertanya khabar.
Cerita tentang isu semasa dan gossip-gossip hiburan.
28/7/2007,
Awak kasik hint hari bersejarah awak.
Saya tau tapi buat-buat taktau.
Sampai awak bagitau secara terus,
Saya wish secara telus hati.
Tiada perasaan selain perasaan hanya kawan.

28/7/2008,
Kita sudah melangkah satu tapak.
Meraikan bestday awak dengan perasaan yang berlainan.
Tapi belum ada tapak.
Hanya tanah rata.

28/7/2009,
Kita raikan dengan lebih awal,
Kita tambah lagi tapak perhubungan.
Ada selangkah lagi tapak untuk kita mula satu perhubungan baru.
Semoga kita berjaya membina tapak yang kukuh.

Awak,
Walaupun pernah tersinggung,
Bila saya cakap,
Belum tentu kita berjodoh,
Bukannya saya maksudkan saya tidak maukan awak.
Cuma masa depan bukan kita yang tentukan.

Kita tidak tau apa yang tersirat di sebalik yang tersurat.
Kita boleh merancang semau yang kita mau.
Tapi apa pun kita perlu balik kepada Pencipta kita.
Hanya dia yang Maha Mengetahui,
Apa yang terbaik untuk kita.
Kita cuma mampu berdoa,
Biarlah hubungan ini kita tambah dengan tapak yang baru,
Dan kekal hingga akhir hayat.
Biarlah 28/7 seterusnya,
Kita raikan dengan perhubungan yang sudah ada tapak,tiang dan asas yang kukuh.

28/7/2009,
Happy Birthday Awak!!
Semoga dipermudahkan urusan dan dimurahkan rezeki.

Saya percaya,
Tuhan ketemukan kita,
Supaya saya kenal awak,
Jadikan pengajaran,
Kita tidak berhak jadi juri,
Menghakimi perlakuan orang lain,
Tanpa kita kenal hati budinya.
Maafkan saya untuk persepsi negatif selama 13 tahun.

Sekali lagi,

Happy Birthday ke-30.

11 comments:

Kujie said...

comelnya....awak hari ni
senyum tak simpul lagi
sebab ada org wish awak


awak... kak jie nak ucap juga
selamat ulangtahun kelahiran ke - 30
makin bertambah angka
makin bertambah lilin
moga makin besar kek...hehehe

- SueN - MrS AzharI said...

selamat hari jadi gak tuk pakcik.....cepat2 la kawin...nnt afni nak rase nasik minyak org perak....

MZ said...

'awak' lagi :p

Anonymous said...

Hehe. Melangkah setapak demi setapak ey kak.

Happy birthday untuk awak akak =D

meen said...

Untuk "awak"..selamat hari lahir ke-30 hiks

IamYonna said...

utk *awak*

happy birthday,
bahagiakan kakak saya ni :)

Kak Long said...

Hari demi hari akan tambah mendewasakan sesuatu hubungan.
'Awak' dah melangkah ke-30...semoga berkekalan hari-hari bahagia dan lebih bahagia.

AiRynnz said...

SALAM ZURA..

kem salam kat "awak" tuu ek ;)
semuga kalian berbahagia selamanya

Sanji said...

untuk awak....

ada rasa nak delete friendster ngan face book tak?

Your Awak said...

Tenkiu2 pada yg membuat entry dan yang memberi ucapan....tapi....dalam banyak ayat dalam entry ni....ada satu ayat jer yg paling tak best....uwaaaaaaaaaaaaa!!!!

ayat yang terakhir tuuuuuu....

Shaira said...

Awww that's so sweet. Si dia mesti terharu, hehe.

Semoga kalian kekal abadi dunia akhirat, amin.

xoxo