Saturday, February 14, 2009

Semangat Dari Mereka

Ada banyak impian untuk 2009.
Tapi ada juga yang perlu ditoleh ke belakang.
Contohnya persahabatan.

Ada banyak persahabatan yang saya bina.
Ada yang kekal sehingga sekarang.
Ada yang sudah hilang ditelan masa.
Ada yang kembali merapatkan jurang.

Dalam banyak hubungan yang dibina,
Ada suatu hubungan yang saya kutip semangat dari hubungan itu,
Untuk diri sendiri,
Mungkin bunyinya macam kepentingan diri sendiri,
Tapi itu satu bentuk motivasi.

Along,
Keterampilan sebagai Muslimah yang berjaya tegar.
Ada suatu masa,
Di zaman matrikulasi,

"Along punya purse ada orang ambil dalam komuter. Along letak dalam beg, rasa beg tu macam berat. Bila keluar dari komuter, Along taktau kenapa Along rasa ada seorang mamat ni yang amik purse Along. Along pergi kat dia, Along cakap kat dia, pulangkan purse Along. Mamat ni taknak n nafi cakap dia amik purse Along. Along taktau kenapa Along berani pergi tunjuk kat salah satu poket jacket mamat tu dan cakap purse Along ada kat situ. Mamat tu terkejut, dia keluarkan dan bagi kat Along. Mamat tu blah. Along tergamam tapi syukur. Along taktau kenapa Along jadi yakin sangat. "

Cerita ini saya masih ingat sampai sekarang.
Saya jadikan ia panduan.
Bila kita patuh pada Tuhan, Tuhan akan tolong kita.
Dan Along sekarang seorang doktor yang berkhidmat di Teluk Intan.
Kalau dilihat keterampilan Along dan sesiapa yang mengenalinya,
Pasti akan berkata, dia muslimah tegar yang tidak membezakan orang.

Alang,
Jatidiri memajukan diri menjadikan dia bersemangat untuk menjadi seorang usahawan.
Mempunyai idea yang tersendiri.
Saya suka semangatnya melawan arus menjadi usahawan berjaya.
Sila layari websitenya untuk membeli barang atau blognya untuk mengetahui tentang Cloth Diaper atau Breast Feeding.

Ayang,
Pernah jatuh.
Jatuh yang boleh buat parut susah nak hilang.
Jatuh yang sukar mau diramal masa depan.
Tapi dia bangun kembali.
Bangun dengan semangat yang tinggi.
Mengingatkan saya, gagal sekali bukan kita bererti gagal selama-lamanya.
Dan saya tidak hairan jika dia berjaya membuka cawangan farmasinya di serata Malaysia,
Atau menjadi jurutera yang berjaya.

Ateh,
Hidup berkeluarga.
Bahagia dengan keluarga.
Sentiasa memikirkan keluarga.
Buat saya percaya,
Yang paling penting dalam kehidupan,
Ada keluarga yang bahagia.

Ude,
Tabah.
Cukup satu perkataan.
Kalau episod itu boleh menggugurkan air mata.
Tapi dia tetap tabah.
Kool.
Tiada istilah bermuram durja.

Kakcik,
Diam itu berisi.
Kakcik buat saya terfikir,
Diam itu bukan bermaksud menjauhkan diri.
Diam itu berfikir sebelum berkata sesuatu.

Acu,
Keterujaan untuk menyambung belajar ke peringkat PHd sangat tinggi.
Tidak lemah semangat walaupun banyak perkara yang menghalang.
Kerana semangat untuk menyambung pelajaran,
Menolak jawatan Pegawai Penyelidikan di suatu jabatan di Ipoh,
Suatu jawatan yang di idamkan oleh mereka yang menganggur,
Atau mahu mencari tapak selesa,
Menjadi pekerja kerajaan.

Saya ambik semua semangat itu.
Saya sematkan di dalam diri.
Mungkin itu sukar.
Mungkin ia makan masa bertahun.
Sekurang-kurangnya saya tahu,
Saya telah mencuba membuat yang terbaik.

Chaiyok-chaiyok untuk diri sendiri.

Cerita versi lain untuk mereka yang di atas boleh di perolehi di sini :-
i) Acu
ii)Alang


Zaman muda-muda



Depan Penta Sc.

14 comments:

fysal said...

Alhamdulillah..sihat..bila mau aktif berblog balik ni??

fysal said...

Alhamdulillah..sihat..bila mau aktif berblog balik ni dan aktifkan msjbox kak zura??

en_me said...

ammvoiiii, akak akak yg jeliterr one uooolsss..

arsaili said...

salam..semoga kejayaan mereka menjadi pembakar semangat

Ako Retna said...

klu FREE, jemput datang umah akak k on 28 feb nnt...

Anonymous said...

oh itu kan diriku yang moks, pakai spek..oh oh..jeragat masih ada dari dulu sampai sekarang,
penyakit genetikkah? kekek

Anonymous said...

walau dah terlepas 2-3 entry...tapi tetap nak cakap...
uwaaaaa...cedeynyer cik kriesz ni dah tunang....dah ngorat pun tak dapat2...alih2 dia bertunang....cedeyyyyyy......

zino said...

salam kenal...tak sempat nak komen lalu je dulu..

AiRynnz said...

salam zura...

bagi alamat kat email ryn tau..

airynnz31@yahoo.com

amcek said...

apabila nanti, sampai satu masa kamu masuk ke dalam satu keluarga baru. diharapkan kamu bersedia mental dan fizikal untuk menerima bermacam jenis gurauan gurauan bentuk ganas.

cuma kamu perlu bersedia dan bersemangat.

saya dari keluarga yang lain melaporkan. oh. berpesan sebenarnya.

kaklong said...

angah..ayat2 angah buat ayg bersemangat. hait!
terima kasih angah..ye, mmg impian ayng mahu kembangkan perniagaan ibu ayg. dn juga mahu sambung belajar utk diri sendiri. tp utk jd engineer xkot..takut jatuh ati ngan mat bangla kat site.
angah, lawak kan gmbr kite? tp xleh tahan gelak tgk alang. hhahahaha.
eh..hep hep, xleh ckp bnyk2. kang bile die dh masuk senarai usahawan wanita paling berjaya di malaysia, di wat wat lupe kite. hehehe..eh, alg, alg cun rrrr..(ayat kaber)

kaklong said...

ape pun, kita hanya merancang, Tuhan juga yg menentukan..angah, semangat!

zura lias said...

fysal,
ehhee...nnti akak aktifkan balik msgbox..insyaAllah..

en_me,
hhehe.. :P

arsaili,
salam..terima kasey.. :)

kak ret,
mmg x dpt dtg utk tahlil tu..tp..nnti sy kontek kak ret..ade mende nk bgtau.. ;)

alang,
gumuk itu comel alang..cara2 angah nak pujuk diri angah skarang..bile org ckp angah gumuk..angah ckp angah comel sbb gumuk tu comel..ahahhahaa

Sanji,
No Comment!

zino,
salam kenal..sila..sila..

rynz,
jgn lupe update gambar tau.. ;)

amcek,
Ye, terima kasih..akan cube bersemangat mengganaskan diri walaupun diri ini lemah lembut orgnye.. hiks..

ayang,
sies, angah mmg kagum dgn semangat ayang..angah x jumpe lg org yg bleh bersemangat mcm ayang..even angah senirik angah rase x mampu nk wat keputusan cenggitu..pastu nak bina balik future kite..tp ayang boleh..sangat kagummm.. angah nak serap semangat ayang tu kt dlm bdn angah.. :D

Hajar said...

seronok kan bila ingat2 balik zaman dulu kala ni? bukanla nak suruh menoleh ke belakang, tapi kekadang kita perlu toleh belakang untuk panduan kita jalan ke depan. :D