Thursday, February 05, 2009

Cerita Tamil

Saya terluka.

Dengan siapa?
Dengan pemimpin.

Pemimpin mana?
Pemimpin gila duit, gila kuasa.

Saya tengah menonton cerita tamil.
Selalunya orang jahat akan menang dahulu.
Kemudian datang hero yang walaupun ditembak bertubi-tubi tapi tak mati.

Tapi cerita tamil yang saya tonton,
Hero belum muncul sangat.

Jarang cerita tamil,
Orang jahat boleh terus berkuasa.

Selalunya hero muncul bila pelakon-pelakon tambahan yakni orang kampung sudah ramai sengsara.
Baru hero muncul dengan jambul di depan.
Kaca mata hitam.
Cool.

Saya tengah menonton ni,
Sambil tahan darah menyirap.
Biasalah, tengok cerita tamil mana boleh takde emosi.
Tak sebati bersama filem namanya.

Nama Filem : AKu Kembali Berkuasa *Sesudah diterjemah*
Pelakon : Poli - tikus
Masa Tayangan : Taktau, kena tunggu sampai habis. *Kalau sempat*

6 comments:

diya said...

politik malaysia dah cacat.

akak suka cite tamil eh? uhu. diya prefer hindustan lagi. bhs die senang nak sebut banding bhs tamil. =p

dijahsaad said...

Tamo balik ipoh..huhuhu

kaklong khazis said...

angah. ayg suke tgk tamil gak dr industan. sbb hero die pakai kain.

meen said...

huhu..tak larat nak ikut dah cite tamil lakonan poli-tikus ni zura..entah bila nak habis tah..banyak betul ups and downnya.. entah mana satu hero yang betul pun dah tak tahu..

en_me said...

ampun tuanku, patik tumpang lalu disini.. ihihi

zura lias said...

diya,
tue ar..nyampah nak tgk berita..ehehhe.. akak suka tamil sbb cerita dia lain dari yang lain sikit.. :D

acu,
Kesiankan kita warga perak.. :(

ayang,
ayang suke tgk sbb hero die pakai kain?erk..skarang hero tamil pun dah pandai pakai seluar ayang..kenkdg ade yg lg encem dari hero hindustan..ahahaha

kak meen,
tu le pasal...tapi nak kene gak amik tau..takut kang tetibe je negara kita dah kene jajah..hikss..

en_me,
diperkenankan.. :P