Sunday, October 16, 2005

Surat Utk Boss...

Kepada boss yg dihormati,

Saya gembira dapat bekerja disinie. Saya jugak gembira apabila mengetahui boss telah membangunkan company ini dari tahun 1983. Pada tahun itu, umur saya masih setahun dan sekarang pada umur 23 tahun, sy bekerja disinie.
Saya kagum dengan kejelitaan boss dikala umur menjangkau 60 tahun, boss masih seperti perempuan berumur 40-an. Boss masih mempunyai pinggang yg ramping, badan yg bergetah, kulit yg tegang mcm spring yg diregangkan.
Saya akui saya tidak mengikut segala cirri yg ada pada boss. Saya bukan perempuan berumur 60-an mungkin jika ajal saya panjang, saya jugak akan mencapai tahap umur begitu. Insya Allah. Saya jugak tidak mempunyai pinggang yg ramping, badan yg tidak bergetah kerana saya jarang berpeluh. Bukan kerana saya tidak suka bersenam atau bersukan. Memang ditakdirkan, saya tidak mempunyai banyak peluh walau selama mana saya bermain atau bersukan. Oleh sbb itu badan sy tidak dapat mengikut cirri-ciri puan yg mempunyai getah. Opss..bergetah.
Walaupun saya kagum dengan segala keistimewaan yang ada pada puan, ini tidak bererti saya bercita-cita utk mengikut jejak langkah puan. Fikiran saya yg konservatif membuatkan saya hanya sukakan yg sederhana sahaja. Saya tidak akan berlawan dgn puan untuk menandingi siapa paling bergaya. Kalo dilihat dr kasut sahaja, saya sudah ketinggalan dgn puan sejarak 1000km. Inikan dari segi baju, makeup dan lain-lain yg sewaktu dengannya yg disukai oleh wanita yg mempunya gaya tetapi bukan saya.
Saya masih boleh menerima jika puan inginkan pekerja disinie memakai blazer kerana ia dapat menghangatkan tubuh badan sy yg sering kebekuan kerana suhu air cond yg tinggi di sinie.
Cuma yg saya tidak boleh terima ialah pelaksanaan tudung ala bienda. Jika selama ini saya tak suka melihat bienda memakai tudung begitu masakan pula saya sanggup memakai. Bagi saya, dari memakai tudung sebegitu, lebih baik saya memakai cap dan baju yang mempunyai kolar yg boleh menutup leher.
Berbalik kepada permohonan saya tadi utk tidak memakai tudung ala bienda, sudilah kiranye puan mendengar rayuan ini. Bagi saya, utk setakat ini, inilah sahaja gaya tudung yg boleh saya gayakan. Ini pun bagi saya sudah melebihi dari apa kebiasaan saya. Saya tetap berpegang teguh pada Negara demokrasi, hak masing-masing.
Utk pemakaian makeup seperti yg ingin puan sampaikan dalam seminar selepas ini, sudilah kiranya puan menggajikan saya seorang mak andam jika puan ingin lihat saya bermakeup. Jika tidak, puan hanya akan melihat seorang badut sarkas bekerja di tempat puan. Saya bukanlah seorang yang dilahirkan utk menjadi modellin kerana saya sedar rupa paras diri ini. Oleh itu, saya tidak pernah mengambil pusing segala jenis makeup di dunia ini.
Jika selepas dipakaikan makeup, semua orang tidak berani masuk ke dalam pejabat kerana menyangkakan ada pontianak di dalam pejabat, janganlah di salahkan saya kerana sekali lagie diberitahu saya tidak pernah setuju utk dipakaikan makeup kerana tahu akibatnya.
Dibulan yg mulia ini, sudilah puan melapangkan dada mempertimbangkan apa yg saya perkatakan disini. Wassalam..

P/S: Maaf utk mereka yg membaca entry ini dan ada memakai tudung sebegitu. Ini hanya pendapat saya sahaja. Mungkin kerana fikiran saya yg konsovertif dan tidak pandai bergaya menyebabkan saya tidak boleh menerima pemakaian tudung ala bienda. Pendapat masing-masing berlainan bukan.

No comments: