Wednesday, January 05, 2011

Tiba-tiba Rasa Nak Bercerita

Tup tap, tup tap,
Dah masuk 2011.
Tup tap,tup tap,
Ini tahun last untuk angka 20-an.

Walaupun tahun last untuk kategori 20-an,
Saya tetap rasa di ambang 18.
Bajet muda remaja sentiasa.
Walaupun perut sudah buncit di depan.

Perut buncit ini sudah 5 bulan ++,
Kaki dah rasa berat nak melangkah.
Tak boleh lari-lari.
Tak boleh jalan lelaju.
Berjalan ala-ala princess melambai-lambai.

Dan keletihan paling ketara ialah cramp di pagi hari.
Susu yang saya liat nak minum pun sudah minum bertogok-togok.
Tapi cramp tetap nak jadik judak.
Redha jelah sambil menunggu hujung minggu,
Nak mintak Bulan urutkan betis kaki.
Kihkihkih..

Tapi bila dah bermanja-manja,
Mula la time hari bekerja asyik teringat-ingat.
Nak-nak usapan di kepala.
Bikin gua leleh bila tetiba memori tu datang kat kepala.

Oh,
Saya harus sabar dan tabah.
Sebab saya mahu baby jadi orang yang sabar dan tabah.
InsyaAllah.
Jangan jadi baran macam mama dan babanya.
:)..

Semoga semuanya baik-baik belaka.
Amin..

3 comments:

meen said...

Amin..moga semuanya baik2 aja.. Mama jgn bAran2 ya hehe

- SueN - MrS AzharI said...

wahh...dah 5month..bby dah pandai kick kan..hehehe..

luna said...

Angah, Angah sayu ye..
Sabar ye Angah..Nanti baby jadi independent dan kuat semangat!