Thursday, March 11, 2010

Saya Panas Dengan Mereka Yang Buat Cerita Bodoh!!!

Saya bercakap pada diri sendiri.
Mau update blog selepas deploy version baru untuk sistem saya.
Tapi saya mungkir janji.
Yerla, asal saya deploy, datang request nak function baru,
Bila saya deploy datang request nak lagi yang baru.
Sampai bila pun saya tak update blog kalo cenggini gayanya.

Yang buat tangan saya gatal nak update entry,
Untuk luah ketidakpuasan hati saya pada penerbit, pengarah dan penulis skrip cerita melayu.
Ini betul-betul tak puas hati.
Dahlah kat wayang memanjang cerita pasal rempit, bohsia, cinta 3 suku.
Kat tv pun cerita pasal fizikal orang.
Dah kecoh dengan Halimah Jongang,
Sekarang Fatimah Juling plak.

Penulis skrip kita ni dah ketandusan idea sangat ke sampai cerita camtu pun ada hati nak dibuat.
Kalau dah takde idea sangat,
Amik je le cerita dari novel yang bermutu.
Kita ramai sasterawan,
Mintak kebenaran diorang untuk buat drama dari novel diorang.
Kalau kena dengan gayanya,
Tentu semua okies.

Patutlah cerita under pakcik david tu selalu laku macam goreng panas.
Tapi cerita;
Nan ado..
Sebab minda kita dah dipupuk dengan cerita yang tak memerlukan otak kita berjalan.
Kalau cerita berat sikit,
Takpun konar jauh sikit,
Penonton yang datang 5 orang je cecah kat panggung.

Kadang-kadang,
Saya malu dengan penggiat hiburan Indonesia.
Mereka berusaha untuk menghasilkan apa itu seni dalam karya.
Tapi penggiat kita,
Apa itu duit dalam karya.

Yang cerita TV Malaysia asyik dok tayang,
Sinetron Indon yang ntahpaper-yang-ntahbile nak habis.
Fuhhh..
Lega berjaya meluahkan ketidakpuasan hati dengan Filem dan drama Malaysia.

Erm,
Lagi satu,
Cukup-cukuplah expose artis yang berlakon macam kayu,
Tapi cerita kat paper pasal,
"saya putus cinta kerana dia tinggalkan saya. Saya merana"
Huhhh..buang masa saya beli paper untuk baca cerita cenggitu.

Saya rasa perasaan geram ini terbawak-bawak dek sebab saya tak mandi lagi,
Tengok plak komen-komen mereka yang malu pasal cerita bodoh kat astro tu,
Lagi buat saya panassssss...

Okies,okies,
Saya mandi untuk kasik sejuk kembali.

3 comments:

Anonymous said...

Tahu takpe kak.

Sebab tu diya prefer tengok cite katun lagi pada cite melayu. Hek hek

didi said...

Saya sokong!!!!

Pastu ada orang yang boleh layan cerita2 macam tu cakap orang macam saya tak support industri melayu!!

Kalau layan, diorang ingat sambutan hangat maka takyah lah improve.

Kalau tak layan, tak support industri filem melayu.

Selagi ada org layan, selagi tu lah tak berubah.

Huh

cik indie said...

great! i laik!