Saturday, March 27, 2010

Maki tahap camne pun, Keretapi takkan patah balik

Ada satu perkhidmatan awam dapat kenaikan gaji secara mendadak.
Tak kisahlah, rezeki memasingkan.
Berkhidmat untuk negara.

Tapi sebab salah satu seksyen perkhidmatan awam ni le,
Saya ditinggalkan keretapi semalam.

Balik kerja tepat 5.10 PM.
Menderu nak gegas sampai ke KL Sentral sebelum pukul 6.02 minit.
Sebelum-sebelum ni,
Saya boleh sampai KL Sentral dalam pukul 5.45 PM.

Tapi semalam memang hazab.
Abih kuar sumpah seranah.
Sebelum ni takde lak seksyen perkhidmatan awam tu kat situ.
Tapi semalam,
Sekali dua yang jaga kat situ.

Saya tak kisah kalau jaga jalan cara bermutu.
Tapi ape kes kalau kasik laluan kat jalan yang hala ke Bangsar je,
Tapi yang hala ke KL Sentral, Yang dari Tun Sambathan,
Panas punggung nak tunggu si seksyen tu kasik laluan.

Saya rasa kalau si seksyen takde kat situ,
Jalan lagi clear sebab orang ikut traffic lite.
Yang lagi tak puas hati,
Kalau dah dia jaga jalan tak betul,
Jem makin teruk,
Dan-dan tinggalkan tempat tu macam takde tanggungjawab.

Tapi semalam saya taktau le apa kesudahannya,
Sebab saya dapat laluan selepas 6.30 PM.
Dengan maki hamun melambung tinggi,
Sapa langgar saya kat KL Sentral tu memang kena hamun.
Tetiba kuasa baran naik paras tinggi.
Hilang sabar den..

Tanya kaunter ada tak train pukul 9.45 PM,
Adik tu cakap semua dah penuh.
Lagi ar setan racun saya habis-habisan,
Kasik keluar sume makian.

Saya rasa orang yang dok promote-promote barang kat KL Sentral tu pun tak berani nak tegur.
Sebab saya lalu,
Diorang diam je.
Alhamdulillah diorang mengerti saya tengah serabut.
Kalau tak,
Free-free je u all kena marah dengan i tau.. :D

Keputusan pantas,
Amik Putra Lrt.
Last naik lrt ni tahun bila ntah.

Dengan sesaknya,
Dengan bau masam, masin, manis dalam lrt buat saya rasa macam nak pitam.
Tapi gagahkan diri gak ar.

Sampai masjid jamek,
Meraban cari Lrt nak gi Plaza Rakyat.
Dengan bantuan Bulan sebagai penunjuk arah aka tempat dengar makian saya,
*Terima kasih yang*
Saya dapat gak naik Star Lrt ke Plaza Rakyat.

Alhamdulillah,
Dapat gak tiket bas.
Kalau tak dapat,
Saya rasa tahap makian mungkin naik ke paras bahaya.

Selepas dapat bertenang dan tidur dalam bas,
Untuk menyejukkan hati sendiri,
Saya pikir,
"Ada hikmah di sebalik yang terjadi."

2 comments:

Puan AA said...

en igt org seksyen tu takut ke ngan makian tahap gaban en tu? keh keh keh

zura lias said...

en ->mungkin le tak sbb sy x kuar kete pun..tp sekurang-kurangnye..promoter nk promote modem...credit card kt kl sentral tu x berani nk promote brg diorg kt sy..jenuh nk menepis diorg slalunye..arie tu je diorg tgk tp x ckp paper..hihihih