Tuesday, July 28, 2009

Dear Awak, Happy Birthday..

Untuk kamu yang bukan berkenaan, boleh tekan butang "X" di atas.
Untuk kamu yang bukan berkenaan, tapi masih mahu membaca,
Terima Kasih.
Untuk kamu yang berkenaan dengan entry ini,
Sila baca sampai habis.

Dear Awak,

Hari ni 28hb Tujuh.
Bermula dari 2007,
Tarikh ini antara yang penting dalam hidup saya.

28/7/2007,
Kita masih kawan biasa.
Yang rajin berSMS dan bertanya khabar.
Cerita tentang isu semasa dan gossip-gossip hiburan.
28/7/2007,
Awak kasik hint hari bersejarah awak.
Saya tau tapi buat-buat taktau.
Sampai awak bagitau secara terus,
Saya wish secara telus hati.
Tiada perasaan selain perasaan hanya kawan.

28/7/2008,
Kita sudah melangkah satu tapak.
Meraikan bestday awak dengan perasaan yang berlainan.
Tapi belum ada tapak.
Hanya tanah rata.

28/7/2009,
Kita raikan dengan lebih awal,
Kita tambah lagi tapak perhubungan.
Ada selangkah lagi tapak untuk kita mula satu perhubungan baru.
Semoga kita berjaya membina tapak yang kukuh.

Awak,
Walaupun pernah tersinggung,
Bila saya cakap,
Belum tentu kita berjodoh,
Bukannya saya maksudkan saya tidak maukan awak.
Cuma masa depan bukan kita yang tentukan.

Kita tidak tau apa yang tersirat di sebalik yang tersurat.
Kita boleh merancang semau yang kita mau.
Tapi apa pun kita perlu balik kepada Pencipta kita.
Hanya dia yang Maha Mengetahui,
Apa yang terbaik untuk kita.
Kita cuma mampu berdoa,
Biarlah hubungan ini kita tambah dengan tapak yang baru,
Dan kekal hingga akhir hayat.
Biarlah 28/7 seterusnya,
Kita raikan dengan perhubungan yang sudah ada tapak,tiang dan asas yang kukuh.

28/7/2009,
Happy Birthday Awak!!
Semoga dipermudahkan urusan dan dimurahkan rezeki.

Saya percaya,
Tuhan ketemukan kita,
Supaya saya kenal awak,
Jadikan pengajaran,
Kita tidak berhak jadi juri,
Menghakimi perlakuan orang lain,
Tanpa kita kenal hati budinya.
Maafkan saya untuk persepsi negatif selama 13 tahun.

Sekali lagi,

Happy Birthday ke-30.

Monday, July 27, 2009

Yasmin Ahmad

Saya bukanlah pemuja individu.
Saya lebih kepada menghargai bakat seseorang,
Yang datangnya dari Allah diberi kepada hamba-Nya yang terpilih.

Saya sukakan kebijaksanaan Tun Mahathir.
Saya kagum bila Anwar Ibrahim berdebat.
Saya hormat peribadi Nik Aziz.
Tanpa amik kira perlakuan buruk yang mungkin tak disukai sesetengah orang.
Sebab saya percaya,
Tiada yang sempurna.

Kalau dari sudut hiburan,
Saya rasa tiada siapa yang boleh menandingi Sudirman Hj Arshad.
Bila beliau pergi,
Ada satu rasa di situ.
Mungkin masa tu saya masih kecil.
Tapi rasa itu kekal sampai sekarang.
Lebih-lebih lagi bila saya tonton apa-apa yang berkaitan dengan beliau.
Jiwa saya akan rasa pilu.

Sekarang,
Rasa tu datang balik.
Bila baca paper semalam,
Yasmin Ahmad meninggal dunia.

Walaupun saya tau beliau diserang strok.
Tapi saya berdoa beliau boleh sembuh dan berkarya seperti biasa.

Saya tak pernah jumpa beliau secara real.
Tak pernah bersembang dengannya secara live mahupun maya.
Walaupun ada berkunjung ke blog beliau.
Saya hanya jadi silent reader.

Masa baca paper semalam,
Saya sedang makan tengah hari bersama Bulan di area UTM, Jalan Semarak.
Saya katakan pada bulan,

"Awak,saya sedih Yasmin dah takde"

Perkataan itu spontan.

Baru saya sedar,
Yasmin Ahmad juga antara individu yang saya kagum.
Saya kagum dengan karyanya.
Walaupun ada karyanya yang mengelirukan.
Tapi saya amik yang baik-baik,
Dan tetap letakkan beliau sebagai pengarah terbaik yang ada di Malaysia.

Saya tak pernah miss setiap filemnya.
Walaupun saya tidak berminat dengan Rabun,
Tapi saya tetap beranikan diri menonton sepet seorang diri di panggung wayang.
Dan hasilnya tidak mengecewakan.

Cuma satu yang belum saya tonton,
Mualaf.
Yang paling saya suka,
Mukhsin.
Yang saya tengok sampai 2 kali,
Talentime.
2 kali jugak saya sebak.

Tapi saya puas.
Berjaya mengajak Bulan menonton bersama.
Dan dia puji Talentime.
Sebab dia ugut nak tidur dalam panggung.
Dia bukan peminat filem Melayu.

Saya kata,
YA filem Malaysia.
Titik.

Pagi tadi topik tentang Yasmin Ahmad,
Secara automatis,
Lagu ini bermain-main di pikiran saya,

Kini tinggal kenangan belaka
Di taburan bunga pusaramu
Ku berdoa agar dikau
Aman bertemunya

Oh! kenangan tinggallah kenangan
Engkau pergi telah ditakdirkan
Diriku termenung menjauh
Bersama senandung semalam

(Senandung Semalam - Alleycats)


Saya akan rindukan iklan beliau,
Filem beliau,
Dan coretan beliau di dalam blog.

Al-Fatihah Untuk Yasmin Ahmad.

Thursday, July 23, 2009

Semangat!!!semangat!!!

Saya ada banyak sebab kenapa saya sambung belajar.
Salah satu sebab saya buhsan dengan life senirik.
Saya jadi buhsan bila balik kerja.
Saya layan internet.
Saya tidur.

Pernah cuba cari kerja part-time.
Selaku guru tuisyen.
Tapi takde yang mau terima diri ini.
Alasan,
Diri ini sudah ada kerjaya,
Diorang takut saya kerja dalam masa yang singkat.

Bila dah sambung belajar,
Mula-mula memang excited.
Bila masuk subject accounting making decision,
Dah jadi fenin.

Seumur hidup,
Tak pernah belajar account.
Saya adalah budak Sains Teras.
Saya budak Sains Fizikal di Matrix.
Saya budak IT semasa amik degree.
Takde satu pun subjek akaun terselit time jadi full time student.

Kat opis,
Saya tak terlibat dengan akaun.
Dunia di opis adalah bersama dgn system dan user-user.

Bila situasi begini,
Saya letakkan beberapa backup plan.
Kalo tak boleh begini,
Harus begitu.
Tak boleh begitu,
Harus begini.

Bukankah hidup perlu ada perancangan.
Walaupun kita merancang,
Tuhan menentukan.
Tapi kita boleh berdoa berharap agar segala yang kita rancang menjadik.
Kalo tidak,
Kita redha.
Pasti ada hikmah yang kita tak nampak.

Ini adalah entry berbentuk motivasi untuk diri senirik.
Pikiran saya memang berkecamuk memikirkan apa itu asset, apa itu liabilities apa itu equity.
Tu belum masuk lagi term-term yang lain.

Saya akan cuba dan terus mencuba.
Sampai saya rasa,
STOP.
Otak saya sudah penat.
Kita pikirkan perancangan yang lain.

Untuk sekarang ni,
FIGHTINGGGG!!!

Wednesday, July 22, 2009

Hargai Barangmu Selagi Masih Kepunyaan Kamu

Dulu masa memula masuk hostel,
Mak tulis nama kat timba,gayung dan lain-lain.
Yang mana boleh dijahit,
Mak jahit kat tepi-tepi kain dengan perkataan 'AZ'
Dengan harapan bila saya balik rumah,
Saya tak bising-bising cakap barang saya di ambil orang.

Tapi bubuh le penanda besar mana pun,
Barang saya tetap kena amik.
Tapi saya dah halalkan.
Kesianlak kat orang yang mengambik.
Mungkin tak sengaja atau barang saya menarik perhatian.
Padahal semuanya sama macam orang lain.

Tapi ada jugak kes,
Saya sidai kain-main kat ampaian,
Dulu-dulu takde simen bawah ampaian,
Bila angin tiup kencang,
Kain melayang,
Jatuh kat tanah lecak bawah ampaian.

Balik sekolah nak angkat kain,
Musykil mana pergi kain.
Terlampau banyak kain yang dah bercampur dengan warna lecak tanah,
Simbol 'AZ' pun saya tak boleh detect.
Sebab tak lalu nak angkat kain yang dah sebati dengan tanah.
Kesian kat kain tu plak nak kena tinggalkan tanah.

Tapi balik rumah takkan nak cakap kain saya jatuh,
Tercampur dengan warna tanah,
Tetiba mata rabun tak kenal mana satu kain senirik.

Padahal saya yang geli nak angkat kain satu-satu,
Nak cari kain senirik.
Jadi saya bilang kain saya diambil orang di ampaian.

Bila dah masuk form 2,
Dah pandai sidai baju kat koridor.
Tapi bawah ampaian dah simen abih.
Faktor malas lak jadi punca.
Malas nak gi pepagi ke ampaian nak angkat baju.
Sidai kain kat koridor senang.
Depan mata je.

Bila tau warden nak round hostel.
Kelam kabut balik bilik amik cecepat baju yang bersidai.
Di sebabkan kes begitu,
Saya dah tak buat penanda 'AZ'.
Kalau kena denda,
Saya pura-pura itu bukan kain saya.

Balik rumah,
Motif tetap sama,
Kain di ambil orang.
Untuk mengelakkan kena marah.

Tapi sekarang,
Kain saya hilang satu pun saya boleh cam.
Cari sampai lubang cacing.
Selongkar sana,
Selongkar sini.

Dulu bukan duit senirik.
Tak pernah pikir susah cari duit senirik.
Sekarang semuanya sendiri.
Nak beli keropok pun berpikir-pikir.
Apa-ape je barang sume saya hargai.

Hargailah barang kamu.
Selagi masih kepunyaan kamu.

Monday, July 20, 2009

Melompat Hanya Best Kalau Badan Versi Kapas

Sebabkan tahun ni manyak musim melompat,
Saya pun nak cerita pasal lompat.

Dulu masa sekolah rendah,
Masa darjah 4.
Saya mula masuk acara lompat jauh.
Walaupun ketinggian masa tu dalam 120++ cm,
Tapi saya hampir berjaya mengalahkan ratu lompat jauh sekolah time acara sukan sekolah.

Sebabkan prestasi melompat yang agak bagus,
Saya diminta turun padang sebagai pelapis wakil sekolah untuk acara lompat jauh.
Ganti ratu lompat jauh sekolah yang dah nak abih sekolah.

Mula-mula memang excited.
Tapi percayalah,
Saya tidak konsisten.
Semangat saya selalunya berkobar semasa permulaan.
Di tengah-tengah jalan saya mula jadi malas nak turun training.
Dek kerana tiada yang memujuk kembali semangat saya,
Pengakhirannya saya terus taknak turun padang dan keluar dari skuad pelapis.

Masuk darjah 5,
Saya masuk lompat jauh lagi.
Tak ingat dapat no berapa.
Tapi cikgu Azizah mintak saya jadi wakil rumah merah untuk acara lompat tinggi.

Sampai sekarang saya terpikir,
Apakah yang cikgu pikir,
Untuk budak setinggi 120cm++,
Masuk lompat tinggi.

Samada cikgu memang dah takde wakil untuk acara melompat.
Atau cikgu ingat melompat palang sama macam melompat tali getah.
*Cikgu Azizah jadi penyelamat kawan saya yang patah tangan semasa kami main lompat getah sebelum masuk kelas time pepagi*

Bulat-bulat saya tolak tawaran cikgu untuk jadi wakil acara lompat tinggi.
Saya takut saya tersangkut di palang time tengah melompat.
Akibat kaki yang kurang panjang.

Bila darjah 6,
Saya tak masuk dah acara balapan.
Saya main bola jaring dengan bola baling plak.
Pun memerlukan acara melompat.
Kira macam lompat-lompat ni memang sebati dengan saya.

Sebab kat rumah pun,
Saya panjat pokok mempelam dan melompat ala-ala macam sukarelawan nak patah kaki.
Kalau lepak umah mak sedara kat greentown.
Gi padang main buaian,
Hayun buaian dan lompat kat atas buaian.
Hayun lagi laju-laju,
Melompat dari buaian balik.

Saya rasa kalo Rosyam Nor tengok aksi stunt kami masa tu.
Dah tentu dia tak pikir panjang nak offer adegan stunt pada saya dan rakan-rakan.

Tapi suruhlah saya lompat sekarang.
Harus tak terlompat lansung.
Suruh lompat satu tempat pun,
Confirm dah termengah-mengah.

Jadi,
Apa yang bestnya melompat secara sukarela??
Melainkan kalau kamu edisi kanak-kanak.

Monday, July 13, 2009

Caca Marba????


Reff:
Aku bukanlah superman
Aku juga bisa nangis
Jika kekasih hatiku
Pergi meninggalkan aku

Ayahku selalu berkata padaku
Laki-laki tak boleh nangis
Harus slalu kuat
Harus slalu tangguh
Harus bisa jadi tahan banting

Tapi ternyata sakitnya cinta
Buat aku menangis

Repeat Reff

Ayahku selalu memarahi aku
Jika jatuh air mataku
Kata ayah slalu air mata itu
Adalah tanda kelemahan

Tapi ternyata air mataku
Ternyata jatuh juga

Repeat Reff

Ayahku tersayang maafkanlah aku
Jika aku masih menangis
Masih belum bisa menjadi seperti
Apa yang ayah selalu mau

Kita berjanji untuk tidak lagi
Menangis karena cinta

Repeat Reff [3x]


========================================

Understand the things I say, don't turn away from me,
'Cause I've spent half my life out there, you wouldn't disagree.
Do you see me? Do you see? Do you like me?
Do you like me standing there? Do you notice?
Do you know? Do you see me? Do you see me?
Does anyone care?


==========================================

kaulah laguku kau irama terindah
tak lagi kudengari
kau pergi.. pergi..
sepi tanpa kata
terdiam dan kaku tak daya kau kulupa
apa pun kata mereka
biarkan kenangan berbunga di ranting usia

===========================================

And if you dont mind
Can you tell me
All your hopes and fears
and Everything that you believe in
Would you make a difference in the world
I'd love for you to take me to a deeper conversation
Only you can make me

I let my guard down for you
And in time you will too



Impian sekarang :

Mahu ketuk apa-apa yang boleh diketuk gantikan ketukan drum.

Monday, July 06, 2009

Saya 16 tahun. (1982 - 1998)

Ini tag dari Adah.
Cerita sewaktu saya berumur 16 tahun.

1982 - 1998,

Permulaan masuk menengah atas.
Ditawarkan kelas Sains Teras.
Saya bukan peminat Sains,
Tapi hanya itu subjek yang sesuai untuk saya di SERATA.
Sastera dan Thanawi memang tak layak,
Memandangkan kefahaman bahasa yang sangat rendah.

Meronta-ronta taknak gi lapor diri.
Sanggup jumpa Cikgu Ramlah selaku cikgu kaunseling.
Luahan hati dari saya yang berminat dengan Akaun.
Cikgu nasihatkan saya bertukar sekolah.

Saya mintak cikgu pujuk mak abah memandangkan mereka sangat berat hati mengeluarkan saya dari SERATA.

Cikgu janji akan jumpa mak dan abah dengan kadar segera untuk menyahkan saya dari bumi SERATA.

Tapi mak bertindak pantas.

Petang Jumaat,
Saya dimintak untuk pergi ke rumah Ketua Warden.
Mak dan abang dah menunggu untuk basuh otak saya.
Ketua Warden kasik pelepasan bercuti pulang ke rumah untuk tenangkan pikiran yang serabut.

Selepas di basuh cukup-cukup,
Saya bertukar fikiran meneruskan hidup di bumi SERATA,
Masuk Tetra Sc,
Bentuk Adik-beradik di kelas.
Dan sama-sama menjadi nakal pelajar berdedikasi.

1982 - 1998,

Pertama kali di rotan di dalam bilik HEP.
Together-gether dengan Ateh.
Atas kesalahan membawa majalah hiburan.
Kantoi sewaktu Spot Check hostel.

Dan semasa kejadian Spot Check itu,
Saya kantoi tak turun Assembly.
Tengah berselimut dengan aman.
Tetiba ada suara garau ustaz-ustaz.

Kenkawan dan senior yang tau saya ada kat bilik.
Pantas datang menyelamatkan saya.
Sambil membawa panadol.
*Bajet macam tengah sakit*

Saya hanya boleh tengok majalah saya yang di rampas.
Sambil terbayang muka Ketua Warden dan HEP.
Tengah tersengeh-sengeh memegang rotan di tangan.
Nasib baik radio saya berjaya di sorokkan di tempat yang memang confirm Ustaz+Cikgu+Ustazah takleh jumpe.
Majalah saya lupa nak sorok sebab malam sebelum kejadian,
Ada senior datang pinjam nak baca.

Seminggu selepas kejadian,
Nama saya dan ateh,
*rakan bilik merangkap rakan sekelas merangkap rakan seperjuangan sebelah tempat duduk merangkap adik beradik di bilik dan di dalam kelas*
Di panggil HEP untuk masuk mengadap.
Patut-patut HEP nak lepaskan aja selepas kami mintak maap.
Maklumlah kesalahan tak sebesar mana.
Tapi Ketua Warden taknak lepaskan.
Harus kena beri pengajaran,
Dengan rotan di tapak tangan dan isi borang kuning,
Pengakuan kami adalah pelajar bermasalah dan surat akan di pos ke rumah memasing.

Saya nekad masa tu,
Jika surat sampai kat tangan mak abah.
Alang-alang nampak jahat,
Biar terus jadi jahat.
Alhamdulillah,
Surat tak di pos sampai sekarang.
Kalo tak, saya mungkin dah jadi salah sorang ahli Young n Dangerous.
Hiks..

Tapi itulah sekali saya tertangkap melibatkan cikgu-cikgu.
Seterus dan sebelumnya,
Saya bolos.

1982 - 1998,

Saya meluaskan edisi kepontengan.
Dulu menengah rendah saya banyak ponteng prep siang.
Tapi 16 tahun,
Saya ponteng kelas,
Ponteng prep siang dan malam,
Ponteng denda cuci tandas sekolah sebab datang lambat dan ponteng prep.
Meneruskan tradisi ponteng gi surau,
Ponteng apa-apa aktiviti yang melibatkan wajib hadir.

Mungkin masa tu sifat memberontak.
Tapi nak memberontak sampai tahap semua orang susah hati taklah.
Memberontak kecil-kecilan.

Bila exam akhir tahun.
Saya dapat no. 2nd or 3rd last.
Elektif subjek semua fail.

Masa tulah saya rasa HEP saya sangat baik hati.
Dia cikgu Bio kelas saya.
Dia mintak datang berjumpanya secara personal.

Cikgu Umi : Apa subjek elektif yang kamu lulus?
Saya : takde cikgu. Sume fail termasuk Arab Tinggi.
Cikgu Umi : Erm, Bio kamu dapat berapa?
Saya : 37 cikgu.
Cikgu Umi : Lagi 3 tu kalo saya nak bagi kamu lulus. Essei Bio dapat berape?
Saya : 2 je cikgu. *sengeh kerang busuk*
Cikgu Umi : Macam nilah, saya tambah esei kamu jadi 5, tapi kamu jangan bagitau sesape.
Saya :Ye ke cikgu, terima kasih.

Saya berlalu pergi dengan gembira.
Walaupun markah tahap lulus cukup makan.
Tetap gembira sebab subjek yang paling saya tak suka sudah lulus.
Pedulilah walaupun itu markah subsidi.

1982 - 1998,

Saya mewakili sekolah untuk Kawad Kaki Hari Kebangsaan Negeri Perak.
Semasa hari pemilihan calon,
Saya dilanda cirit-birit.
Saya tak hadir ke kelas.
Tapi petang waktu pemilihan calon,
Saya bersemangat turun tempat assembly.
Dengan derap kaki yang kukuh.
Semangat untuk mendapat baju baru, kasut dan tudung baru.
*Sekolah sponsor dari kepala sampai kaki kalo jadi wakil kawad kaki sekolah*
Saya berjaya.

Sebelum bersurai,
Taklimat diberi untuk mereka yang rela menghitamkan muka.
Dan rela di caci maki oleh askar yang menjadi jurulatih.
Selepas selesai,
Edisi keluar baris.
Belum sempat keluar baris,
Dunia saya gelap.

Sedar-sedar,
Saya di usung beramai-ramai oleh rakan.
Saya pejamkan mata balik.
Kang bukak mata diorang humbankan saya ke bawah lak.
Rakan-rakan letakkan saya di meja kantin.
Saya terus bangun dan mengadu lapar.

Adik-beradik bilik datang berlari-lari membawa daun jambu.
Diorang tau saya dilanda cirit birit.
Tapi saya lak nak bergegas ke dewan makan.
Sebab lapar dah tahap maksima.

Besoknya,
Ketua askar yang melatih kitorang berjumpa saya secara personal.
Memang habis saya kena caci maki sebab kes pitam.
Keluar sume ayat-ayat yang tak patut saya letak di sini.
Tapi agaknya saya dah tahap telinga kebal.
Saya diamkan aje sambil wat muka macam takde ape berlaku.
Ayat yang saya takleh lupa,

"Ko makan cicak ke apo sampai sakit perut!!!!"

Saya sengeh.
Jawab lebih-lebih kena cop kurang ajar lak.
Diam tak semestinya mengalahkan.

Untuk rakan-rakan yang mengangkat saya time kejadian pitam,
Atau berlari membawa daun jambu,
Ribuan terima kasih saya ucapkan.
Saya tak ingat masa tu saya sempat tak nak ucap terima kasih,
Sebab perut yang lapar meminimunkan sifat prihatin saya.
Maafkan saya.

1982 -1998,

Dalam tempoh umur 16 tahun tu,
Terlalu banyak yang saya perolehi.
Yang boleh jadi kenangan mahal.

Kang tak cukup lak untuk 1 entry.
Tu baru citer masa umur 16 tahun.
Lom citer segala aktiviti dari form 1 sampai form 5.

Nanti-nanti,
Kalo saya rajin,
Sihat tubuh badan.

Saya akan mula berkisah tentang sejarah semasa menjadi budak hostel.

Dan perlu saya bagitau,
Sekolah asrama melibatkan semua perempuan,
Macam dalam syurga dunia.
:D ..

Apakah Perasaan Itu?

Apakah perasaan itu?

Bila cuba berdiam diri,
Tanda tengah merajuk,
Padahal tengah pulun drama korea 16 episode,

Di saat cerita part feeling syahdu,
Dan tiba-tiba dapat 1 message,
Buat ketawa guling-guling,
Lantas perasaan untuk cerita korea sudah tiada,

Yang tinggal perasaan bermain message.

Apakah perasaan itu?