Monday, May 15, 2006

Novelis Lumpuh Digigit Kucing

Saya baca artikel ini di paper utusan hari ini. Waah, gigitan kucing sgt merbahaya? Saya selalu digigit BUK. Buk gigit dgn gigitan yang manja. Walaupun tangan saya berdarah tapi itu hanya darah dalam kuantiti yang kecil. Darah bukan kerana gigitan tapi kerana cakaran. Hanya darah yang bercalar-balar. Jika darah kuantiti yang banyak, harus saya pengsan selepas digigit. Pengsan kerana melihat darah.
Bila saya membaca artikel ini hari ini, hati saya berdebar. Saya risau mak di Ipoh. Mak jika membaca artikel ini akan mula mencurigai BUK saya. Oh, saya lupa. Buk saya sudah mendapat anak. Kali ini saya tidak teruja kerana sudah dua kali mendapat anak, sudah dua.Duanya mati dengan aman apabila seminggu melihat dunia. Buk saya masih keanak-anakkan utk menjaga anak-anaknya.Oh, saya tidak perlu menggunakan anak-anak sebab anak BUK hanya seekor.
Saya simpati dgn novelis itu, tapi saya kagum. Kagum kerana dia mendahulukan urusannya dgn Tuhan sebelum die menyegerakan urusannya. Saya berdoa semoga novelis itu dikurniakan satu nikmat yang lebih besar dari apa yang dia perolehi sekarang. Semoga dia tabah dan cekal.
Saya akan mula mencari novelnya kerana kekaguman saya kepadanya.

No comments: