Saturday, June 26, 2010

World Cup Yang Lambat Update

Ini entry terlambat.
Patut update time World Cup,
Tapi masa menjelesi diriku ini.

11hb Jun 2010 - 2.30 Petang
- Bersiap untuk muka diconteng. Kalau mintak muka saya diconteng lagi mungkin saya akan katakan tidak sama sekali. Tak boleh paham camne orang yang selalu makeup tetiap hari, sungguh sabar orang-orang itu.

11hb Jun 2010 - 5.00 Ptg
-Bergegas ke masjid untuk upacara menjadi bini orang. Saya taktau nape perasaan berdebar itu tiada. Mungkinkah saya sudah paku kuat-kuat dalam kepala, ini salah satu proses kehidupan.



11hb Jun 2010 - 6.00 Petang
- Sudah sah menjadi isteri kepada Mior Mohd. Shahriman. Semoga ikatan ini kekal hingga ke akhir hayat. Terima kasih kerana menerima diri ini yang serba kekurangan. Bersama kita menjalin kebahagiaan dunia dan akhirat.




Dia suamiku.
Aku Isterinya.


Friday, June 25, 2010

Sesi Meroyan

Patutnya saya nak update cerita pasal majlis kahwin.
Cerita honeymoon.
Cerita si pengembara bermula pada 23hb Jun 2010.

Tapi hati saya paksa suruh luahkan ketidakpuasan hati saya pada seseorang.
Yang buat saya rasa betul-betul down dan mahu cari kerja lain.

Saya balik ke pejabat dengan harapan segala kerja yang telah di hand over sudah di siapkan.
Dan saya hanya perlu fokus pada kerja baru.
Tapi hampa.
Semuanya sama.
Takde yang berubah.
Satu hape pun dia tak buat.
Padahal dia backup saya.

Dan kerja baru yang patutnya dibuat time saya cuti.
Di tangguh sampai saya mula bekerja.
Kerja lama + Kerja Baru = Makcik stresssss!!!!

Dan sekarang saya mula mencari kerja baru.
Mungkin jugak tahap kesabaran saya dah makin menipis.
Di campur dengan saya travel tetiap ari.
Jadi perasaan nak keluar dari sini sudah melonjak-lonjak.

Kalau ada sesiapa tau kerja kosong di Perak.
Yang tak related dengan IT pun takpe.
Tolonglah inform pada saya.

Saya muak kerja IT.
:D..

Friday, June 11, 2010

Cik kepada Cik Puan

Daisypath Wedding tickers

Ini hari-hari terakhir saya berblog menggunakan title cik,
Sebelum menjadi cik puan selepas asar,
InsyaAllah.

Perasaan.
Masih belum ada rasa masam, masin atau manis.
Cuma letih dan rasa bankrup.
Ya,
Itulah perasaan sekarang.

Mungkin detik-detik sebelum asar dan selepas Zuhur,
Perasaan akan berubah perlahan-lahan,
InsyaAllah.

Cumanya,
Doakanlah permulaan hari ini adalah untuk kebahagiaan selamanya.

Wassalam.