Monday, November 06, 2006

Selamat Bertunang

Untuk umur sekarang, saya banyak memenuhi jemputan majlis pertunangan rakan. Minda saya yang merakam detik bahagia rakan kerana saya belum lagi mendapat hadiah handycam dari Mawi.

Muka berseri-seri. Senyuman meleret. Dan paling penting kebahagiaan yang jelas terpancar dari wajah yang jelita. Jangan tidak tau, rakan-rakan saya ramai yang jelita. Maka menangislah anda kerana terlambat untuk membelanja saya supaya dapat dikenalkan dengan rakan-rakan yang jelita.Muahahaha..

Sabtu yang lepas, saya menghadiri salah satu majlis pertunangan rakan di Johor. Kembung perut saya diasak dengan makanan dari tengahari hingga petang. Mata juga kenyang dengan kejelitaan rakan yang disolek. Jika saya terpaku, apetah lagi tunangan tuan punya badan.

Sesuai sangatlah tagline iklan apentah, "Kejelitaan adalah hak milik semua insan."

Selamat bertunang rakan-rakan. (double kerana ramai yang bertunang tahun ni).

Tahun depan saya akan ucapkan Selamat Pengantin Baru. :D..

2 comments:

~inilah saya~ said...

Hai....

Saje je jengok2.

Jumpa lagi

byeee

Dhani said...

selamat bertunang buat awak jugak. :D