Thursday, December 30, 2010

Kerana Jumaat Cuti Umum

Disebabkan Jumaat public holiday,
Maka saya perlu bersusah payah menukar tiket keretapi dari petang Jumaat ke petang Khamis.
Itu belum masuk kerja-kerja yang bertangguh.
Patutlah mak selalu pesan,
kerja jangan bertangguh.
Tapi itu habit dari azali.

Rasa macam nak pinjam mesin doraemon balik ke hari Isnin.
Supaya saya boleh siapkan semua kerja.
Balik lambat dan senang hati pulang berjumpa Bulan.

Yeah,
Ayat senang hati berjumpa Bulan itu memang ikhlas.
Dan dah tentu kena ikhlas kerana dia suamiku.
:D..

Tuesday, December 28, 2010

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Saya ingat ada FB sudah cukup untuk saya lepas perasaan.
Tapi saya silap.
FB lebih buat tangan saya terkawal dari menaip yang entah hapa-hapa.
Bila otak saya runsing,
Ayat-ayat mula berputar di kepala,
Tapi saya tiada medium untuk lepas apa yang bersarang di dalam dada.

Saya buat keputusan untuk bukak blog kembali.
Biar tiada reader tapi hati puas bila kembali bercerita.

Bercerita tentang kerja,
Keluarga,
Dan permata di dalam perut mama.

Sebelum bercerita,
Saya mulakan

"Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani"