Mawi sekarang bernasib baik. Di Malaysia sudah ada isu besar yang boleh diletakkan di muka depan. Jika tidak, mawi itu, mawi ini sampai saya sendiri yang meminati mawi terus naik muak. Bukan muak dengan Mawi tapi dengan cerita-cerita Mawi.
Cerita 1.
Malaysia makin maju. Kes bunuh bukan setakat tikam dengan pisau. Sekarang main kelar-kelar pulak. Yang paling baru, main bom-bom pulak. Semoga kes ini diadili dengan seadil-adilnya.
Cerita 2.
Tol ada ura-ura hendak dinaikkan. Semoga kesesakan di lebuh raya di musim perayaan akan pulih dengan kenaikan harga tol. Kos tinggi, takkan perkhidmatan masih di takuk lama? Mana pergi Kesatuan Pengguna ni.
Cerita 3.
Sekarang semua naik. Takde yang turun. Hebat-hebat. Yang masih sama dan tidak berubah, GAJI.
Cerita 4.
Patut-patutlah sekarang kita semakin "maju". YB sendiri dahagakan hiburan bukan ilmu. Hiburan kelas pertama. Ilmu kelas terakhir.
Siti Nurhaliza kita bayar 60k, penceramah agama kita kasik free saja.
Menyanyi, SPM tak lepas pun takpe janji kau boleh melalak. Bonus kalau kau ada muka yang cantik, badan yang solid.
Penceramah, kalau takde ilmu di dada, jangan cuba-cuba memberi ilmu songsang pada masyarakat.
Cukuplah mengundi untuk YB yang isunya tak segah di minda. Kita cuba YB lain pulak untuk penggal yang akan datang.
Cerita 5.
Sekarang ada tradisi baru di hari raya. Nak beraya tunggu open house atau dalam bahasa melayunye, Rumah Terbuka.
Mungkin generasi akan datang,
"Kau jangan datang rumah aku selagi aku belum buat open house"
Mana manisnya raya?
nota: Bulan Ramadhan - bulan bajet makan dan minum
Bulan Syawal - bulan keluarkan semua makanan dan minuman yang ada.