Thursday, February 22, 2007

A, B dan C

Sebelum saya bercerita aktiviti-aktiviti yang saya lakukan sepanjang percutian, biar saya bercerita tentang suatu kisah benar tetapi nama dirahsiakan atas sebab-sebab tertentu.

Masa: 13 tahun yang lampau.
7.00 pagi.

A selalu menunggu rakannya B di pintu hadapan kelas untuk bersama-sama pergi ke kantin menjamah selera. A dan B berlainan kelas. Walaupun berlainan kelas, persahabatan A dan B sangat erat kerana A dan B sudah berkawan sejak berumur 5 tahun.

Tanpa A sedari, rutin A ini diperhatikan oleh seseorang yang tidak A sedari. Beliau dinamakan C. B dan C adalah rakan sekelas. A ini sememangnya seorang yang tidak peka dengan keadaan sekeliling. Walaupun C sering memerhatikan A, A tidak pernah menyedari C ini wujud di dalam kelas B. Mungkin kerana A dan C berbadan kecil maka pandangan A terlindung dengan adanya kerusi-kerusi dan meja yang lebih besar dari C.

Pada suatu hari yang tidak disangka, nama A menjadi topik hangat di kalangan rakan-rakan di kelas A dan B. A yang tidak tahu apa-apa dengan naifnya bertanya kepada rakan-rakan mengapa A dijadikan topik hangit kerana A amat berbangga dengan imej low profilenya sebelum ini.

Rakan-rakan A berfikir A pura-pura tidak mengerti atau tidak paham supaya dapat mengaburi mata mereka. Rakan-rakan A tidak mempedulikan pertanyaan A dan masih mengaitkan A dengan sebuah diari.

A semakin musykil kerana A tidak pernah mempunyai diari. Mana mungkin A ada kaitan dengan diari. A cuba meminta rakan baiknya B supaya menyiasat apa yang telah terjadi. B pula cuba meminta tolong rakan karib C yang juga merupakan rakan karib B.

Akhirnya A mengetahui segalanya.

C dalam diam telah menulis di dalam diarinya sendiri yang dia meminati A. Tetapi semua ini tidak terluah kerana C pemalu orangnya. C cuma mampu bercerita dengan diarinya sahaja. Rahsia ini terbongkar apabila rakan karib C yang juga rakan karib B telah terjumpa diari C dan menghebohkan pada rakan-rakan di kelas A dan B tentang C yang meminati A.

A menjadi tertekan kerana tidak selesa apabila menyedari gerak gerinya diperhatikan. A mula menjauhkan diri dari kelas B. Kali ini rutin B pula menunggu A kerana A tidak mahu lagi bersidai di kelas B. A cuba mengelak dari terserempak dengan C. A bukannya membenci C cuma A tidak sukakan gossip dan teguh dengan prinsipnya, "budak-budak tidak layak bercinta."

Sehinggalah hujung tahun dan masanya untuk semua pelajar berpisah dan mungkin tidak akan berjumpa terus, A dan C tidak pernah bercakap atau bertanya khabar.

2 tahun selepas berpisah, A dan C ditakdirkan berjumpa kembali di sebuah kompleks membeli-belah. C memanggil nama A buat pertama kalinya dan melambai-lambai pada A dengan harapan A menyedari kehadiran C.

A pula masih dengan prinsipnya, tidak mengendahkan panggilan C, lalu bergegas melarikan diri dari bertembung dengan C.

Sehinggalah sekarang, A dan C tidak pernah lagi bertemu mahupun mendengar perkembangan diri masing-masing.

Dan untuk 13 tahun selepas itu,

A kembali melalui jalan di hadapan rumah C. Rumah itu masih teguh cuma penghuninya tidak dapat dipastikan masih orang yang sama atau tidak. Mungkin juga sudah ada penghuni baru.

Sampai sekarang A masih musykil kenapa A bersikap begitu dahulu terhadap C sedangkan C bukanlah pelajar yang jahat atau nakal. Cuma A yang bersikap naif.

Jika A ada kesempatan boleh berjumpa dengan C, A mau memintak maap atas kesombongan A dahulu. Dan jika C sudah mempunyai anak, mungkin A akan hadiahkan anak-anak C dengan sebuah diari.

4 comments:

Anonymous said...

si A tu ko laa ye zura.. ngah..ngah..ngah :D

zura lias said...

si A tue A bukan nama sebenar. Aku hanya penglipur lara je mcm tukang karut dalam dikir barat. Watak aku ko boleh pilih mana-mana yang ko suke. Terpulang, tiada paksaan. Kalo ko nak pilih aku sebagai pintu hadapan kelas pun aku tak kisah.

*panjang lebar lak menjawab..^_^*

Iza Idris said...

hahha..
ok laa.. aku tamau laa ko jadi pintu pagar je..
ko jadik diary tu ek..
molek sket :D

zura lias said...

hihihi..jadi diary aku xleh skodeng orang..hahahaha...Opss, aku C ke ek?^_^...