Orang lain menyambut Valentine tapi saya tidak.
Orang lain mengusung teman tapi saya tidak.
Orang lain mendapat bunga, saya bakal mendapat terjahan bola tennis. (Jika plan bermain tennis jadi petang nie)
Apa ada pada Valentine?
Karut.
Hari kasih sayang tiada hari yang istimewa.
Setiap hari adalah kasih sayang yang sangat istimewa.
Saya bukan cemburu dengan perempuan-perempuan yang mendapat bunga pada hari ini.
Saya cemburu dengan tokei-tokei kedai bunga yang mendapat untung lebih dari hari biasa.
Walaupun tiada istilah Valentine Day dalam hidup saya,
Saya tetap mau beri satu ucapan istimewa.
Bukan untuk kekasih teristimewa -> Lee Joon Ki
Bukan juga untuk teman tapi mesra -> Mawi
* Alang, statement angah nie bukan bererti Mawi sudah angah lupa. Cuma angah mau tingkatkan daya-daya menconteng wajah di muka seperti Opera Cina, baru berusaha kembali untuk menjadi kekasih hati Mawi.*
Ucapan saya ini sangat teristimewa untuk http://kriesz.blogspot.com .
Sempena umurnya yang sudah menjangkau 2 tahun hari ini.
SELAMAT ULANG TAHUN YANG KE DUA
Tepuk tangan semua. Takde tgn diizinkan tepuk dengan kaki.
Dan dengan ini, saya menarik balik fikiran mau berpindah rumah.
Saya sayangkan rumah ini.
Walau apa pun dia, walau bagaimanapun dia,
dia tetap bersedia mendengar luahan saya.
Cuma saya tidak mampu pada masa sekarang ini untuk meluahkan segala-gala yang ada di dalam tembolok perut saya.
Tidak termasuk usus, buah pinggang dan seangkatan dengannya.
Kerana saya terasa seperti diekori. *Heh, perasan bagus la tue* (kata zura kepada dirinya)
Apabila perasaan saya sudah meluap-luap, saya akan bercerita dengan adik baru || workhard..StaYCheerul..||
iaitu Hati Kudus.
Yang hanya boleh dibaca oleh saya sendiri dan orang-orang yang tertentu. Hahaha..(Jika berminat boleh menghubungi saya, mungkin saya akan mempertimbangkan permintaan anda) Hiks..
Bolehkah saya membuat kata-kata ucapan?
Boleh, blog siapa ni?
Ini blog aku..sukati aku nak tulih ape
(Ini adalah tagline saya sebelum rumah berwajah baru)
Kepada Blogku,
Pertama kali saya membina awak,
Saya tiada perasaan apa-apa.
Semuanya kosong.
Jujur saya katakan, saya membina blog atas permintaan dari rakan-rakan.
Atau dengan tepatnya cabaran dari rakan-rakan.
Saya tiada apa yang mahu diceritakan.
Semuanya kosong sama kosong dengan dompet saya yang dahulunya tiada berisi apa-apa. (baca:penganggur kehormat)
Sedikit demi sedikit,
Saya mula bermesra dengan awak.
Saya cuba menyelami isi hati awak.
Saya cuba menanam di dalam minda saya,
awak bakal pengganti diari saya.
Saya bercerita kisah sedih saya.
Kisah gembira.
Kisah yang tiada kaitan dengan kehidupan saya.
Juga tidak lupa cerita merapu.
Pada mulanya,
saya hanya mau perasaan saya dikongsi dengan rakan-rakan sahaja.
Saya tidak mau memberi publisiti pada awak.
Tetapi setelah saya mengambil ujian KPLI (Ye, saya gagal. Saya ditakdirkan tidak menjadi guru).
Dalam salah satu ujian sahsiah ada menyatakan,
orang yang bagus adalah orang yang berkongsi perasaannya dengan orang ramai.
Saya mau menjadi bagus, lalu saya beri publisiti pada awak.
*Sebenarnya saya menipu*
Saya memberi publisiti tiada kaitan dengan ujian sahsiah atau mau menjadi bagus.
Saya hanya..*speechless*
Dan selepas itu,
Saya mendapat kenalan dari orang yang tidak saya kenali.
Saya gembira kerana semasa saya di dalam darjah-darjah,
saya ada mengisi borang profil diri menyatakan hobi saya adalah mencari kenalan.
*ye, saya tipu sewaktu itu. Sebenarnya saya tidak tau apa itu kenalan*
Tapi sekarang saya tidak tipu.
Saya gembira mendapat kenalan.
Anda yang membaca blog saya adalah kenalan saya.
Anda yang bersua muka dengan saya adalah rakan-rakan saya.
Anda yang sekelas, sefakulti, sesekolah, serumah, sebilik air, sekatil, setudung(kadang-kadang pinjam tudung), anda adalah teman saya.
Walau siapa anda,
baik kenalan, rakan mahupun teman,
Saya patut berterima kasih kerana anda sudi meluangkan masa membaca blog saya yang tidak akan membantu anda menjawab peperiksaan mahupun ujian KPLI.
Eh, saya selalu begini.
Bila bercerita dengan panjang lebar suka tersasar dari landasan.
Saya membuat ucapan untuk awak tapi akhirnya saya menjadi diri awak.
Tak apakan, sebab awak dan saya adalah suatu rasa kecuali blogspot mematikan servernya.
Dan saya harus beritahu kekhilafan saya.
Sebelum ini, saya tidak pernah meletakkan ruang komen untuk entry saya dikomen.
Tapi saya ambil nasihat En Kunci supaya meletakkan ruang untuk dikomen.
Saya letak, malangnya saya cuai untuk melihat komen-komen yang diberi.
Sepanjang tahun 2006, saya tidak pernah mengapprove (saya ada masalah untuk translate perkataan ini kepada yang lebih sesuai) komen-komen yang diberi.
Maafkan saya.
Bukan saya sengaja cuma kekhilafan mata saya yang tidak pernah nampak komen yang diberi.
Jangan kata saya tidak boleh menerima komen.
Saya boleh. *cakap dengan yakin dan tegas*
Untuk entry seterusnya, saya akan jawab komen-komen sepanjang 2006.
Untuk hari ini, mungkin sukar kerana saya ini pekerja berdedikasi.*wink..wink*
Mungkin sepanjang saya bercuti sama cuti untuk kaum Cina menyambut Tahun baru mereka.
Sekali lagi ucapan untuk awak, *balik pada landasan*
Terima kasih kerana setia bersama saya.
Saya, insyaAllah tidak akan mengabaikan awak walaupun awak sudah ada adik baru.
Juga terima kasih untuk pembaca-pembaca blog saya. (Jika lebih dari 3 pembaca sudah dikira jama'kan bukan musanna)
*Sila rujuk nahu Arab Komunikasi*
Terima Kasih daun keladi.
Kalau boleh datanglah lagi.
Yang Benar,
Tuan Punya Blog Work Hard Stay Cheerful..
No comments:
Post a Comment