Dari hari sabtu malang tidak berbau.
Takde bau kari, bau masak lemak mahupun sambal.
Kene bercerita satu-satu baru boleh tarik nafas lega.
Bak kata kawan, "ko nie mcm natasya ar.."..
Suke, sebab natasya lawa dan kaya. Hahaha.(Materialistik)
Cerita pertama.
Lokasi: Di dalam bas konsortium KL-IPOH
Masa : 6.25 ptg.
Abang Gangster : Sape nak air lagi?sape nk air lagi? Haa, kat belakang tu.
Abang gangster pergi ke sudut belakang tempat saya dan kawan duduk bersama.
Abang Gangster : Laa, tadi nampak mcm angkat tangan.
Rupanya pakcik di tempat duduk sebelah saya yang mengangkat tangan. Tapi dia bukan angkat tangan maukan air kotak. Dia angkat tangan mau membetulkan air cond.
Abang Gangster tidak putus asa. Bergerak ke depan pulak.
Abang Gangster : Sape nak air lagi ni? (dengan nada bengang)
Ada tangan-tangan mengangkat.
Saya : Free ke bang? (dengan suara yang halus tapi pasti boleh di dengari)
Abang Gangster tidak menjawab soalan tetapi memberi saya dan rakan air kotak Teh Krisantimum.(taktau ejaan sebenar).
Saya suka sebab dapat air kotak free walaupun saya dan rakan tidaklah berminat dengan Teh Krisantimum.
Janji free. Bukan senang nak dapat benda free sekarang.
Abang Gangster bergerak ke hadapan kembali.
Abang Gangster : Sekotak 2 ringgit. 2 kotak 4 ringgit. Bayar-bayar.
Abang Gangster bergerak dari depan ke belakang sambil mulut membebel-bebel.
" Tadi tanya-tanya taknak air kotak, sorg nak semua nak."
Saya dan rakan : Laa, kene bayar ke.
Muka kelat-kelat sambil keluar duit 4 ringgit.
Nak pulangkan balik dah malu atau lebih senang dicakap,
takut dengan abang Gangster yang berbadan besar.
Sesungguhnya tiada benda free di zaman-zaman dunia sedang membangun.
Saya mengagak, orang-orang yang mengangkat tangan seperti saya semuanya memikirkan air kotak itu percuma.
Cis, bedebah.
Kata rakan, doa orang teraniaya makbul.
Saya dan rakan : Ya Allah, Kau berilah satu pengajaran kepada penjual air kotak ini.
Sampai rumah, memandang air kotak sahaja sudah menjengkelkan.
Moral : Sekarang tiada benda free. Masuk toilet pun kene RM0.30.
Cerita 2 akan disambung sesudah saya menghabiskan kerja. ^_^
Teman dan 5 Ekor Lembu
15 years ago
No comments:
Post a Comment