Bila saya tertekan, saya tidak berfikir dengan jayanya walaupun kecerdasan saya di tahap yang luar biasa. ^_^..
Memang harus diakui, saya ini seorang yang sangat pemikir.
Tipu kalau saya kata saya sedang berfikir bagaimana mahu membuat kereta supaya boleh berjalan sendiri.
Memang tak pernah ada dalam fikiran.
Cuma saya berfikir,semoga ada orang lain yang mencipta dan semestinya bukan saya.
Tengokkan tahap pemikiran saya.
Tiada impian tinggi. Cukup untuk buat saya tenang.
Tapi sekarang saya tidak tenang.
Serasa seperti diperhatikan.
Penat saya mengingat, pernah tak saya memancitkan tayar kereta atau motor orang?
Jawapannya, tak pernah kecuali menendang tayar basikal, motor atau kereta bila saya bengang dengan tuan punya badan.(syy..)
Mungkin saya akan berpindah. Saya katakan mungkin.
Itu harus difikirkan dengan sedalam-dalamnya.
Kan dah kata, saya ini suka berfikir.
Dengan erti kata yang lain, saya suka berfikir benda-benda yang tidak patut difikir.
Tapi saya adalah saya.
Begitulah saya.
Saya akan berpindah membawak selipar, kasut dan sebagainya.
Alamat terbaru akan saya beritahu jika ditanya.
Saya sudah jadi psiko.
Mahu menyorok sementara saya masih boleh menyorok.
Rumah baru sudah saya sediakan sedikit kelengkapan.
Cuma mau mengambil nafas adakah saya perlu lakukan penghijrahan.
Katalah, katalah yang saya ini psiko.
Memang sekarang saya sudah jadi psiko kerana dipsiko dgn org yg psiko jugak.
Sekiranya kawan-kawan tidak dapat menghubungi saya melalui telefon bimbit,
sila sertakan message di YM, saya akan memberitahu nombor yang sewajarnya anda gunakan.
Psikokan saya.
Jangan risau, saya tidak apa-apa cuma perbincangan saya bersama rakan,
dan dia bilang, inilah cara terbaik yang saya harus lakukan,
Untuk lari dari orang psiko.
Thanks Acu..Muahss..Muahsss...
Teman dan 5 Ekor Lembu
15 years ago
No comments:
Post a Comment