Thursday, November 01, 2007

Sekolahku

Curi dari blog Nadzeem. Eh, curi macam jahat. Copy ar, copy dari blog Nadzeem. Tak bagi pun akak tak kira, akak nak jugak..hahahaha..


1. Apakah nama kamu?
- Seperti tertera di bahagia profile blog, dalam kad pengenalan, surat beranak dan lesen memandu.

2 . Manakah anda belajar semasa tingkatan 5?
- Sekolah Menengah Convent Raja (P) Taayah.

3. Tahun apakah anda belajar di tingkatan 5?
- 2006 - 7

4. Siapakah guru bahasa melayu kamu?
- Cikgu Nazri.(Cikgu suka geleng kepala tengok banyak yang tidur dari yang menegak)

5. Siapakah guru bahasa inggeris kamu?
- Cikgu Raja Azah. (cikgu sempoi, suka pakai sport shoes dgn jubah kat sekolah.:D)

6. Siapakah guru pendidikan moral kamu?
- Erk, saya beragama Islam.

7. Siapakah guru matematik kamu?
- Cikgu Norain?Cikgu Rohani?Cikgu Chong?. Oh, tidak. saya hilang ingatan sekejap.

8. Siapakah guru matematik tambahan kamu?
- Cikgu Norain yang penyabar dan menjamu lontong sewaktu kunjungan ke rumahnya. (Buat-buat rajin mentelaah bersamanya nak cover tidur dalam kelas)

9. Siapakah guru fizik kamu?
- Cikgu Chee yang sangat tegas. Menyuruh kumpulan yang tidak berjaya menyelesaikan eksperimen membuat sehingga berjaya. Jika tidak, Jangan Keluar Lab. Kumpulan manakah itu?Eheheh..

10. Siapakah guru kimia kamu?
- Cikgu Chong. Cikgu Yang Bijaksana. ^_^

11. Siapakah guru biologi kamu?
- Cikgu Umi yang memberi markah kasihan kepada saya supaya lulus bio. Terima kasih
cikgu.

12. Siapakah guru sejarah kamu?
- Cikgu Ramlah. Sempoi, Kelakar dan bersemangat.

13. Siapakah guru EST kamu?
- Apakah EST itu?hiks...

14. Siapakah guru geografi kamu?
- Geografi?Apa tu?ahahaha..

15. Siapakah guru sains kamu?
- Form 5 dah takde subjek sains. Dah dipecah-pecahkan.

16. Siapakah guru prinsip akaun kamu?
- Sedih. Tak sempat nak belajar prinsip akaun.:(..

17. Anda pernah dimarah semasa perhimpunan?
- Apa best kena marah. Berdiri depan perhimpunan lagi bagus.

18. Pernah menyanyi lagu sekolah?
- Sekolah takde lagu sekolah. Tiap kali perhimpunan, nyanyi asma'ul husna. ^_^

19. Luaskah sekolah anda?
- Dari pagar utama, boleh berlari dalam masa 20 minit untuk ke hujung sekolah. (Aksi ini berjaya sewaktu sesi makan sahaja).

20. Pukul berapakah anda selalu tiba di sekolah?
- 7.30 hari biasa.
- 8.15 hari Isnin. (Tapi kalau perhimpunan terlama sikit, maka masa yang diambil untuk datang ke sekolah juga bertambah)

21. Hari manakah yang anda paling suka?
- Hari Jumaat. Lebihan-lebihan masa yang ada dihabiskan dibilik membancuh milo atau tea o.

22. Tandas sekolah anda bersih kah?
- Bersih gila. Setiap hari ahad, pasti ada yang jadi tukang basuh toilet. Denda datang lambat.

23. Pernah dipukul oleh pengetua sekolah?
- Tak pernah. Ketua Warden dan HEP pernah. Wakil pengetua.

24. Anda suka subjek PJK kah?
- PJK?Apa tu?Sukaneka tau le. Hahaha..

25. Apakah kelas anda semasa tingkatan 5?
- Penta Science

26. Bersihkah sekolah anda?
- 10/10. Hari-hari kutip sampah. Setiap kelas ada commity masing-masing. (berjaya 10/10 kalau guru bertugas cikgu Wan Z). *angkat kening pada student Taayah.*

27. Tempat manakah yang anda duduk dalam kelas?
- Dari hadapan kelas, baris kiri pertama,lajur ke 2, sebelah tingkap. (Senang nak skodeng abang STAM). *wink..wink*

28. Nombor berapakah kelas anda
- Satu dan tunggal. Takda lagi kelas lain yang namanya kelas sains kecuali 4 sains a k a Tetra Science.

29. Adakah anda rindu kepada kawan anda dalam kelas?
- Tentu sekali. Walaupun ada yang menjengkelkan, tapi itu yang selalu jadi topik utama. Jadi, jika kawan itu tidak wujud, hilanglah seri untuk bergossip bercerita. Acu, Ayang, Alang, Ayu (Yang aktif di dalam blog). Setuju? *ala-ala cikgu Rohani*

30. Apakah perasaan anda sekarang?
- Tidak rindukan sekolah Tapi rindukan kenangan di sekolah. Boleh dikatakan,

Benci Tapi rindu

6 comments:

MZ said...

no komen. :|

Anonymous said...

oo ko ni muda lg ye..aku igt dah 28thn...

zura lias said...

pokcik,
mcm artis le pokcik ni..hikss..

chot,
erk..28 taun??aishh..aku baru 18+7 arr..hahahah

Orked said...

br semlm dok cite dgn abg pasai sekolah rendah..:p

ade sorang secret admire la gitu..hah ahahaha....pernah sekali kami kena denda jln2 kat padang..kena pegang tangan couple2....laki pompuan..time budak2 tu..mana de perasaan apa2..tp kakjie jln pegang tangan dgn dia...hahaha..aduihhhh...:p

Noushy Syah said...

....sometimes reminiscing is good too, especially the not so good and the good one's...:p

zura lias said...

kak jie,
kak jie rase budak tu basuh tgn tak lepas jenjln pegang tgn dgn kak jie?yer arrrr...xmo bg ilang bau..secret admire le katekan..hikkss..

noush,
hehehe..tp skarang dh jd a good gurl dah..hahahahhahaa...