Akan tiba masa sibuk.
Bila ada masa sibuk,
Maka blog tinggal berabuk.
Itulah situasi saya sekarang.
Tapi pelan-pelan akan menjadi masa bersenang-lenang.
Mungkin dikala saya mengambil cuti panjang untuk menghabiskan cuti tahunan yang ada.
Mungkin.
Ini cerita hari Sabtu yang dah lepas,
Dengan gagah saya memandu ke rumah Kak Ret.
Tiada no telefon.
Hanya map yang dilampirkan bersama kad jemputan ke perkahwinan adiknya.
Saya menyalin map itu.
(Nampak tak saya sangat bersungguh-sungguh mau berjumpa dengan
Kak Ret.) *sengeh*
Peminjaman CD sebagai alasan.
Yang sebetulnya saya memang mau berjumpa Kak Ret.
Saya ada suatu perangai.
Mengikut kata hati.
Jika hati saya cakap mau,
Memang saya mau.
Jika cakap tak mau,
Memang sukar menjadikan mau.
Maka kerana itu saya memohon maaf kepada Hans Isaac kerana telah menolak cintanya.
Semasa itu, hati saya sukar berkata mau.
Walaupun saya ada perasaan
Tapi hati saya tak boleh menerima.
Maka Hans Isaac telah dilukakan oleh "seseorang".
Erk, saya telah menyimpang cerita.
Balik ke landasan yang sebenar.
Kerana kepingin mau berjumpa Kak Ret.
Saya tetap mau pergi ke Sentul ditemani Ana selepas menonton Stardust.
(Sila tonton movie ini, sangat seronok)
*untuk mereka yang mempunyai kepala otak seperti saya*. :D
Saya berani kata,
Sentul adalah tempat yang asing untuk saya.
Cuma map di tangan sebagai panduan.
Maka kerana itu saya berpusing-pusing di sekitar stesen LRT sebanyak 2 kali.
Tapi kerana semangat yang jitu,
Saya tetap meneruskan perjalanan dan akhirnya sampai.
Cari-cari no. 30.
Malangnya semua no. sa-sa belaka.
Kebetulan abang yang sulung menelefon jadi tugas melihat rumah diserahkan kepada Ana.
Rupanya tersalah masuk lorong.
Rumah Kak Ret. di tepi jalan sahaja.
Akhirnya,
saya berjumpa juga dengan Kak Ret.
Mak Kak Ret yang ramah buat saya yang pemalu ini hilang kemaluan. *Sila jangan cuba mensensasikan perkataan ini. Saya tiada idea untuk meletak ayat yang lebih sesuai*
Tapi pertemuan pertama memang ada segan silu.
Bak kata orang, bila berjumpa buah hati kali pertama,
Segala yang buruk semua dalam poket.
Jadi nanti, bila kita berjumpa lagi,
Sila keluarkan yang buruk-buruk itu dalam poket ye.
Hiks.
Akhirul Kalam,
Terima Kasih Daun Keladi.
Nanti Saya datang Lagi.
Beserta pemulangan CD.
Dan jugak,
pss..pss..kak ret,
Ana kata kak ret sweet.
Hikss....
7 comments:
hehe, bila nak jumpa saya lak ni?
boleh gak pass cd cite taiwan @ korea yg dh byk saya download ni :p
akk jumpa kak ret sowang2 ke? ke dgn bulan? :D
Mak Kak Ret yang ramah buat saya yang pemalu ini hilang kemaluan. *Sila jangan cuba mensensasikan perkataan ini.....
PEDOMAN HIDUP
Bila kamu marah, keluarkan kemarahanmu,
Bila kamu sedih, keluarkan kesedihanmu,
Tetapi INGAT, Bila kamu malu, JANGAN Keluarkan kemaluanmu
KALO DAH JUMPA KELUARKAN SEMUA YNG BURUK BURUK KAT POKET TU,,EHEHEH...
ERRRR...
'Tetapi INGAT, Bila kamu malu, JANGAN Keluarkan kemaluanmu...'
..xm Bahasa ni dapat berapa? jangan2 lebih kurang Noushy aje tak Zura, muahahhahha!
p/s Zura, there's a saying,'When there's a will, there's a way...when there's a way, there's always a hope!..
Have a gr8 weekdays even if you are bz bee...take care my dear.
tante! nak pinjam cd. bisa ngak? :))
nak sensasikan gak!!! hahahahaha
SENSASI! SENSASI!
ok dah... haha
hajar,
erkk..nnti sy gie johor..awk turun kl..kite wat date ek...time tu bwk cd manyak2 tau..;))..
diya,
akak jumpe dgn kwn akak..bulan x muncul di siang hari..:D
Mr. W,
hehehee...*mampu tersengeh je*
noush,
hahaha...bahasa zura memang terukk..semua bahasa teruk..kire wat blog ni leh melatih gak ar..hahahaha...yeap..hope this weekend make me smile until next weekend..:D..
khal,
uncle...nk pinjam cd..sile isi borang dgn kak ret ye..:P..
kamal,
hahahhahahahaha...
Post a Comment