Ada permintaan,
Mintak saya mengulang kembali entry yang pernah saya letak di sini.
Boleh saja klik di link yang sudah lepas-lepas.
Tapi risau orang yang ditujukan malas mau mencari.
Jadi, saya ikutkan permintaan itu memandangkan saya juga kekeringan idea.
Tapi saya cuma letak permulaan entry sahaja.
Mau yang penuh, sila klik di Sini.
Kisah Pemancing dan Ikannya.
Shh.. saya nak tanya satu soalan.
Pernahkah kamu memancing ikan? Kalau
tak pernah memancing, pernahkah kamu
melihat orang memancing? Kalau tak
pun, bolehkah kamu membayangkan
seseorang sedang memancing? Baiklah,
katakan kamu menemani seseorang yang
asyik memancing. Tiba-tiba mata
kailnya disentap oleh seekor ikan dan
dia segera memutar tali pancing.
Akhirnya ikan itu dapat dinaikkan ke
atas. Terkedik-kedik ia di hujung mata
kail. Kamu lihat pemancing itu
tersenyum lebar. Gembira benar
hatinya. Kamu juga tersenyum bangga
kerana itu bermakna satu kemenangan.
Kamu turut ghairah melihat pemancing
itu cuba membebaskan ikan daripada
mata kailnya.
Tiba -tiba setelah dia melepaskan mata
kail daripada mulut ikan, dia
mencampak ikan itu kembali ke air. Eh,
apa hal? Kamu memandang pemancing itu
dengan seribu tanda tanya, tetapi dia
bersahaja seolah-olah tindakan dia tak
menimbulkan soalan. Dapatkah kamu rasa
apakah dideritai oleh ikan itu?
Bolehkah ia menyambung hidup dengan
mulutnya yang luka atau mungkin isi
perutnya yang sudah robek? Sudah tentu
ia akan mengalami kesakitan sebelum
mati. Dengan mulut terkoyak, sudah
tentu dia tidak dapat mencari makanan,
untuk berenang pun tidak mampu.
Dan cerita selanjutnya di Sini.
Untuk kawan saya,
Kita beri 1 harapan.
1 harapan yang kita beri, di terima dengan 10 harapan.
1 harapan yang kita leburkan, 10 harapan akan jadi berkecai.
Kita beri 1 harapan dengan perasaan simpati,
Bukan kasih.
Setelah kita terjaga dari lena,
Kita leburkan perasaan itu dengan alasan, kita tidak mampu.
Hatiku bukan milikmu.
Alasan yang paling mudah.
Kita lupa untuk simpati yang kita tabur mulanya,
Kita lupa hatiku memang bukan milikmu.
Kita mau mencuba tanpa pikir kesannya lebih mendalam.
Jika simpati bukan kasih,
Undur diri secara awal.
Jika simpati datangnya kasih,
Kita dan dia orang yang berkasih.
Jika simpati tapi belum tentu berkasih,
Undur diri dan katakan,
Jika kita memang berjodoh, akan termaktub kita dan dia akan bertemu.
Mungkin besok,
Mungkin lusa,
Mungkin ada suatu waktu yang memang ditakdirkan,
Kita dan dia adalah suatu jodoh.
Jangan dilukakan hati yang mengharap,
Jika hati sendiri belum tentu mau melabuhkan harapan.
PEACE..^_^
Teman dan 5 Ekor Lembu
15 years ago
14 comments:
sedeh nyer entri ni ...
hati dan perasaan..memang sukar untuk di telah
kak,
mmg betul..
kita slalu bagi harapan..
without knowing..
yg kite x mampu nk wat semua tu..
hurm..
bestnye entri akk ni. sayu tapi best. huhu. yg entry pemncing ikan akk ni ade kamal cite kat blog die kan. erk, kamal ke mintak akk ulang entry akk dulu?
"Jangan dilukakan hati yang mengharap"
kadang2 kita tak sedar yang kita memberi dia satu harapan. sedangkan kita tak pernah merasakan sebegitu. akhirnya, bila dia tahu harapan itu bukan untuk dia, dia pergi tanpa menoleh lagi...
:)
Takkan dilukakan hati yang mengharap.
http://www.taszara.com
wowoowoo special request tuh,cayalah Zura..hehhehe..
Yang tersurat dan yang tersirat...
betul2. saya setuju tuh. jangan beri harapan jika kita x sanggup nak memenuhi harapan tuh.
those who gave hope and neber meant it but for taking opportunity out of it, is not human.
pokcik,
erk...nk tisu pokcik..
arsaili,
yup..hati dan perasaan mmg xleh dijangka..
yonna,
yup..betul tu..even mende kecik kite nampak remeh..tp yg terkene le yg kecik atie..
diya,
bukan kamal..tp kwn akak..yup,bila die dh pergi..kdg2 kite rase menyesal sbb org yg kite bg harapan tu le yg terbaik utk kite..:D
aizat,
okies nnti akak masuk sane...:D
noush,
ade kwn mintak..hiks...menunaikan harapan org..:D
hajar,
yup...yg mengharap sbb diberi harapan le yg palin merana kalo harapan musnah..
pokcik,
AGREE!!...:D
masih lagi kisah si ikan dengan pemancing rupanya...
betul kan kak... orang terasa bila akak tulis pasal ikan tu hari tu.. tu yang pinjam kejap citer tu...
apapun, biarla pemancing itu... malas nak layan!
sekarang Yang Terdalam cuti kejap, nak cari aura menulis balik... tgk la kalau ada update ek!
peace kak!
makin pandai main kata2 cik zura ni...
akk de, ingatkan ade entri baru rini. rupanya masih tinggal Harapan lagi... huhu
bila la nak updet nih..isk3
kamal,
ehehehe...gali tau aura tu..hihihi..selamat menggali kamal..jgn tutup terus sudah..:D
chot,
hehehe...sekali sekala...selalu-selalu xleh..nnti org cop aku jiwang plak..hahaha..*berat tohmahan tu aku nk terime*
diya,
hihhi...dh ade dh diya..:D
arsaili,
ehhee..sudah..:D
Post a Comment