Thursday, October 25, 2007

Pendidikan Seni

Saya memasukkan bendi ke dalam asam tumis.
Saya lihat coraknya yang lawa di batang.
Ingatan melayang di waktu kecil.
Linkungan umur 8-9 tahun.

Tahun: 1990 atau 1991
Masa : 10.00 malam

Saya ada subjek pendidikan seni besoknya.
Pendidikan seni subjek yang agak kurang diminati.
Mungkin tidak berbakat dalam bidang seni.
Kalau tak, mungkin lebih terkenal dari Mawi.
Hahaha..

Saya gelisah.
Cikgu bilang harus menyiapkan corak batik untuk dinilai besoknya.
Saya ada bawang, batang pisang dan kacang bendi.
Tapi saya buta seni.
Saya memujuk mak tidak mahu pergi ke sekolah.
Mak berkeras suruh saya siapkan juga.
Pantang bagi famili saya bagi perkara memonteng.

Jam sudah pukul 1 pagi.
Saya masih tidap dapat menyiapkan corak yang dikehendaki.
Air mata menitik minta dikasihani.

Akhirnya,
Ibu itu lembut hatinya.
Mak menolong saya menyiapkan lukisan batik.
Saya senyum.
Mak pun senyum.
Tidur dengan lena.

Besoknya,
Hantar tugasan dengan bangga.
Lupa itu hasil kerja orang lain.

Amaran keras untuk anak-anak yang masih belajar,
Usaha Tangga Kejayaan.

P/S:Terima Kasih Mak..^_^...

13 comments:

Khadijah said...
This comment has been removed by the author.
Khadijah said...
This comment has been removed by the author.
Khadijah said...

Mak berkeras suruh saya siapkan juga.
Pantang bagi famili saya bagi perkara memonteng.

Yang selalu ponteng di skolah menengah tu sapa ekkk

AK said...

ni mesti idea nak wat entry datang bila tgk bendi ni...

ish, suka la seni2 masa sek dulu... best main...

pasal corak2 ni, lagi la. siap amik kentang, potong sendiri buat corak yang best... aleh aleh terpotong tangan... aduh!

AK said...

ni mesti idea nak wat entry datang bila tgk bendi ni...

ish, suka la seni2 masa sek dulu... best main...

pasal corak2 ni, lagi la. siap amik kentang, potong sendiri buat corak yang best... aleh aleh terpotong tangan... aduh!

aria ayumi said...

huhu tingat zaman2 sekolah dulu. diya sukerk ms pendidikan seni *walaupun sbnrnya paling tak pandai melukis*. sbb bile melukis ni tak perlu byk berfikir. just lukis je ape yg terlintas. tapi, utk tajuk bebas jelah. huhu

Noushy Syah said...

..cheating yea..so mak dia lah yang pandai nih kiranya...so sbb itu kena bagi separuh gaji pada emak..kan kan?

zura lias said...

acu,
family taktau angah ponteng di skolah menengah..syyyy...kes kantoi masa spot check pun diorg baru tau baru-baru ni..hihihhi..

*belum lagi kes assembly*..hihh...

kamal,
Hahahaha..haaah,masa memasak semlm..potong bendi teringat lak nak buat entry pasal bendi..hikss..
pergh, terpotong tgn tu..dasatttt...

diya,
Melukis akak suka le jugak even x pandai pun..hahaha..tapi bila masuk part-part menganyam, buat corak, mewarna..mmg failed..hihihi..

noush,
Ehehe..anak dgn mak, xleh berkira sangat..hahahaha

uMIe MieSYa said...

Wahh! mmg kuat beranganlah akak nie... :p tgh masak pun ingatan leh melayang2.. hehe hati2 memasak.. buatnya terkena minyak panas, sape susah? :p

Anonymous said...

kalau aku jadi hubby ko aku xnak bg ko masak...pasal setiap kali ko masak fikiran ko pasti melayang pd zaman2 dahulu...hahaha

Hajar said...

haha, macam2 ek? orang sekarang ni org dh guna pepatah, lif tangga kejayaan. tak sangka awak dh apply pepatah tu lebih awal :p

aria ayumi said...

hehe menganyam pun diya failed. adehh. :p

zura lias said...

umie,
alamak, kantoi kuat berangan..hahahah..tp dah penah kena dah, air panas nak bubuh dalam kole tersiram kat tangan..hikss...

chot,
bahagianye jadi wife chot ni..xyah masak..yeayyyyyy..hahahah...

hajar,
erkk..mcm konpius plak..sy dh apply?ooo..merujuk pd kefahaman sy, lif tangga kejayaan = gunekan orang len utk berjaya ek..hikss..

diya,
eheheh..xpe,xpe..skarang dh ade ketupat segera...xyah menganyam dah..