070707 - tarikh ni ramai orang nak wat hari special. Nak-nak plak jatuh hari Sabtu. Special le sangat.
Sebabkan kawan saya juga memilih tarikh ini, maka saya dengan berbesar hati mencemar duli ke Pahang.
Perjalanan bermula pukul 8.00 pagi dari rumah saya.
Tiada rintangan, berjalan lancar.
Sampailah ke rumah kawan di keramat.
Perjalanan diteruskan sehingga sesi mengisi minyak.
Pergi dengan semangat tapi kad kawen orang tu tak bawak.
Masing-masing memang tak pernah pergi ke situ.
Terpaksalah berpatah balik ke rumah kawan di Keramat.
Sekali lagi, perjalanan diteruskan.
Tapi kerana terlebih pandai, termasuk laluan yang salah.
Maka, terlajak sekali lagi.
Proses berpatah balik kembali ke landasan sebenar.
Semua perjalanan ini masih di dalam KL ye.
Belum sampai ke Pahang lagi.
Bila masuk ke Karak highway, harap-harap semua berjalan lancar.
Inilah pertama kali saya memandu ke arah Pantai Timur.
Nampak exit Chenor, memusing ke kiri.
Fuh, memang smooth, takde masalah.
Memandu sambil mata melilau kiri dan kanan.
Dibantu Co-pilot dan juga teman di belakang.
Akhirnya terlajak jugak.
Terpaksa U-turn untuk masuk simpang sebenar.
Jujurnya, ini mungkin kali ke-2 saya masuk kawasan Felda.
Tak tersangka jauh sungguh ke dalam.
Dan ini juga kali pertama saya ke Pahang.
(kalau genting dikira pahang, abaikan kali pertama ye).
Sampai rumah kawan,pengantin takde.
Ingat pengantin dah lari. *Ini saya bergurau*
Pengantin ke masjid untuk proses ijab dan Qabul.
Menunggu pengantin datang sambil makan di dapur.
Saya rasa sungguh sopan sekali makan sambil bersimpuh di dapur sebab tempat semua dah penuh.
Kalau ikutkan hati, saya akan slumber makan di tempat bahagian lelaki.
Tapi memikirkan, masuk kandang kambing mengembek, kandang kucing mengiau, maka di dapurlah tempatnya.
Kerana kepanasan atau mungkin kerana memikirkan diri terlalu cun hari tu,
Sesi bergambar jadi aktiviti wajib.
Mungkin ada yang berpikir,
"dari ceruk mana la pompuan-pompuan ni datang, dekat dinding pun nak bergambar".
Cuaca semakin panas.
Saya harus bergegas pulang ke Ipoh selepas ini.
Maka kami mengundur diri.
Kali ni, ana yang jadi pemandu dan saya sebagai Co-Pilot.
Perjalanan balik memang lancar.
Hati tenang.
Tapi..
*iklan sebentar*...
Sambungannya selepas ini.
Teman dan 5 Ekor Lembu
15 years ago
2 comments:
sempena tawon kemerdekaan ke 50, pe kata juera adakan sambutan nya dengan mengadakan pertandingan menyambung cerita d atas ... start dari 'Tapi ...'. adiah nya terpulanglah kepada penyumbang2 dan penaung2 dan para sponsor yg juera carik. kalo tader ... oper diri juera lah aje sbg calun isteri, calun madu, kakak angkat. adek angkat dsbg nya.
sbg cuntuh pak cik kunun2 nya sambung cenggini = "Tapi ... perut mula memulas dan keinginan untuk pergi ke tandas mula mendesak. Tetiba tanpa di duga dan dpt di tahan2 ... poooottttt!!?? diri ini terkentut!".
:D
x boleh pokcik..sbb tapi tu xde dlm imaginasi org len..kene gak citer..nk luahkan tensen mase tu..tp kalo buley sy nk oper diri jd isteri angkat..hiksss...
Post a Comment