Friday, April 20, 2007

Impian

Saya kesihan melihat Pokcik sedey, jadi saya update lagi.
Jika buhsan, jemu atau sebagainya, amik mouse, klik kat tanda 'X'.

Semalam bersembang dengan rakan sekerja sambil melahap maggie goreng mamak sepinggan.
Topiknya, rakan mendapat rezeki di tempat lain.
Hasil yang lebih lumayan.

Selepas itu, mulalah hati saya berbolak.
Walaupun tidak disedari rakan-rakan.
Berfikir kembali.
Apa yang saya mahu dalam hidup.

Saya pernah ditanya seorang rakan,
Apa yang saya mahu dalam hidup?
Jawapan saya,
Saya tiada impian besar.
Saya hanya mahu hidup bahagia bersama keluarga.
Jika ditakdirkan bertemu jodoh, saya hanya mahu hidup bahagia bersama suami dan anak-anak.
Juga bersama-sama keluarga di sebelah saya dan suami.

Bukan dalam bentuk wang ringgit.
Cukup biar hati saya riang.
Dihargai dan menghargai.

Rakan kata, saya hidup hanya untuk family.
Ya, impian saya adalah family.
Jika ditakdirkan saya berseorang,
Saya mahu bahagia juga bersama family saya.

Saya tiada impian mahu berkereta besar.
Berumah besar
Berbadan besar.
Berjawatan besar.

Cukup, jika hati saya bahagia.
Itu sudah mencukupi.
Tapi saya tidak mau berjanji.
Mungkin sekarang impiannya begitu.
Mungkin 20 tahun bukan lagi begitu.
Mungkin, siapa tahu masa depan.
Cuma saya boleh berdoa, biarlah impian ini sampai bila-bila ditambah dengan impian yang positif.

4 comments:

Iza Idris said...

Zura..
rakan opis pun akan tinggalkan kita sebulan dari sekarang.
ko tau sapa tak??

zura lias said...

haa?sape plak lagi yg nk tinggalkan nie?IT department gak ke?sedey plak aku..=(

MZ said...

tak per dak juera. pak cik kan ader :D *wink wink wink* ne me quitte pas :p

zura lias said...

do not leave me ye pokcik...*sambil lap2 ingus*