Thursday, April 20, 2006

SAYA JATUH CINTA

Walaupun saya sangat bengang hari nie tapi di dalam hati terselit rasa gembira. Saya bengang mungkin kerana hormon berlebihan yang saya perolehi utk bulan ini membuatkan perkara yang asalnya remeh temeh pun boleh membuat saya hilang pertimbangan. Saya sedar saya tidak dapat mengontrol diri sejak akhir-akhir ini dan cepat termakan dengan emosi luar kawalan.
Tapi saya tetap gembira. Saya umpama mandi basah, tidur tak lena, makan bertambah-tambah (pipi saya sudah semakin tembam sekarang) dan juga kuat berangan. Adakah tanda-tanda ini sudah cukup untuk menyatakan saya dilamun cinta? Jika hari ini, saya tidak sabar untuk menunggu hari esok. Itu juga tanda saya dilamun cintakah?Sperti Siti Nurhaliza yang berat badan makin bertambah dan dikatakan sedang bercinta, saya mungkin jugak boleh mengikut jejak langkah Siti jika benar saya sedang bercinta. Jadi siapa bilang jatuh cinta sangat indah?Jatuh cinta sangat menyakitkan kerana hati sentiasa berdebar seperti orang sakit jantung, berat badan makin bertambah dan semua-semua yang mula bertambah cuma duit sahaja berkurang kerana sering keluar bersama.
Saya tidak peduli semua itu, yang penting saya sudah rasa bibit-bibit cinta. Dari sayang, jatuh cinta. Cuma,cuma saya sangat takut saya bertepuk sebelah tangan. Saya bukan seorang yang berani meluahkan perasaan secara berdepan. Jika seseorang itu memahami saya, dia boleh tahu betapa saya sangat menyayanginya. Saya gundah bagaimana ingin memberitahu tapi saya gembira akan bertemu dengannya.
Buk, tunggu saya minggu depan. Kita akan tidur bersama-sama di atas katil yang empuk ek. Kita main kejar sama-sama. Gigitlah kaki saya sepuas hati kalau itu yang Buk suka.
Cinta itu misterikan. Dalam tidak sedar, saya jatuh cinta dengan sama jantina walaupun berlainan ejaan. saya PEREMPUAN, dia BETINA.

1 comment:

Shu said...

huh.. hampeh la.. baru igt ade citer baru.. ha.. ni mesti ade ter'jatuh' gak ni..