Minggu yang lepas balik Melaka.
Jumpa sanak saudara.
Tapi tujuan utama membantu abah memandu keretanya ke Melaka.
Untuk memudahkan perjalanan.
Dan tidak meletihkan abah untuk memandu seharian dari Ipoh - Melaka.
Kenapa Melaka?
Saya ini ada darah kacukan.
* Perak + Melaka = kacukan gak * :D
Mak orang Melaka.
Yang bukanlah Melaka sangat.
Tapi lebih pada kenegerian kerana Melakanya kampung saya,
Terletak di Alor Gajah.
Berhampiran tempat Dol Said dikebumikan.
Kalau taktau jugak kat mana,
Sila rujuk peta Malaysia.
Hari Ahad,
Saya kembali ke Kl dengan bas M**A.
Janjinya tunggu di depan perhentian bas UITM Lendu.
Sebab bas dari arah Masjid Tanah menghala ke Alor Gajah akan melalui UITM Lendu.
Sampai di perhentian bas,
Ada sebuah bas dari jauh,
Seakan-akan bas yang patut saya naiki.
Saya tahan.
Tapi pemandu memandu dengan laju lalu tidak mempedulikan saya.
Kira-kira 400m baru bas berhenti.
Saya berjalan dengan ayu+laju-laju,
Bimbang bas tinggalkan saya.
Patut-patut saya makin hampir dengan bas,
Bas bergerak tinggalkan saya.
Apakah bas ini?
Belot dengan penumpang. Huhh..
Cepat-cepat telefon M**A,
Mintak penjelasan.
Diorang kasik no. telefon Alor Gajah,
Mintak saya bertanya di kaunter sana.
Saya telefon Kaunter Alor Gajah.
Dan diorang suruh saya cepat-cepat ke Alor Gajah.
Mujurlah abah dan mak tidak tinggalkan saya selepas menghantar di UITM Lendu.
Dengan kuasa pacuan kuda,
Abah memecut ke perhentian bas Alor Gajah.
Sampai-sampai,
Bas sudah menunggu.
Jumpa pemandu bas.
Saya dipersalahkan kerana tidak memberitahu akan menunggu di UITM Lendu.
Saya cuma jawab,
" Bapak sedara saya yang belikan"
Sebab saya letih nak berlawan cakap.
Tenaga sudah diguna untuk mengejar bas.
Yang peliknya,
Selalu saya tidur kalau letih.
Tapi tidak pada waktu itu.
Saya cuma sibuk melayan perasaan sambil bermain SMS.
Saya rasa saya perlu mandi bersama bas,
Untuk mengelakkan terjadi perkara-perkara tidak diduga berkaitan bas.
Tanda kasih sayang untuk bas.
Hiks..
Teman dan 5 Ekor Lembu
15 years ago