Thursday, December 24, 2009

Mualaf - 24 dec 2009

Syuh..syuh..
Buang sawang.

Sekarang musim appraisal.
Nak nampak appraisal masak lemak manis ranum,
KPI kena power.
Bila nak power,
Kena kerja lebih.
Kerja lebih-lebih sampai saya rasa muka macam tikus mondok.
Masam mencuka merunsingkan jiwa sendiri.

Untuk layan kepala yang tengah serabut,
Saya bukak radio kuat-kuat time tengah drive.
Keluar iklan pasal Mualaf - 24 Dec 2009.

Ini cerita wajib tengok.
Tapi saya tau saya akan menonton keseorangan.
Seperti mana saya melayan sepet, gubra dan Mukhsin.
Talentime je saya dapat tengok together-gether.
Itu pun sebab jalan cerita yang saya agak boleh diterima ramai orang,
Jadi saya tak ragu mengajak orang.

Untuk Mualaf,
Saya takde keyakinan orang-orang yang selalu temankan saya menonton movie,
Akan berminat dengan cerita begini.
Tapi saya berminat.

Muallaf,
Tunggu saya di pawagam.
Beserta pop corn + air coke.

P/S : Avatar pun nampak menarik. Kena buat movie marathon ni. :D

Monday, December 07, 2009

Natrah

Masa kecik saya penah tengok cerita Jasmin 1 dan Jasmin 2.
Seronok menonton walaupun bukanlah paham sangat motif filem tu.
Biasalah,
Budak-budak hingusan.

Bila saya mula membaca Dewan Masyarakat,
Saya suka isu tentang Natrah.
Tapi ada banyak persoalan yang tak terjawab.

Masuk zaman internet,
Saya start guna cik google mencari cerita Natrah pelbagai versi.
Ditambah pulak dengan dakwaan seorang rakan,
Dia adalah cucu saudara Natrah.

Bukanlah saya percaya sangat dia cucu saudara Natrah.
Cuma saya pikir dia memang ada darah penjajah,
Dengan rambut ikal keperang-perangan,
Mata coklat dan kulit tak serupa kulit asia.
Buat saya terkinja-kinja mencari siapakah Natrah.
Dan mencari kaitan antara cerita dia dan cerita Natrah.

Sekarang,
Erma Fatima buat teater cerita Natrah.
Lagilah hati saya meronta nak tengok.
Malangnya,
Takde plak kenkawan saya yang berminat nak tengok teater.

Saya cakap pada Bulan,
"Yang, saya rasa nak tengok Natrah le"

"Haah, ye le sangat. Telepon pun kene bar, ada hati nak tengok Natrah"

Huh,
Memang potong stim betul.

Friday, December 04, 2009

Hidup Memang Macam-Macam

Berjumpa dengan sahabat lama.
Ada banyak benda nak dicerita.
Tapi satu soalan bonus beserta penceritaan sensasi buat saya terkasima.
Adakah saya patut jawab atau berdiam diri itu yang terbaik?

Ceritanya mudah.
Seorang lelaki yang sunyi berjumpa seorang perempuan.
Ada bibit perkenalan melahirkan perasaan dalam pada sang perempuan.
Tapi tidak pada lelaki kerana yang dalam itu sudah terbahagi dua dengan yang teristimewa jauh di mata.

Pertanyaan teman,
"adakah aku patut meneruskan atau jauhkan diri demi menjaga hati sendiri?"

Sang lelaki bilang,
"aku juga ada rasa pada dirimu walaupun hati ini sudah dimiliki. Tapi mungkin jodoh berpihak padamu selagi aku masih belum jadi hak milik mutlak sesiapa."

Nasihat saya,

"Kalau masih mahu berjuang, teruskan berkawan.
Jika dia pilih di sana, kau harus redha.

Jika dia pilih dirimu, mungkin itulah jodohmu.

Tapi yang paling penting hatimu sendiri.

Adakah kamu cukup kuat menahan rasa jika kamu bukan pilihan hatinya?
Jika tidak, jauhkan diri seberapa pantas sebelum rasa makin membara.
Jika dia datang kembali dan tinggalkan di sana dengan seribu alasan yang kamu terima, Bersedialah membuka minda samada dia memang layak untukmu atau ada yang lebih baik menanti yang tidak diketahui siapa.


Cumanya, saya berpegang pada nasihat bonda,

Jika kau bahagia atas derita orang lain,
Nasibmu pasti tiba.
Mintaklah keampunan sesama manusia.
Dan jika derita masih muncul,
Anggaplah itu sebagai ujian untukmu"

---------------------------------------------------------

Hidup,
Macam-macam.
Bila kita dewasa,
Apa yang kita mimpi masa kecil bukan senang nak terlaksana.

Tapi tanpa mimpi,
Impian takkan jadi realiti.
Teruslah bermimpi selagi mau.
Jangan hanyut dek mimpi sudahlah.

Bulan ni bulan mendengar luahan cinta agaknya.
Luahlah selagi mau.
Telinga saya masih sudi mendengar.
Mata saya masih mampu membaca coretan di YM.
;)..

Thursday, November 26, 2009

Balik Kampung Raya Haji

Pagi ni bangun,
Kelam kabut kemas beg nak balik kampung.
Perasaan bangun nak balik kampung ni memang lain macam dibandingkan hari-hari biasa.
Keterujaan melampau.
Rasa-rasa macam nak angkut semua barang kalau balik bawak kereta.
Nasib baik saya masih waras.
Jadi barang-barang yang dibawak adalah barang yang patut-patut sahaja.

Walau sudah tua bangka,
Perasaan balik kampung sama macam zaman sekolah dulu-dulu.
Cuma yang dulu-dulu,
Pikiran belum matang,
Setiap kali balik kampung,
Habis barang 1 locker nak bawak balik.
Padahal cuti 3 hari je.
Itu zaman form 1-2 ar.
Naik form 3 dan ke atas.
Perasaan tetap teruja.
Tapi imej senior kena le jaga.
Takkan nak bawak beg berbondong-bondong macam junior.

Habis-habis tahap cover pun,
Call parent suruh amik beg je.
Saya balik naik bas pekan dengan kenkawan berbekalkan beg sandang yang takde barang dalam beg.
Tu kira dah tahap stylo habis ar.
Semata-mata nak lari dari imej Junior-Bawak-Beg-Banyak.

Bila tiba hari nak balik kampung,
Apa cikgu belajar memang tak boleh masuk otak.

Sama macam sekarang.
Satu kerja pun takleh jalan memikirkan jem di jalan raya,
Tol, Minyak, dan tahap-tahap pemanduan yang hazab di lebuh raya.

Haish,
Memang tak boleh sabar ar.
Tahap lepas lunch tu,
Kira tahap mengira masa je.
Kejap-kejap tengok jam kat pc.
Masa bergerak lambat gila dibandingkan hari-hari biasa.

Tapi,
Sabar..sabar...
Tak lari gunung dikejar.
Sekarang time makan pizza dulu.
Nyum..nyum..

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA

Takat mana pengorbanan kita kepada ibu bapa?

Perkara paling membahagiakan mereka :

- Jenguk mereka selalu.
- Pastikan perkara yang indah-indah untuk pendengaran mereka. Bukan tahap kasik duit dan senyap sunyi tanpa berita.

Saturday, November 21, 2009

Hujan

Musim hujan sudah mengganas.
Saya suka nikmat hujan.
Tidur malam rasa indah.
Tarik selimut rapat-rapat.
Rasa taknak bangun-bangun dah.

Dulu masa sekolah,
Hujan memang di tunggu-tunggu.
Hujan lebat umpama pesta.

Tapak pesta adalah belakang ampaian antara rumah merah dan rumah hijau.

Balik sekolah,
Campak buku atas katil.
Tanggal tudung.
Berlari-lari sambil jerit macam orang gila.

Bukan sekolah dah potong bil air.
Cuma meraikan hujan dengan cara membasahkan baju adalah nikmat tak terhingga.
Biarlah seksi camne pun.
Tapi perasaan bila hujan menghempas muka.
Umpama mendapat duit jatuh segedebuk.

Kalau warden nampak,
Ketua Warden nampak,
Kami akan susup-susup lari masuk bilik air.
Takde bukti.
Takde tindakan.

Orang kata,
Main hujan boleh buat demam.
Tapi alhamdulillah,
Kami segar bugar walaupun buat acara lumba lari dalam hujan.

Herm,
Tiba-tiba saya rindu zaman sekolah.

Nikmat sekolah asrama semua perempuan bukan semua boleh rasakan.
Bebas buat apa saja.
Takde nak rasa malu-malu.
Fuh, rindu betul.

Friday, November 20, 2009

Kosong

Bila hujan,
Hati mahu melankolik.
Jiwa jadi sentimental.
Bau tanah nyaman harum.

Bila sedih,
Makan sepuas hati.
Tidur macam orang mati.
Hujan turun dari hati.

Bila hujan,
Bila sedih,
Jiwa sepi.
Hati lara.
Pilu dada.

Bukak buku.
Pandang tembus.
Hembus nafas.
Biar rasa itu berlalu.
Yang tinggal hanya bahagia.
Tuhan,
Biar ia tetap di hati.

Terima keputusan 5A UPSR depan jenazah ibu

Rase sebak baca artikel ni.
Kalau kita susah,
Masih ada orang yang lebih susah.

Tidak seperti murid Tahun Enam lain yang kegirangan ketika menerima keputusan cemerlang 5A Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Siti Amynur Ain Putri Rosdy kesedihan menerima keputusan itu di hadapan jenazah ibunya.

Apabila keputusan UPSR diumumkan di pejabat Sekolah Kebangsaan Taman Dusun Nyior, Seremban semalam, Siti Amynur Ain Putri berada di surau rumah rakyat Taman Dusun Nyior untuk membantu kaum keluarga yang lain menguruskan jenazah ibunya, Rusmah Abdullah, 47, yang meninggal dunia akibat tekanan darah rendah pada tengah malam Rabu selepas terlantar di wad hospital selama dua minggu.

Berderai air mata Siti Amynur Ain Putri dan kaum keluarga yang lain apabila guru besar sekolah itu, Noreha Adam menyampaikan keputusan ke tangan pelajar itu sendiri di hadapan tubuh kaku ibunya beberapa minit sebelum solat jenazah dimulakan pada pukul 11.30 pagi semalam.

"Saya sedih sangat, ibu tidak dapat melihat keputusan ini. Ibu selalu berpesan semasa hidup bahawa saya ini harapan dia, ayah pula sudah meninggal dunia empat tahun lalu," kata Siti Amynur Ain Putri dengan linangan air mata kepada Bernama.

Pelajar itu kini hidup yatim piatu bersama abangnya yang berusia 14 tahun.

Selepas ayahnya meninggal dunia akibat sakit tibi, ibu Siti Amynur Ain Putri bekerja sebagai pencuci di sebuah hotel bajet rendah di Seremban dengan pendapatan RM500 sebulan.

April lepas, ibunya terpaksa berhenti kerja apabila pelajar itu mengalami kemalangan sehingga patah kaki dan keluarga itu terpaksa hidup dengan bantuan kewangan RM400 sebulan.

Setiap hari selepas berhenti kerja, ibunya akan berjalan kaki sejauh satu kilometer untuk menghantar nasi bungkus kepada Siti Amynur Ain Putri kerana pelajar itu tidak balik rumah untuk menunggu kelas bimbingan UPSR.

Guru besar Sekolah Kebangsaan Taman Dusun Nyior, yang terkejut ketika dimaklumkan ibu Siti Amynur Ain Putri meninggal dunia, berkata: "Siti merupakan ketua murid di sekolah kami. Kami tahu dia akan mendapat keputusan cemerlang.

Pagi-pagi saya sudah ke Pejabat Pelajaran Daerah untuk mengambil keputusan (UPSR) seawal mungkin.

"Saya nekad untuk mendapat keputusan cepat dan sampaikan sendiri ke tangan Siti sebelum jenazah ibunya di kebumikan di tanah perkuburan Makam Tuan Haji Said," katanya.

Beliau dengan ditemani seorang guru hampir sahaja terlewat dan Noreha tidak putus-putus berdoa supaya Siti Amynur Ain Putri menerima berita baik di sebalik ujian berat yang menimpa pelajar itu.

Ketika menyampaikan keputusan itu ke tangan murid Tahun 6 itu, Noreha berkata suasana sangat hiba dan puluhan orang termasuk ahli surau terdiam tetapi beliau mengumpul semangat untuk memberitahu kepada murid itu: "Ibu tentu tahu Siti mendapat keputusan cemerlang".

Noreha, yang berpengalaman dalam bidang perguruan selama 24 tahun, kini berusaha untuk membantu Siti Amynur Ain Putri mendapat tempat di sekolah berasrama penuh.

"Siti ini tabah orangnya, kami tidak tahu pun ibunya dimasukkan ke wad selama dua minggu sebelum meninggal dunia. Semasa Siti patah kaki pada April lepas, dia mendapat cuti sakit selama dua bulan tetapi masuk bulan kedua, dia berazam untuk datang ke sekolah," katanya.

Katanya Siti Amynur Ain Putri mahu mengubah kemiskinan keluarganya dan bercita-cita menjadi seorang pensyarah. - Bernama

Wednesday, November 18, 2009

Jangan Tanya Soalan Begini

Saya belum habis training.
Tapi sekarang dah rasa seronok.
Bukannya seronok belajar,
Tapi seronok sebab pergi training lambat,
Balik awal.
Bahagia hidup.

Hari ni pergi makan together-gether dengan classmate nan seorang.
Saya bajet nak makan melayu.
Memandangkan saya takut selera dia terbantut nak makan masakan melayu,
Saya suruh dia cari tempat lain.
Saya memang tak kisah kalau nak makan sensorang.
Memandangkan prinsip,
Dalam kubur pun sensorang gak.

Tapi dia taknak.
Dia nak gak ikut mana saya nak makan.
Cari punya cari.
Dengan kelajuan dia berjalan,
Terkedek-kedek saya nak kejar.
Maklumlah dengan kaki yang pendek dan berat yang berlebihan,
Memang susah nak wat langkahan bergaya.

Akhirnya dia sedar dia terlalu cepat melangkah.
Itupun selepas dia toleh ke belakang,
Saya selalu berjarak 10 Meter.

"I jalan sangat laju ya?"
"Hahaha..haah"

Kami banyak bersembang tentang kerja.
Training.
Exercise.

Tapi saya sedikit terganggu bila dia bertanya,

"You rasa rambut I panjang tak? I nak kena potong rambut ke?"

Saya hanya memberi pendapat tentang baju, rambut dan segala-gala yang berkaitan personal hanya untuk si Bulan dan ahli keluarga saya.

Bila seseorang yang luar dari persekitaran saya bertanya soalan sedemikian,
Saya terganggu kerana saya perlu memandang dia secara detail untuk memastikan komen saya mengikut kehendak soalan.
Sejujur-jujurnya saya kurang peka dengan seseorang di luar persekitaran saya.
Saya hanya bersembang tanpa tengok rambutnya camne,
Baju warna apa,
Mata warna apa.
Gigi bersih tak.

Naiknya soalan begitu buat saya tercari-cari di mana paras rambutnya.
Dan saya berikan jawapan yang taktau dia puas ati ke tak.

"Ntah, I tengok okies je"

Dia diam.

Dan saya rasa dia menyesal tanya soalan pada orang yang tak berminat nak menjawab.
:D..

Selepas itu,
Saya terus surfing internet tanpa mempedulikan dia yang membebel sensorang.
Sebab saya sudah terganggu.
Bukan mood berubah.
Cuma perasaan terganggu.
Sebab komen berkaitan rambut saya hanya simpan pada Si Bulan.

Jadi lelaki di luar sana,
Simpan sajalah soalan kalau cuba-cuba nak bertanya paras manakah rambut,
Baju apakah yang sesuai.
Saya akan buat muka tak endah dan terus malas nak bersembang.

Tiba-tiba rasa diri ini sangat sensitif.
Gasaklah..

Monday, November 16, 2009

Orang Sangap Memang Cenggini

Saya update entry dari bilik training.
Ala-ala sangap sebab 2 orang je student.
Tak dapat nak cuci mata bebanyak.
Huhuhu.. :((

Tapi,
Sib baik dak laki ni best.
Walaupun cina tapi friendly n boleh cakap melayu dengan fasih.
Adakah saya ditakdirkan ada connection dengan lelaki cina yang hensembaik?
:D..

Kami makan bersama-sama.
Sangat gentleman.
Dan dia berasal dari negeri Melaka.
Mak saya orang Melaka.
Di situ saja sudah ada connection.
:) *senyum gatal*

Ini entry merapu.
Entry takde motif.
Cuma lepaskan kesangapan selepas makan tengahari.

Untuk seseorang yang jauh di mata,
Tapi dekat di hati,
Jangan le risau saya gi lunch dgn laki cina.
Camne gentleman pun lelaki tu.
Awak tetap yang terbaik.
Hihihi...
*ayat bodek beli jiwa*

Oh,
Cikgu dah masuk.
Kena publish entry cecepat.
Sambil bertentang mata dengan dak laki di depan mata.
Bahagianya.
*Ini ayat memujuk sebab ngantok tahap gaban*

Cepatlah kelas abih.
Tak tahan nak balik opis cepat.
Huhuhu..

Friday, November 13, 2009

Kehilangan

Bila baca blog sahabat tentang kehilangan anak di dalam kandungan,
Hati ini tersentuh.
Walaupun belum pernah merasa apa itu zuriat sendiri,
Tapi kepedihan itu boleh dikongsi bersama,
Kerana wordnya adalah kehilangan.

Baru saya sedar saya sudah kehilangan,
Dua blog yang dulunya adalah bahan bacaan rutin setiap hari.

Tidak kenal tuan blog.
Tidak pernah meninggalkan jejak.
Tapi sayalah silent reader yang terunggul.

Cerita mereka berbeza.

Blog yang pertama tempat berkongsi perasaan sedih.
Blog yang ke dua adalah motivasi buat saya.

Blog yang pertama memang sudah lama saya abaikan.
Saya tidak mahu hidup dalam kesedihan.
Terlalu banyak perkara yang boleh dilakukan,
Dari bersedih meratapi masa silam.

Blog yang ke dua adalah inspirasi.

Bila saya sedih,
Saya ingat cerita tuan blog,
Saya cepat-cepat sedar,
Ada orang lebih bersedih dari kita.
Bila saya susah,
Baca blog ke dua,
Ada orang sudah rasa kesusahan yang kita sendiri tak tertanggung.

Dek kerana word kehilangan,
Saya jejak kembali blog pertama.
Masih utuh walaupun semakin jarang mengupdate entry.
Dia adalah otai blogger,
Berblog dari tahun 2000.

Saya jejak blog ke -2.
Sudah tiada rumah.
Yang ada hanya tapak.
Ini memang kehilangan.
Saya sudah kehilangan jejak,
Kerana kealpaan saya melakukan rutin harian.

Tapi entrynya sentiasa dalam ingatan.

Bila kita kehilangan kekasih,
Ada orang sudah kehilangan keluarga.
Bila kita kehilangan kucing,
Ada orang sudah kehilangan anak sendiri.

Dan tragiknya kehidupan,
Koma kerana kemalangan,
Sedar-sedar,
Sudah kehilangan orang tersayang.
Yang tak mungkin kembali buat selamanya.

Dan tuan blog itu,
Boleh bangkit walaupun kepayahan.
Ini yang amat saya banggakan.

Saya berdoa,
Saya tidak dilanda musibah yang saya sendiri tak tertanggung.
Dan bila Tuhan turunkan juga ujian,
Biarlah saya menjadi orang tabah yang sentiasa redha dengan qada' dan qadar.
Sepertimana tuan blog ke -2.

Tapi,
Kehilangan itu memang menyakitkan.

Thursday, November 12, 2009

Genting Edisi Gambar 1

Genting Edisi Gambar.

Takde le banyak sangat sebab amik dari kamera enset "orang" tu.
Tapi sebab gambar gue yang banyak,
Tetap nak letak sini.
Saya kan gila bergambar.
Hakhakhak..



Excited nak masuk dalam perut dinosour,
Last-last hujan lebat.
Tak tengok perut Dinosour.


Tempat yang sama gak.
Tapi dengan orang yang lain plak... :D


Ahli-ahli yang ikut serta.


Orang gumuk yang perasan dah kurus. Hakhakhak..


Adakah saya pun dah gumuk gak? :((


Mr Bear Yang Tertinggal kat Bilik 4D. Sian dia sejuk.


Supermodel yang tak cukup tinggi. Ahakz..*Ikut slang Liana Jasmay sebut ahakz dalam lagu C.I.N.T.A*


Bajet macam cool walaupun kat tempat atas. Lepas tu angin tiup kuat terus duduk leklok kat kerusi.


Silalah kongsi Grilled Chicken ni. Sedap...


Cukup-cukuplah bergambar. Makan lagi best tau.

Monday, November 09, 2009

Apa itu nikmat berblog?

Kadang-kadang saya rasa,
Bila terlampau asyik dengan dunia maya,
Kita jadi susah nak beza antara maya dan realiti.

Kita rasa,
Buat blog itu satu perkara yang vogue.
Tapi kita malas nak menulis.
Jadi kita copy paste je.
Dengan harapan ramai orang akan baca dan tinggalkan jejak di blog kita.
Kita jadi bangga.
Hidung kembang kempis.
Tapi pembaca kita tak nampak pun proses idung kita.
Asal boleh kembang pun kita happy.

Kita semakin giat mengupdate entry.
Tapi bukanlah entry pengalaman sendiri.
Cerpen sendiri,
Atau novel sendiri.

Cuma kita semakin over jadi copy master.
Asal dapat email je,
Kita paste kat blog.
Lalu je blog orang lain,
Ayat menarik,
Kita sapu letak kat blog kita buat macam reta sendiri.

Ini yang namanya,
Biar Papa Asal Bergaya.
Biar miskin idea, tapi kaya dengan plagiat.

Bukanlah tak boleh copy paste dari email letak kat blog.
Tapi kalau berhari-hari,
Berminggu-minggu,
Bertahun-tahun,
Semuanya entry copy paste.
Apa itu nikmat berblog?

Budak kecik umur 6 tahun pun boleh buat.

Tapi manusia,
Memang banyak ragamnya.
Cakap banyak,
Membebel banyak.
Blog aku, Sukati aku le kan..

Yang pasti,
Nikmat berblog macam dulu-dulu,
Dah makin tipis hari demi hari.

Friday, November 06, 2009

Pisau Cukur

Malam tadi tengok pisau cukur.
Dapat pisau cukur seketul.
Kalau tengok cerita pasal kereta sport,
Agak-agak leh dapat tak kereta.

Memula cerita,
Agak buhsan.
Pelakon nampak kelam kabut.
Walaupun saya suka Fadzura. *Hikss..*

Masuk lama-lama,
Terus jadi seronok.
Ini memang cerita hiburan.
Tapi bukan hiburan bodoh yang suka buat dialog bangsawan panjang berjela.

Saya suka dialog,
Oh my Diorr, Oh my Gucci, Ohh Louis Vuitton, Oh my Prada.
Memang nampak pisau cukur high class.
Nasib baik tak terkeluar, Oh Avon.
Jatuh terus standard.

Lagi saya suka,
Karakter Fakir.
Muka selamba, ayat laser.
Ala-ala lelaki laser yang suka buat ayat takde perasaan.

Senang cerita,
Saya terhibur dengan cerita begini.
Walaupun jalan cerita simple.

Oh, saya lupa nak sebut satu lagi director yang saya suka kat Malaysia ni,
Bernard Chauly.

Saya suka gol n gincu.
Good Bye Boys.
Dan terbaru,
Pisau cukur.

Sebab Bernard Chauly ni buat saya rasa saya masih muda remaja dengan mainan warna yang funky-funky.
Hahaha..

Thursday, November 05, 2009

Genting Highlands - 7/11/2009

Lokasi : Genting Highland
Tarikh : 7-11-2009
Ahli : 4 orang ( 3 perempuan 1 laki-*merangkap bodyguard untuk pompuan-pompuan ayu*)


Dah pernah pergi genting.
Tapi kali ni excited lain macam.
Maybe sebab dah lama tak berfoya-foya bersama teman seuniversiti + bakal teman serumah (InsyaAllah).

Dulu-dulu pun pernah pegi bersama teman seuniversiti.
Tapi dulu-dulu tu :

Zaman pakai selipar oren nike besar 3 inci dari kaki.
Tudung lipat asal okies. ( Sekarang pun sama)
Baju besar jarak 8 inci. (Ala-ala hip hop).

Masa tu,
Semangat nak main semua games memang membuak tinggi.
Ala-ala,
"Ketakutan menjana semangat".

Sekarang,
Nak men games pun kena pilih-pilih.
Adakah keberanian yang dulu tu ada lagi.
Ke dah tertinggal dek masa.

Kalau ada yang terbaca atau membaca entry ni.
Gi genting pada tarikh ni,
Terjumpa saya di sana,
Silalah bertegur sapa.
Saya tak senyum kalau orang tak senyum.
Kalau tak tegur,
Memang confirm saya tak menegur.
Hiks..

Tapi,
Kalau jumpa saya di genting,
Pada tarikh yang lain,
Confirm itu bukan saya.
Mungkin salah seorang dari 6 yang seiras saya.

p/s :
Katanya dalam dunia ni , ada 7 muka serupa. Tapi kalau jumpa orang tak kenal, mesti ada ayat,

"Erm..macam pernah tengok le muka ni, tapi kata mana ye?"

Dan saya jawab,
"Muka saya memang muka potostet. Kat memana je orang cakap muka penah tengok tapi tak ingat kat mana." *ayat penambahan dalam hati* "Tapi tolong jangan cakap muka saya ada di balai polis.".

Sunday, November 01, 2009

PMS = Sensitif Tak Bertempat

"awk pegi mana?"
"ade le..jalan-jalan kat ipoh"
"awak pergi mana?"
"Ada le..jalan-jalan kat ipoh"
Di susuli suara-suara tahan gelak.

"Okies le..bye"

"Kenapa tak angkat telepon?"
"Saya tak dengar"
"Saya nak kuar ni."
"Ok, bye"

"Kenapa awak ni?"
"takde pe"
"Apa yang awak tak puas hati ni, dari semalam lagi"
"Ntah"
"Cakap laa"
"Awak tu, sesekali, awak le plan plak kita nak jumpa kat mana, asyik saya je"
"Erk, kan awak manyak hal. Saya takde problem. Kan selalu pun awak yang plan"
"Taknak, asyik saya je. Saya je yang terhegeh-hegeh. Saya je yang beriya nak jumpa"
"Erk, apa kena awak ni. Tak pernah lak saya pikir camtu."
"Yer le, dah selalu sangat. Saya nak rasa awak plak plan"

Orang sana kira-kira masa.

"Saya tau dah kenapa."
"Kenapa apa?"
"Awak PMS kan?Musim saya nak kena marah. Tetiap bulan mesti ada sehari nak jadi camni"
"Eh, ye ke. Mana de..manade.."
"Abih, Awak marah pe?"
"Erm..marah?Haa..sapa suh awak taknak cakap awak pergi mana semalam?"
"Eh, selalu awak okies je saya memain camtu. Saya potong rambut. Nak surprisekan awak."
"Ohhhhhh.."
*suara dah kendur tahan malu*
"Awak ni memang. Bila dah dekat datang bulan mengambang, mula le start nak marah tanpa sebab..bla..bla..bla"
"Awak, saya nak gie makan ni. Sume orang dah tunggu. Nanti awak sambung membebel time kita jumpa ek"
"Tengok, tengok. Dah malu tu, mula le nak lari."
"eheheh..okies babaiii..."

Episod kedai mamak.

"Tu le sebab saya tak suka plan. Bila saya plan, awak yang lambat"
"Ala, bukannya lambat mana pun"
"Tak lambat mana??Saya dah siap dari pukul 3 tau. Pukul 6.30 baru awak datang"
"Nak wat camne, saya takleh nak redah banjir"
"Alasann..."

Dulu saya rasa saya takde sindrom ni.
Sekarang pun takde.
Tapi orang yang rapat dengan saya sudah menyedari saya ada sindrom ini.
Berdasarkan tahap sensitif dan pemikiran yang tak stabil.
Agaknya,
Makin tua,
Kita makin sensitif.
Nak-nak bila bulan hampir mengambang.

Friday, October 30, 2009

Aura Industan

Masa zaman bebudak,
Saya Hard core Industan.
Tanya je sape nama hero-heroin yang glemer,
Semua saya tau.

Tapi citer industan ni ada sikit masalah.
Masalah emosi yang boleh buat orang ketawakan saya,

Menangis sebab tengok citer industan,
Memang satu tuduhan berat yang memang betul tapi tak tertanggung oleh saya.
Jatuh label jiwang kalau nangis tengok citer industan ni walaupun hakikatnya benar.

Perlahan-lahan saya lupakan citer industan.
Dek kerana menjaga imej macho.
Saya pandang ke Jepun dan Korea.
Tapi memandangkan cerita Jepun kebanyakkannya slow,
Saya lebih layan tengok citer korea.

Mula dengan Autumn In My Heart.
Yang ni memang meruntun jiwa.
Tengok sensorang sampai bengkak mata.
Bila nak keluar bilik,
Amik tuala tutup dengan muka terus pegi toilet untuk mengelakkan kesengsaraan saya menonton Autumn in My Heart digelakkan keluarga.

Lama-lama,
Saya jadi penat nak cover menangis kalau tengok citer korea syahdu-syahdu ni.
Lalu saya haramkan tengok citer yang sedih.
Saya hanya tengok citer yang happy-happy je.
Ada part-part sedih tu,
Tetap gak menangih tapi dapat cover bila part lawak.
Tapi mata tetap bengkak macam tidor satu hari semalaman.

Sekarang-sekarang ni,
Aura industan kembali meresap dalam jiwa.
Nak-nak kat channel B4U citer industan dia jenis yang baru-baru dan segar-segar.

Abaikan tarian dan nyanyian di dalam filem industan.
Abaikan gaduh-gaduh yang hero boleh melompat macam ultraman.
Abaikan hero kena tembak berpuluh-puluh tak kena kat badan tapi orang jahat yang jadi pelakon extra sekali tembah dah kiok.

Yang tengok,
Emosi dalam cerita industan.
Especially citer tentang family.
Memang meresap ke dalam jiwa.

Kerana itu,
Saya suka tengok cerita industan yang berplotkan kekeluargaan macam Kabhi Kushi Kabhi Ghum, Kush Kush Hota Hai, Paradise, Yardeen dan lain-lain.

Tapi untuk tengok online,
Saya tetap setia dengan Cerita Korea.
Sebab Hero dan Heroin,
Kalau miskin,
Memang nampak comot-cimit miskin.
Kalau kaya memang nampak kaya.
Kalau orang sederhana,
Nampak golongan sederhana itu.

Majulah Cerita Korea untuk kesejahteraan sejagat.

p/s : Saya masih pegang MyKad walaupun saya hanya tengok online citer Nur Kasih, citer arahan Khabir Batia, Yasmin Ahmad dan Afdlin Shauki. :D..
Tiada isu tidak patriotik.

Friday, October 23, 2009

Ensetku Merajuk..

Minggu-minggu yang lepas,
Demi menghabiskan masa di hujung minggu,
Saya bersama teman berjalan-jalan di Mines.
Bajet nak survey enset untuk suka-suka.
Dek kerana teruja Si Bulan membeli enset baru.
Pergh, eksen gilerk dia.

Jalan dari satu kedai ke satu kedai.
Ramah-tamah buat-buat tanya enset idaman hati.
Ada satu kedai offer dengan harga yang agak murah beserta trade-in yang tinggi.
Nasib baik saya tak keluarkan duit masa tu.
Pikiran dah kacau bilau nak tukar ke tak.
Akhirnya,
Muktamad,
Saya setia dengan enset yang lama.
Kawan di sebelah yang membeli enset baru.
Untuk kegunaan 2 nombor berlainan.

Balik Ipoh,
Saya excited nak tunjuk kat Bulan enset idaman hati.
Walaupun tak beli,
Tapi tetap nak bangga,
Sony yang terbaik.
Sebab Bulan gila dengan Motorola.

Dan untuk hari-hari terkini.
Mungkin enset merajuk.
Sebab saya ada bunyi-bunyi nak tukar pada yang baru.

Enset saya semakin sukar untuk di cas.
Ada bunyi-bunyi bising kalau pakai ear phone untuk dengar lagu.
Cuba-cuba pujuk enset.

"Eh, kita tak beli enset baru ar. Kita saje je acah-acah nak beli. Kita sayang awak le."

*Nada manja tak ingat. Kalau Bulan dengar sure dia muntah darah.*

Tapi pujukan tak mendatangkan hasil.
Aduh,
Takkan nak beli enset baru kot.
*Mata bersinar-sinar*

Eh, tapi operasi jenjalan 7/11 ni.
*Mata kuncop ke bawah*

Akhirnya saya biarkan saja.
Kalau enset tak tercas,
Saya cucuk-cucuk biar normal kembali.
Tak sabar nak pergi repair.
Huhuhu...

Sabar ye enset,
Nanti saya bawak awak jumpa doktor.
*Mintak-mintak dr ensem.*
Aminnn... :D

Thursday, October 22, 2009

Setiap Hari Adalah Proses Pembelajaran

Saya sekarang cuba bertenang sambil membuat kerja.
Tenangkan minda.
Dan buat ikut kemampuan.

Ada masa buntu,
Saya surfing internet.

Tapi setiap ketenangan pasti ada ujian.
Terutama dengan seorang user yang kerap menguji kesabaran.
Setiap hari,
Saya akan dapat panggilan dari beliau paling kurang 4.
Suaranya tidak akan kedengaran bila beliau cuti.
Memang saya nantikan sangat saat itu.
Fuh..

Untuk meredakan hati,
Saya positif menyatakan dia rindukan suaraku yang lemak semerdu.
Tiap-tiap hari bertanya benda yang sama.
Dia risau tak dapat mendengar suara saya.

Application slow sikit,
Dia akan bergegas mengadu pada saya.
Ala-ala manja gitu walaupun beza umur ketara.

Kalau saya dilanda ribut kerja.
Suara akan tertinggi sikit.
Tapi saya kagum dia tak pernah ambik hati.
Besoknya,
Dia akan telepon seperti biasa seolah-olah tiada perasaan.

Lama-lama saya jadi biasa.
Tapi perasaan berat hati bila dengar suaranya makin ketara.
Hati..
Sabar,sabar.
Anggap je setiap hari adalah proses belajar.

Wednesday, October 21, 2009

Mukjizat Cinta

malam ini ku sendiri
tak ada yang menemani
seperti malam-malam
yang sudah-sudah
hati ini selalu sepi
tak ada yang menghiasi
seperti cinta ini
yang selalu pupus

reff:
tuhan kirimkanlah aku
kekasih yang baik hati
yang mencintai aku
apa adanya

mawar ini semakin layu
tak ada yang memiliki
seperti aku ini
semakin pupus



Blog itu Terapiku

Lately,
Saya buat-buat macam takde kerja.
Saya kembali kepada dunia blog walaupun tak sepenuhnya.
Saya jadikan blog sebagai terapi semasa atau selepas balik kerja.
Fuh,
Menjadik.

Tapi semakin menjadik-jadik bila saya mula gunakan forum juga sebagai terapi.
Saya loading data,
Saya baca isu semasa.
Saya buat satu frasa coding,
Saya baca review pasal PAPADOM.
Saya buat query untuk report,
Saya klik-klik lagenda dan mitos.

Sudahnya,
Kerja patut boleh siap sehari,
Jadi 2 hari.
Saya pikir ini tak boleh jadi.
Kang boss saya cakap,

"Takpele..baca le forum sepenuh hari, tapi sebelum tu bagi surat berenti"

Maka esok,
Saya menetapkan.
Saya harus siapkan 1 lagi peningkatan pada sistem,
Tunjuk pada boss dan mula transfer application pada user.

Ini semangat tersemat di malam hari.
Saya paku pada dinding hati.
Jangan kasik lubang esok hari.
Kalau dapatlah.
InsyaAllah..
Kalau tak,
Herm..Herm..
Harus pikir bagaimana saya tidak ketagih pada bahan bacaan forum.
Orang lain ketagih 'FB'.
Saya ketagih forum.
Memang nak kena sekeh.

Peminat Bola Sejati

Anak sedara memang peminat Games Sejati.
PS2.
PSP.
PC Games.

Kalau pergi mana-mana.
PSP mesti ada kat tangan.
Hasil dari permainan yang jitu,
Mengakibatkan dia mengenali apa itu MU, Liverpool, Chelsea.
Dan dia baru berumur 6 tahun.

Di malam hari,
Dalam kereta Viva,
OTW pergi kedai makan.

Anak Sedara : Maksyu, maksyu sokong apa?

Saya : Sokong apa?

Anak Sedara : Maksyu sokong Liverpool ke..Chelsea ke..Arsenal ke..

Saya : Maksyu sokong Argentina.

Anak sedara terkebil-kebil dengan jawapan spontan saya.

Anak sedara : Argentina tu kelab ke negara?

Saya :Negara.

Anak sedara : Mana boleh. Negara power. Kene pilih kelab. Maksyu amik kelab Arsenal. Powerrr....

Saya : Taknak ah. Maksyu nak Barcelona.

Anak sedara : Tak best. Semalam Chelsea lawan Aston villa *saya agak-agak cenggini dia cakap*, Aston villa menang. Aston Villa power.

Saya : Taknak. Maksyu nak Barcelona gak.

Anak sedara : Haa..maksyu amik Liverpool. Power gak.

Saya : Taknak le. Nape Akmal sokong Liverpool? Dulukan Man U?

Anak sedara : Man U pun best. Tapi nak sokong Liverpool plak.

Saya : Sape player Liverpool?

Anak sedara : Akmal.

Huh, saya terkasima.
Hebatnya penangan bola.
Tapi saya masih pelik,
Kenapa laki sejati sangat gila dengan bola.
Kenapa bukan bola tampar atau bola jaring.

Apa yang best dengan bola?
Saya cuma tengok bola kalau yang main kat tv,
Malaysia lawan negara lain atau Perak lawan negeri lain.
Tu pun terpaksa sebab TV sudah dikonker oleh peminat bola.

Kalau rumah kamu kekurangan lelaki sejati,
Mungkin situasi itu tidak terjadi.
Maka beruntunglah kalau kamu dikelilingi dengan kaum Hawa semata-mata.
Leh layan cerekarama atau drama-drama melayu sampai mati.

Tuesday, October 20, 2009

Muar - Melaka.

17/10 - 18/10.

Rombongan pergi ke Muar.
Bukanlah ramai sangat pun.
Takat 3 orang selaku ahli tetap berjalan-jalan.

Disebabkan salah seorang rakan Ana berkahwin di Muar pada hari itu,
Maka saya dan Cila jadi peneman setia di samping jalan-jalan keluar uwang.
Destinasi pertama,
Rumah Pengantin Pompuan.


Amik berkat tangkap gambar dengan pengantin. Hiks..


Amik kesempatan hempuk katil pengantin.


Tangkap gambar sebelah "berkat" - Kata orang Jawa.
Saya panggil, door gift. ahakzz..

Destinasi seterusnya,
Air Terjun Gunung Ledang.

Tiada gambar.
Sebab baju terangkat masa menyelam mengakibatkan mood bermandi-manda terus tenggelam.
Melepak kat sana sampai pukul 7 petang.

Sumpah,
Inilah pertama kali saya pergi tempat perkelahan pada pukul 6 petang sehingga 7 petang.
Tapi lepas tu kena bebel dengan seseorang yang tidak dapat mengontek saya seharian.
Hiks..

Alang-alang sampai Sagil,
Terus pergi Tangkak.
Orang kata femes dengan kain.
Memang banyak kain pun.
Tapi yang saya beli sepasang je.
Itupun sebab dua orang lagi dah beli-belah,
Saya cuma jadi promoter.
Mengakibatkan kebolehan saya itu dicemburui kerana tidak perlu mengeluarkan uwang walau sesesen dua.

Sudah malam hari,
Pergi karaoke.
Aktiviti berpadu suara di jalankan sehingga lewat malam.
Kalaulah ada orang syarikat rakaman dengar,
Confirm terus black list nama.

Besoknya,
Operasi sekitar Melaka.
Walaupun saya ada darah Melaka,
Tapi untuk pergi sekitar bandar Melaka memang jenjarang sekali.
Nak-nak orang kata Melaka dah maju sekarang.

Memang maju sangat sampai saya tak nampak mana kota A'Famosa.
Mahkota parade dan China Town.
Pusing 2-3 kali baru nampak Menara Taming Sari yang baru saya tau kewujudannya.
*kes terlepas pandang nak baca bahagian pelancongan kat Forum*.


Dalam menara Taming Sari.


Depan Muzium Kapal. Memang idaman nak masuk dalam ni bila balik Melaka.Akhirnya..


Dalam Muzium Kapal.

Saya rasa kalau orang-suka-documentary-astro (Read : Si Bulan) ikut,
confirm aktiviti muzium taklah membuhsankan.
Saya akan ada pegawai penerangan di sebelah yang bercerita tentang gambar dan peristiwa.


Saya tangkap gambar ni dengan harapan Ketua Menteri Melaka sudi menjadikan saya Duta Menara Taming Sari. Huhuhu..

Aktiviti berjalan akan di teruskan pada 7/11. InsyaAllah.
Sebelum masing-masing memegang komitmen isteri pada seorang suami.
:D..

Monday, October 19, 2009

Mari Berdiskusi Operasi Jenjalan Di Hujung Minggu

Sindrom "Isnin Membosankan" memang dah agak sebati sejak saya menjadi salah seorang yang ada akaun kwsp.
Mungkin ini namanya permainan minda.
Jadi saya cuba untuk melupakan hari-hari setiap hari.
Tapi bila masuk hari Isnin yang saya lupa Isnin adalah hari Isnin,
Sindrom malas nak buat kerja jelas kelihatan.

Simtom-simptom "Isnin Membosankan"

1) Saya asik bukak imo dot im.
2) Saya kerap call Bulan semata-mata nak tanya, "Awak kat mana ni?" walaupun dia dah bagitau banyak kali dia kat bengkel kete.
3) Info-info pasal artis penuh dalam kepala otakku yang padat ni.
4) Saya update blog!!

Saya cuba cari petua guna pakcik google.
Cara menghilangkan penyakit "Isnin Membosankan"

1) Bukak google.
2) Taip "Petua hilangkan Monday Blues"
3) Buhsan ah, klik google maps.
4) Cari Direction dari genting ke janda baik dan dari genting ke ulu yam.
5) Genting -> janda baik = 34 km , Genting -> ulu yam = 24 km.
6) Tak jauh beza. Check dengan member-member, janda baik ni best tak.
7) Mula berchatting dengan cila discuss aktiviti 7hb November.

Akhirnya kesedaran mencari petua hilangkan "Isnin Membuhsankan" digantikan dengan,

"Mari berdiskusi operasi jenjalan di hujung minggu"

Friday, October 16, 2009

PAPADOM - Bila aura Mansor Puteh Meresap dalam Jiwa

Patutnya aku tak review pasal PAPADOM.
Sebab aku cakap kalau citernya 'ala-ala',
Aku senyap dan tukar topik.
Tapi sebab aura Mansor Puteh dah menyerap dalam jiwa.
Perasaan nak kritik tu membuak-buak,
Walaupun aku takde buat dokumentari filem pasal Tunku Abdul Rahman.

Kata ganti diri pun dah tukar jadi 'aku'.
Nama pun amik aura kan.
Cumanya rambut aku masih tersisir rapi,
Di seliputi tudung bawal warna kelabu.

Siapa Mansor Puteh?
Guna ar cik google kalau nak tau.

WATAK YANG AKU SUKA DALAM PAPADOM?

1) Que Haidar
2) Afdlin Shauki
3) Nor Khiriah
4) Harun Salim Bachik
5) Yvonne ape ntah. *xtau nama*

PART-PART YANG TAK MASUK AKAL

1) Nak tido, khiriah pakai make-up. Helo, tak takut jerawat ke?
2) Kena buang universiti sebab kes yang memang tak patut nak kena buang.
3) Keputusan senat yang membenarkan Miasara belajar di Universiti kembali.
- Adik Manja, citer tahun 80-an,
time diorang discuss nak buang student pun still ada meeting dengan baper orang panel.
Ada keputusan sejagat.
Walaupun tahap sekolah tinggi je pun.
-Ini universiti. Gila ah kat tempat presentation, takat bincang dengan sorang lecturer, dah boleh setuju terima pelajar balik. Memalukan sistem universiti je.
*Ini memang part yang aku tak boleh nak terima lansung*

ADEGAN YANG AKU DAH BIASA TENGOK

1) Hujan turun gila lebat time ada pergaduhan orang-orang tersayang.
2) Ada adegan tarik rambut berebut jantan nan sebatang.
3) Dialog meleret-leret. *Ini patut bukan citer afdlin, tapi mungkin sebab pelakon yang ada pernah berlakon arahan pengarah dialog meleret. Kes terikut ar ni*
4) Ntah aku dah lupa adegan yang dah biasa aku tengok.

Senang citer,
Kalau aku rasa citer tu best,
Aku rasa puas gila.
Memang rasa nak tengok balik.
Tapi PAPADOM,
Herm..
Nak tengok balik?
Ada orang nak kasik tiket free tak?

Bila aku layan PAPADOM,
Jiwa aku meronta-ronta.
Kenapa cenggini,
Kenapa cenggitu.
Kenapa boleh kalahkan Talentime kalau cenggini ar citernya.

Bila aku layan PAPADOM,
Aku nampak half part,
Ini cerita Afdlin.
Lagi setengahnya,
Ini prof razak punya cerita ke?

Ini pendapat aku.
Korang tengok,
Korang nilai ah sendiri.
Lain orang lain citarasa.
Tepuk dada tanya selera.

Aku mula rindu karya Yasmin.
Aku mula suka Khabir Bhatia.
Aku tetap support Afdlin Shauki.
Aku takkan miss dah karya Mamat Khalid.

Thursday, October 15, 2009

Kalau Dapat Pakwe atau Tunang Sejati

Fuh, update blog lagi.
Hari ni nak buat marathon.
Sempena jiwa berkobar-kobar nak jadi blogger tegar balik.
*mintak-mintak bukan hangat-hangat taik kambing*

Bila saya check sape yang lalu-lalang di sini.
Banyak key word yang tersesat,
Semuanya menjurus ke arah tips-tips percintaan.

Untuk tidak menghampakan orang yang tak sengaja terlalu kat sini,
Saya letakkan tips,

"Kalau dapat pakwe/tunang lelaki sejati"

Sejati itu maksudnya,

Dia kaki bola.
Dia peminat tegar motor dan kereta.
Dia pandang pompuan lain yang seksi walaupun tengah minum beromantika di amor dengan pasangan masing-masing.
Dia tak pedulik gossip-gossip artis.
Dia ego tinggi melangit jenis yang kalau cakap,
"Saya mintak maaf. Semuanya salah saya. Awak memang tak salah apa-apa pun"
Bumi akan runtuh.

Cara untuk menangani tahap sejatinya :-

1) Dia kaki bola -> Kita ajak dia teman kita pergi kedai. Tapi dia pentingkan bola yang nak di tonton pukul 5 petang.
- Ajak cara psikologi.

"Takpelah wak, tengoklah bola tu. Saya boleh pergi sendiri. Saya kan memang berdikari. Semua benda saya buat sendiri. Bola tu awak tengok sekali je kan. Saya ni awak leh tengok hari-harikan. Tapi kalau awak nak ajak saya pergi memana, jangan le lupa ajak saya. Walaupun saya tengah best layan citer korea, tapi saya tetap temankan mana awak gi. Takpe..takpe. Saya pergi dulu ya."

- Lepas tu automatis dia akan rasa serba salah. Racun dia lagi. Tapi jangan tunjuk muka masam, suara kuat-kuat. Alunkan nada ala-ala bunyi comel. Kalau dia tak tersentuh hati gak, itu namanya nasib.

*Sesuai kalau games tu ada ulangan. Kalau takde, suh je le dia tengok bola sampai habis. Kesiankan pasangan anda yang takde modal nak bergossip dengan member-member pasal bola*

2) Peminat tegar kereta dan motor.
-Layankan aje kegemarannya sambil diselangkan dengan ayat :

"Awak ada duit? Kalau takde duit, kita simpan dulu citer tu ek. Dah ada duit baru sambung."

3) Pandang pompuan seksi walaupun kamu depan mata.
- Pandang tempat lain.

"Fuh, hensemnya laki tu. Cuba awak tengok. Eh, kita tukar tempat yang. Saya nak tengok ar laki tu"

*Kalau tetiba ada anggota kamu yang cedera atau sakit, itu tanggungan memasing.*

-Tapi kalau dia sayangkan kamu, dia akan mula memandang kamu untuk mengelak dari kamu memandang lelaki-lelaki yang ensem di sana-sinun.

4) Tak pedulik gossip artis.
- Elok le tu. Takyah sibuk-sibuk nak tau perkembangan artis.

5) Ego tinggi melangit.
- Ngaku je kesalahan kamu. Tak salah pun ngaku je salah.

"Awak, saya mintak maaf wak. Salah ke tak salah ke, saya mintak maaf. Sebab saya tau, apa-apa pun, semuanya salah saya. Awak memang tak salah. Awak takyah mintak maaf. Takyah penat-penat ek nak pikir alasan"

- Dia akan jadi bengang. Tapi dia pun mula buat ayat yang sama. So, dia dah mintak maap le kan. Takde le kejadian bumi runtuh.

p/s :
Ini tips bukan dari pro.
Sebarang kesulitan atau permasalahan selepas penggunaan hanya di tanggung oleh individu terlibat.

* Hari ni bengong jap sebab asik kena dengan auditor je*

Malam Ini Kita nonton PAPADOM

Saya kangen untuk berblog.
Idea tersimpul-simpul.
Bila depan pc,
Saya buntu apa nak di cerita.

Ini memang sindrom tiada-daya-berblogging

Cumanya saya nak bagitahu.
Malam ni mau layan PAPADOM.

Ramai yang cakap best.
Saya pun nak rasa kebestan tu.
Yang tak best sebab ada Farid Kamil.
Sebab dia ada magnet dengan prof citer anak mami.
Tapi takpe,
Tengok dulu,
Cerita kemudian.

Yang lagi buat saya teruja.
Best sangat ke PAPADOM sampai boleh kalahkan Talentime.
Kita tengok nanti.
Tapi SETEM memang best.

Kalau PAPADOM best,
Saya buat review.
Kalau citer ala-ala,
Saya senyap tukar topik.

Wednesday, October 14, 2009

Ini Cerita Dah Basi..Tapi Dulik Ahh..

Aktiviti bukak puasa,
Dan berjalan-jalan di hari raya mencari bahan untuk jamuan raya di opis.
Malas cerita banyak.
Biar gambar olah cerita.

Aktiviti Bukak Puasa Di area bukit bintang.








Aktiviti Jalan-jalan cari bahan Jamuan Raya.








p/s :
Walaupun gambar di atas lebih ke arah menunjukkan tuan blog gila bergambar.
Itu silap.
Tuan blog mahu mengelakkan kekeliruan gender owner blog untuk pembaca senyap.
Mereka yang hanya klik,klik atau
Guna key word,
Merawat hati luka, kalendar cina, kawan baik, cara-cara menghadapi putus cinta dll,
Mereka lebih ke arah menganggap tuan blog adalah seorang lelaki.
Ada panggil mr.
Ada panggil encik.
Nasib baik tak panggil Dato'.
Eh, tapi dato' pun boleh untuk perempuan.
Datuk Siti.

Tuan blog bukan lelaki ya.
Dan tuan blog bukan penasihat cinta.
Tuan blog pun lebih banyak meroyan dari berbahasa.
Adios.

Saturday, October 03, 2009

Bangunan Runtuh di Ipoh

Pukul 12 malam.
Saya sembang-sembang dengan bulan.
Mata dah rasa berat tapi Isyak tak buat lagi.
Saya cakap kat bulan saya nak semayang jap.
Bulan dapat kesan saya akan tertidur sebelum sempat gi bilik air amik sembahyang.
Dia mula membebel.

Tup..tup
Saya dengar bunyi ring tone special untuk Bulan.
Bukan tadi saya tengah bercakap ke dengan dia?
Kenapa dia call balik?
Tengok enset,
Jam dah dekat 3 pagi.

Untuk mengelakkan dia menambahkan leteran,
Saya cepat-cepat bangun pergi bilik air.
Baru nak bentang sejadah, dia call lagi.
Rasa-rasa macam ada 30 missed call sebelum ni.

Saya angkat.
Dia cuma jawab,

"Nanti saya call kejap lagi."

Mulalah tu nak perang psikologi.
Ala-ala tektik nak balas dendam.
Ini apa yang saya pikir.

Tapi takpe,
Seruan agama tu lebih penting.
Saya teruskan bersembahyang.
Siap-siap pakai krim, sikat rambut.
Saya tengok takde plak missed call berpuluh-puluh.

Cuba untuk call sambil-sambil cari putik kapas nak sumbat kat telinga.
Bagus untuk mengelakkan bebelan.
Dia angkat dan saya bersedia.

"Yang, kalau saya yang meninggal, agaknya esok pagi baru awak sedar"

Ah, orang tua ni dah start dah.
Saya tergelak-gelak lelucon cover bersalah tertidur time bercakap.

"Yang, kawan saya firdaus meninggal."

"Haa!!!..bila"

Dalam kepala otak pikir budak ni mesti rempit tak ingat dunia.
Walaupun saya tak pernah pun kenal Firdaus ni,
Tapi sebabkan Bulan rajin bercerita perihal kenkawan dia,
Automatis,
Saya pun jadi kenal diorang.
So,
Kalau ikut cerita Bulan,
Dia ni rajin merempit,
Tapi baik.

"Tak yang, mati terhempap bangunan runtuh"
"Kat mana?"
"Bangunan yang nak runtuh dekat traffic lite Fair Park tu."
"Ya Allah, banyak le kereta kena?"
"3 kereta, yang lain selamat. Kereta dia je yang betul-betul kena hempap"
"Innalillah. "
"Jap, saya nak drive jap.Kang saya call awak balik. Kalau awak nak tidur dah, awak tidur le dulu."

Walaupun dia dah bagi permission cenggitu,
Mata saya tetap terpejam celik.
Saya dapat rasa kesedihan dalam suara Bulan.
Dan saya jugak terkejut.
Membayangkan kalaulah saya lalu di situ.
Atau family saya.
Tak dapat dibayangkan.

Itu memang jalan biasa kami di Ipoh.
Dulu kecik-kecik,
Time ada orang berniaga kat situ.
Abah gunting rambut kat situ.
Kalau nak beli paper,
Abah berenti jap,
Lambai tangan kat mamak,
Dia hulur paper dari tingkap kereta.

Sekarang semua dah tutup.
Dengar diorang nak buat bangunan baru.
Kira macam operasi runtuhkan bangunan lama ganti baru.

Saya agak,
Sebabkan gempa bumi kat Indonesia,
Bangunan tu runtuh sebelum di runtuhkan.
Saya pun takleh nak tidur dah.
Mengenangkan cerita runtuhan tu terkait dengan si Bulan.
Saya google nak tau cerita lanjut.

Rupanya diorang buat operasi runtuh memalam hari.
Tapi 9.40 malam,
Jalan tu memang bz lagi.
Tak patut betul kalau buat operasi time tu.
Takkan takde keselamatan kat public sebab tu tempat public.
Oh, saya mula memikirkan masalah bandar ala-ala Datuk Bandar Ipoh.

Bila Bulan balik,
Barulah dia dapat bercerita dengan tenang.
Dan barulah saya tau sebenarnya Bulan dah pergi ke Hospital melihat arwah.
Dia hanya berjaya dapat bercakap dengan saya selepas dia bergerak pulang dari hospital.
Tahap tidur saya memang tidak boleh dibanggakan.
Penat kot. *cover..cover*

Al-Fatihah untuk arwah.
Takziah untuk keluarga si mati.

p/s :
saya berusaha menahan mata supaya segar sehingga subuh.
Ajal maut di tangan Tuhan.

Friday, September 18, 2009

Selamat Tinggal Ramadhan, Selamat Datang Syawal..

Dalam akhir ramadhan,
Untuk amalan yang tak seberapa,
Masih ada ruangkah untuk ramadhan di tahun hadapan?
Sebab jodoh,ajal bukan jangkaan kita.

Cium tangan bonda.
Cium tangan ayahnda.
Cium tangan kekanda,
Cium tangan adinda.
Cium tangan nenda.
Maaf-bermaafan.
Kunjung-mengunjung.
Sudah jadi adat menjelang raya.

Hulur duit raya,
Terima duit raya,
Sudah jadi satu kemestian.

Semua-semuanya yang terjadi di atas,
Meriahnya pada hari raya.


SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR N BATIN.

Thursday, September 17, 2009

Cepatlah..cepatlah..

Sempena besok dah nak balik kg,
Mood nak bekerja pun dah turun level tahap paling bawah.
Nak masuk facebook dah kena block.
Nak beremail-email kat yahoo or google mail pun dah kena block.
Terpaksa layan forum sampai muntah darah.

Mata asik terkeling-keling ke jam.
Bilalah nak pukul 4.40 ni.
Tak sabar nak tunggu besok.

Tapi tak sabar nak tunggu besok sebab nak balik kg?
Atau
Tak sabar nak tunggu bulan datang besok berbuka bersama-sama untuk kali pertama pada tahun ni?
Tak kisah ar memana,
Janji memang dah tak sabar menghitung hari.

Cepatlah, cepatlah..
Selalu kalau time tengah pulun buat kerja,
Masa memang berjalan cepat.
Rasa macam nak pausekan masa.
Hari ni,
Masa macam merangkak-rangkap.
Cepatlah..cepatlah..

Dush,
Kang ada yang update blog sampai 3-4 entry ni.
Kes menghitung hari.
Hiks..

p/s : Orang tengah sawan tunggu masa memang buat entry pun ala-ala takda point..hiks..

Tuesday, September 08, 2009

Mata Pena Lagi Tajam Dari Mata Pisau

Malam ni saya menghabiskan masa mentelaah forum.
Banyak sungguh ilmu yang saya dapat.
Dari sekecil-kecil isu kepada sebesar-besar alam.
Dari isu semasa kepada kisah legenda.

Niat di hati nak sambung tengok cerita korea,
" Why did you come to my house?"
Tapi kerana mood yang membataskan keinginan di hati,
Saya sambung dengan berjalan dari blog ke blog.

Ada yang runsing memikirkan kerja.
Yeah, kita serupa.
Bertabahlah hati.

Ada yang risau memikirkan jodoh.
Jangan risau, semua sudah di tentukan-Nya.
Berdoalah banyak-banyak.
*aiseh, macam yang taip entry ni dah kawen je..hikss*

Ada yang sedih memikirkan rumahtangga.
Ingatlah, setiap yang terjadi ada hikmah tersendiri.
Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.
Pikullah dengan cermat hati.
Tanpa ada tercalar hati.

Ada yang sibuk dengan puasa dan raya.
Masa pantaskan.
Diam tak diam.
Apa kebaikan yang kubuat sepanjang ramadhan?
Herm.. * tunduk memandang lantai*

Ada yang bahagia dengan life yang sempurna.
Tahniah.
Cuma jangan rasa terlalu ghairah.
Masa depan bukan milik kita.
Tabah, tabah dan tabah.
Jika tiba-tiba ada tiang yang rekah.
Tapi saya sentiasa doakan semuanya yang indah-indah belaka.
Dan saya pasti setiap yang menyayangimu pasti hulur doa yang sama.

Ada banyak lagi cerita dalam setiap entry dilawati.
Yang penting blogger silih berganti.

Ada blogger niatnya memang jadi blogger,
Kerana minat pada penulisan sendiri.
Ada blogger niatnya mengikut peredaran masa,
Berusaha mendapatkan rating tertinggi.
Dengan melawat blog setiap orang,
Tinggalkan jejak dan paksa dalam senyap,
"Silalah ke blog saya"

Tak kisah apa niat sekalipun,
Cuma bertanggungjawablah pada penulisan sendiri.
Kerana mata pena lagi tajam dari mata pisau.

Renung-renungkan dan selamat beramal.
:D..

Monday, September 07, 2009

Sayu + Happy = Dapat tudung baru..

Perasaan sekarang :
Bila terasa sibuk di opis,
Saya akan bermalas-malasan di malam hari.

Blog makin lama makin terabai.
Farmville di facebook bukan jadi kegilaan.
Saya cuma melayan comment-comment di facebook sebab ringkas dan padat.
Atau sesekali bermain kuiz gila di facebook supaya mental saya kembali stabil.

Rutinnya :
Setiap pagi,
Sebelum membuat kerja,
Saya akan pastikan menjenguk blog rerakan terlebih dahulu.
Supaya saya tau perkembangan terkini.
Dan kembali menyambung kerja walaupun takde satu blog pun yang saya tinggal jejak.
Ada terasa sayu di hati.
Sebab aktiviti dedulu saya terpaksa lupakan demi mencari sesuap nasi.
Dan kemalasan yang tak dapat dibendung bila di malam hari,
Untuk mengupdate blog.

------------------------------------------------------------------------------

Betul kata orang,
Bila masa tak dapat dikawal,
Kita akan jadi hamba masa.

Betul kata orang,
Bila masa jadi alasan,
Kita akan hilang nikmat perhubungan.

Minggu yang lepas,
Sepenuh masa kita letak untuk satu persahatan,
Lazatnya jelas ketara,
Dan semua kenangan mengimbau.

Semasa itu kita sedar,
Usia kita menginjak bukan setahun dua.
Ada banyak lubang-lubang tahun,
Yang kita bolos,
Bila kita alpa persahabatan.

Tapi,
Terus ke depan,
Sebab yang di depan belum pasti,
Yang belakang jadi panduan diri.

p/s : pergilah jalan TAR pukul 2 pagi di malam minggu untuk menikmati harga tudung yang menarik.
*Untuk mereka yang hanya membeli baju, kain atau tudung dari butik, abaikan pesanan ini. Tak sesuaiii..*

Wednesday, September 02, 2009

Why Girls Luv Flowers

Why Girls Luv Flowers?

Ermm..
Camne nak jawab tag dari Kuza ni ek.
Sebab saya bukan peminat bunga.

Tanda-tanda saya bukan peminat bunga :-

1) Ada jamuan hari raya anjuran company. Kat meja memasing ada bunga. Bebudak opis saya yang pompuan pakat-pakat amik nak letak atas meja. Saya? Buat taktau dan tak rasa paper walaupun meja saya sorang je yang takde.

2) Masa degree punya konvo, saya berharap adalah yang sudi memberi bunga. Bukan suka bunga tapi rasa best bila tangkap gambar pegang bunga. Ex dan rakan-rakan memberi bunga. Balik rumah, bunga tu saya lupa saya letak kat mana. Nasib baik Put kasik bunga kain. So, bunga tu still ada dalam bilik tidur walaupun dah berabuk-abuk. *Sorry Put*

3) Masa zaman kanak-kanak bercinta. Orang bercinta dapat bunga, saya pun terasa nak jugak. Dapatlah bunga-bungaan dari kanak-kanak bercinta. Saya letakkan bunga dalam almari sampai kering sebab taktau nak simpan mana. Last-last sang tikus yang tarik bunga tu taktau mana dia bawak lari. *Tikus pun suka bunga tauu*

4) Mr Bulan tak pernah kasik bunga. Saya ada bersungut, kenapalah tak pernah kasik bunga. Dia cakap, " Nak bunga ke nak aiskrim coklat?" Saya jawab dengan yakin; "aiskrim coklat!!!". Dia tanya lagi, "Awak suka bunga ke?" *mUka kerut-kerut*. Ciss...

5) Saya tak suka cadar katil berbunga-bunga. Saya lebih gemarkan konsep belang-belang walaupun tak pernah beli cadar. Antara baju berbunga dan baju berbelang, saya lebih suka yang berbelang. *Bajet nak nampak kurus*. Dan saya tak pernah pandai memilih kain berbunga-bunga.

6) Kalau mengikut kaum-kaum pompuan melihat bunga-bungaan atau pasu-pasuan, saya cepat mengantok. Kalau ajak saya tengok wayang, men bowling atau men games kat shopping complex, laju je kaki saya melangkah.

7) Bila di tanya bunga apa yang paling di gemari. Saya cukup seksa menjawab. Saya rasa saya lebih gemarkan bunga plastik kot. Takyah nak jaga-jaga. Tapi mengikut layout blog saya yang terdahulu, mungkin saya gemar bunga matahari atau bunga teratai. *Sebab saya pilih layout tu bukan sebab bunga tapi sebab saya rasa macam best je layout yang saya pilih..hiks..*

Eh, tapi tak menjawab lansung tag dari Kuza ni.

"Kuza, boleh tak aku terbalikkan?Bolehkan..kan..kan"

Kenapa saya tak suka bunga?

-Sebab bunga tak boleh di makan.
-Tak boleh nak jual balik kalau dah layu.
-Tak boleh nak men wrestling dengan bunga.

Monday, August 31, 2009

Surat untuk mendiang Cikgu Chee - Dari Penta Sc '99


Arrington,
University Of Edinburgh,
Brussel, England.
27 September 2009.

Kehadapan Cikgu Chee yang diingati selalu. Diharapkan agar cikgu sentiasa sihat sejahtera di samping keluarga. Buat diri anakanda di sini sihat, Alhamdulillah. Masih ingatkah cikgu pada saya? Saya salah seorang bekas pelajar Penta Sc '99. Agaknya bagaimana keadaan SERATA sekarang? Saya ada juga terbaca di akhbar mahupun internet tentang sekolah kita. Amboi, seronok dengarnya. SERATA tetap unggul dengan melahirkan para intelektual yang menyeimbangkan antara dunia dan akhirat.

Benar apa yang cikgu katakan dahulu, kehidupan selepas alam persekolahan bukan semudah yang disangkakan. Ia memerlukan ketabahan, kesabaran dan kekuatan iman. Tambahan pula hidup di perantauan, pelbagai onak yang perlu di tempuh dan tribulasi yang perlu dihadapi.

Cikgu Chee yang dikasihi,
Berkat usaha saya dan dorongan cikgu serta orang-orang tersayang, kini saya telah berjaya melangkah ke menara gading. InsyaAllah akhir tahun ini akan pulang ke tanah air dan bergelar seorang doktor pakar. Sepanjang saya di perantauan, banyak perkara yang saya alami, makanan, bahasa, kebudayaan dan pergaulan amat kontra dengan kita di Timur. Sudah 3 lebaran saya terpaksa berkeseorangan dan bergenang air mata. Mungkin inilah yang dikatakan pengorbanan.

Untuk pengetahuan cikgu, baru-baru ini Norahayu ada menghubungi saya melalui internet. Amboi dia sekarang ini sedang berkhidmat di Makmal Perubatan Malaysia (tercanggih di Asia) setelah mengambil course Teknologi Makmal Perubatan di Glasgow. Sekarang dia dibawah Jabatan Pengkajian Mikrobiologi dan Parasitologi. Dialah yang paling sibuk di majlis tu. Eh, terlupa pula saya nak beritahu. Rahayu cadangkan agar kami, bekas pelajar 5 Science '99 berkumpul di padang Ipoh sempena Hari Kebangsaan. Apa lagi untuk tengok kawadlah disamping melepaskan rindu pada kawan-kawan tersayang. Bila dah berkumpul macam ni macam-macam perkara yang dibualkan.
______________________________________________________
First saya jumpa Khadijah Saad. Sekarang dia jadi duta Malaysia ke Arab Saudi. Maklumlah dia memang teror bahasa arab pun. Piala pidato Arab pun siapa yang pegang dulu. Jadi tak hairanlah dia jadi lagu tu. Monitor kelas kami, Alfarizan tak kurang hebatnya. Dia buka farmasi di ibu kota. Cikgu ingat tak, dialah orang kuat Kelab Komputer selain Suraya. So, farmasi dia lengkap dengan komputer yang serba canggih. Suraya pulak dah buka syarikat komputernya sendiri, lebih kurang Cosmopoint.

Nur Farah Farhan yang sering menceriakan kelas pula dah bergelar doktor haiwan. Dia buka klinik dengan Nurul Jamilah. Cikgu ingat tak Jamilah ada membela katak plastik yang diletakkan di atas rak buku sewaktu di kelas dulu?Sedang asyik kami bersembang, muncul pula Nur Fauzani. Yang terkejutnya, dia tak pakai spek lagi. Kalau dulu spek dialah yang paling tebal. Bila ditanya, dia menuding jari ke arah Nor Zameera. Rupanya Zameera telah mencipta alat yang boleh memulihkan mata orang rabun. Sekarang dia berkhidmat sebagai pakar mata di PUSRAWI (Pusat Rawatan Islam). Hebat singgu. Si Fauzani pula bekerja dengan Umi Hani buka syarikat mengendalikan kursus-kursus dalam bidang ukur bangunan dan arkitek untuk graduan-graduan universiti. Syarikat Excellent Consultancy tu merekalah punya.

Lain pula ceritanya dengan Wildawati yang selalu mem'promote' pil susu kambingnya. Amboi, sekarang dia telah menyambung perniagaan familynya di farmasi. Ubat-ubatannya dieksport ke luar negara. Si Nor Aqidah pula bekerja di Pusat Sains Negara bersama Siti Hawa. Asyik berkepit dengan alat-alatan canggih yang kebanyakkannya lebih besar daripada mereka. Sekarang agak sibuk untuk persediaan melawat bulan.

Untuk pengetahuan cikgu, kami datang bukanlah saja-saja. Ada orang support. Pengangkutan, Puteri Dalila yang taja. Mana tidaknya, saya yang berada di sini pun dia bagi tiket. Begitu juga dengan kawan-kawan yang lain. Dia bekerja di bawah salah sebuah agensi perhubungan dan pengangkutan. Makanan pula ditaja oleh Nor Harlinawati. Dia buka Restoran ALJO Sdn Bhd. Makanannya sedap-sedap. Walaupun restoran biasa tapi keenakkannya macam di hotel 5 bintang. Cikgu nak tahu sebab apa? Kerana penasihat di restorannya ialah Nor Aziah. Katanya nak balas dendam pada orang D.M Catering/ (dewan makan) di SERATA dulu. Dia ambil course Sains dan Pemakanan di Ireland. Jadi makanan-makanan mereka bukan sahaja sedap malah berkhasiat.

Manakala Zura dan Mawarni pula membuka Pusat Rawatan Kecantikan Islam khas untuk wanita sahaja. Semuanya berlandaskan Islam seperti membaca doa sebelum memulakan rawatan. Sesekali cikgu jenguklah ke kedai mereka. Yang mengiklankan tempat mereka tu Hasmida dan Adilah. Mereka ni dulu agak pendiam tapi sekarang hebat sungguh. Kebanyakkan iklan di TV merekalah yang buat. Teringat pula pada Noorhayani dan Juanita. Sekarang ni mereka menjadi jurulatih netball negara. Yang respectnya mereka melatih atlet dengan mewajibkan pemain memakai pakaian yang menutup aurat. Tabik spring kat depa. Natijanya netball kebangsaan jadi johan di bawah pimpinan mereka ke peringkat antarabangsa.

Ada lagi berita yang membanggakan. Azwa, Sufina dan Syuhada sekarang ni dah buka syarikat rakaman nasyid di England. Wah...terbeliak mata orang England bila dengar nasyid-nasyid mereka. Saya pun terkejut juga bila dengar suara mereka berkumandang di radio dan televisyen di sini. Ha.. Zuraini pula sekarang ni jadi pensyarah Biologi dan kerapkali muncul di kaca TV membincangkan masalah alam dan penyelidikkannya tentang lapisan ozon. Kenkadang ada juga muncul dalam rancangan Forum Agama macam di sekolah dulu. Begitu juga dengan Fathiah. Dengar khabarnya dia jadi pensyarah bahasa arab di Jordan. Bangganya anak melayu jadi pensyarah B.A di sana. Dia dulu kalau cakap arab cair orang dibuatnya. Inilah untungnya belajar di SERATA. Dunia boleh, akhirat pun boleh.

Hayah pula di Sek. Sukan Bukit Jalil. Kalau dulu tiap-tiap petang dia jogging keliling sekolah. Lepas SPM dia ambil course Sains Kesukanan di universiti tempatan dan melanjutkan pengajian ke University Of Kentucky, USA. Termakbul juga hasratnya nak jadi jurulatih. Hafizah dan Mila pula jadi orang kuat Microsoft Corp. Malaysia. Banyak projek yang mereka buat. Nurul Fiza pun begitu. Hari tu berseri-seri wajah dia. Mana tidaknya, minggu depan akan terima anugerah dari PM kerana kemenangan sajak Bahasa Melayunya di peringkat antarabangsa. Si Siti Rabunah dan Hasmawati pula berkhidmat di LUTH (Lembaga Urusan Tabung Haji). Hebat sungguh.

Siapa lagi yang belum? Haa..inmi pula kisah Azree. Alah komander kawad '98. Terkejut kami bila melihat perubahan dirinya. Suaranya perlahan dan lemah lembut. Rupanya dia dah jadi isteri Datuk Mufti. Khamalia pula buka syarikat penulisan khat. Amboi smapai tak cukup tangan. Maklumlah hasil kerjanya sampai ke peringkat antarabangsa. Katanya dia ingin menobatkan tulisan khat sehingga seantero dunia. Dijah radzi dan Ziha masih study bersama saya di sini tetapi lain jurusan. Mereka bercadang buka klinik bedah sendiri tapi sebelum tu mereka ada MOU dengan IJN (Institut Jantung Negara). So, kena berkhidmat dengan kerajaan dulu.

Begitulah hebatnya anak-anak didik cikgu. Dahulu kelas kami ni banyak menimbulkan kontroversi. Namun berkat usaha kami dan sokongan cikgu semua, alhamdulillah kami berjaya. Terima kasih banyak-banyak cikgu. Sampaikan salam kami buat semua warga SERATA terutama guru-guru yang mengajar kami. Cikgu Umi Maznom, Mr. Chong, Cikgu Nazeri, Ust. Jawahir, Ustz. Fatimah, Cikgu Ramlah, Cikgu Rohani, teacher Raja Azah dan cikgu Norain. Sesungguhnya tanpa doa dan bantuan cikgu semua, kami tidak akan berjaya mencapai cita-cita kami. Maafkan segala keterlanjuran kami selama ini. Buat akhirnya, sambutlah salam sayang di angin lalu dari kami buat guru-guru tercinta di sana.

Salam rindu
Ainiezan
Brussel, England.

________________________________________________

- Surat ini saya cedok dari Majalah sekolah edisi 1999
- Surat ini bercerita kepada cikgu Chee selepas reunion pada 31 Ogos 2009
- Hari ni 31 Ogos 2009.
- SELAMAT HARI MERDEKA !!!!!!

p/s : al-fatihah untuk Puteri Dalila. (1982 - 2003)






Thursday, August 27, 2009

Tempat Nikmat Bulan Puasa

Bulan puasa,
Time kecik-kecik dulu,
Masuk bilik air tempat paling nikmat.
Suruh mandi 5 minit sekali pun takpe.

Sambil mandi,
Sambil air masuk dalam mulut.
Fuh, lega.
Hilang penat.
5 minit lagi,
Amik air semayang,
Kumur-kumur,
Opss,termasuk dalam perut.
Tak sengaja.
Tapi nikmat.

Bila kat sekolah,
Ustazah tanya sapa yang puasa penuh.
Bangga gila angkat tangan.
Dapatle hadiah sejadah, tupperware.
Paling tak boleh blah,
Ustazah kasik pokok apa ntah.
Tanam hari ni.
Besok dah mati.
Tangan ni ada aura kuat sangat.
:D..

Rutin masuk bilik air lebih kerap time bulan poser terhenti sampai saya darjah 4.
Agaknya keinsafan timbul dalam diri.

So,
Bila ustaz tanya sapa poser penuh.
Angkat tangan dengan bangga.
Itu memang satu kewajaran yang patut diberi perhatian.

Tapi kalau sekarang tengok saya masuk bilik air selalu,
Bukan tanda mengelat ya.
Pundi ini terlalu kecil nak tampung air yang banyak.
Hiks..

Wednesday, August 26, 2009

Entry Basi

Gila lama tak update blog.
Mungkin untuk orang yang memang jarang update blog,
Takat 2-3 minggu tu apalah sangat.
Tapi bagi blogger tegar seperti saya,
*Aisehh..blogger tegar le plak..hikss*
Memang rasa macam bersalah.

Bersalah pada diri sendiri sebab target nak jaga blog ni sampai hayat dikandung badan.
Selagi server dia okies ,
Selagi tulah saya akan cuba bertahan menjadi blogger.
Bukanlah blogger terkenal seantero dunia.
Blogger untuk penceritaan diri sendiri.

Kebelakangan ni terasa bahang tekanan di kepala,
Mungkin kerana saya melupakan blogku ini,
Dan terlalu sibuk untuk menjengah blog rakan-rakan.
Huhh, orang lain pun manyak keja tapi ada masa gak.
*Kata seseorang kepada seseorang*
Saya admit,
Saya tak pandai bahagi masa.
= suka last minute.

Tapi part balik kg saya tak berlengah.
Untuk bulan poser ni,
Boleh dikatakan tetiap minggu balik kg.
Beli siap-siap tiket ketapi setiap minggu,
Dan jadi pembeli magazine setia di kedai sebelah Dunkin Donuts.

Duduk menunggu ketapi tanpa bahan bacaan sangat membosankan.
Tapi sambil-sambil saya duduk,
Pasti ada yang menegur ajak bersembang.
Agaknya muka saya memang ada ciri-ciri suka bersembang kot,
Tapi saya layankan aje.

Belum ada lagi perkenalan di KL Sentral,
Jadi suatu perhubungan baru.
Semuanya takat sembang kat situ,
Dan beredar bila ketapi sampai.

Minggu ni saya balik Ipoh lagi.
InsyaAllah ada suatu lagi perkenalan.
Tapi kena tengok berakhir ke jinjang pelamin di situ,
Atau ada sesi kontek mengontek.

P/S: orang baru mula nak berblog balik, memang idea ala basi-basi. Kepala ting tong.

Saturday, August 08, 2009

Alahai..

Saya bersembang dengan sekumpulan manusia.
Saya cerita tentang Natrah yang sudah mati.
Mereka tanya,
"Siapa Natrah?"
"Kenapa dengan Natrah?"
Saya cerita dari A sampai Z.
Ikut apa yang saya tau.
Dan mereka mengetahuinya selepas itu.
Hanya selepas itulah.
Kemudian,
Lantaklah.
Tak amik kisah.

Saya cerita lagi pasal H1N1.
Saya umpama wartawan yang akan melaporkan berapa orang yang dijangkiti,
Berapa orang yang sudah mati di Malaysia.
Bukan tahap dunia.
Malaysia sahaja.
Dan barulah mereka tau.
Dan rasa macam mau berjaga-jaga.

Saya sembang-sembang lagi.
Menjurus pada politik.
Terus saja jawapan.

"Oh maaf. Saya tidak berminat pada politik."

Saya kaitkan dengan pentadbiran Malaysia.
Kata mereka,

"Oh maaf. Saya tak amik tau. Asalkan kita aman dan bahagia, cukuplah."

Saya sambung dengan tragedi Teoh Beng Hock.
Kata mereka lagi,

"Siapa tu. Yang kecoh kata mati bunuh diri tu ye."

Dan teruskan bercerita dengan topik masakan dan keluarga sendiri.

Sudahnya saya letih.
Saya ikut konsep ikut masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang harimau mengaum.

Saya rasa orang perempuan kebanyakkannya memang mengikut konsep dulu-dulu.
Hanya perlu pikir hal rumahtangga sahaja.
Kalau ada berita tergempar.
Terus percaya tak payah tapis-tapis.

Alahai..

Mental Tak Stabil

Ada banyak rasa nak diluah.
Tapi taktau apa nak diluah.
Ada bahu rasa nak sandar,
Tapi takut berat sebelah.

Ada rasa macam nak nangis.
Tapi yang jatuh air hidung di waktu pagi.
Ada rasa macam nak jerit sekuat hati.
Takut raksasa terjaga plak.

Cuba tonggeng kaki ke atas,
Kepala ke bawah.
Oh tidak.
Penin beb.
Bawak kereta laju-laju?
Tak boleh.
Saya dah berjanji dengan seseorang.
Apa pun perasaan saya,
Sila jangan bawak kete laju-laju.
Tabiat yang dulu,
Tinggalkan jauh-jauh.

Cukup royanan saya untuk takat ni.
Saya belum sempat balas komen.
Belum sempat jenguk blog teman.
Nanti saya cari masa lapang-lapang.
Saya pusing keliling dunia maya.

P/S :
Acu, sorie..tadi bz gilerk tahap gaban.
Ada keje urgent.
Tak boleh nak angkat sebarang telepon yang masuk.
Rasa macam tak cukup napas nak kejar masa.
Fuhh...

Friday, August 07, 2009

Kita

Kita dah rancang hidup dengan cukup cantik,
Tiba-tiba datang bencana yang halang perancangan.
Kita penin kepala.
Mana yang patut dulukan.

Kita cuba untuk amik semua sekali.
Tapi kita tau kemampuan kita.
Kita penin kepala lagi yang mana patut didulukan.

Kita cuba bertenang.
Tarik nafas, hembus nafas.
Pikir-pikir dan dah ada keputusan.
Tup-tup kita dapat pendapat lain.
Kita mulakan balik berpikir.
Pikir-pikir dan pikir.
Kita buntu balik.

Kita cuba taknak berpikir.
Kita berangan-angan dapat jalan sana jalan sini.
Sebab melancong adalah impian kita.
Walaupun lom tentu tercapai.
Berangan pun dapat merilekskan otak kita.

Bos kita kasi info baru,
Jangan terlampau pikir.
Jangan stresskan diri.
Untuk elakkan cancer atau cyst.

Jadi kita cuba taknak berpikir.
Tulah pasal tetiba blog berupdate hari ni.
Kita cuba taknak pikir problem sekarang.
Nehi..nehi..

Kita rasa lega kejap.

Kita sekarang tengah proses memujuk diri.

Walaupun terlalu banyak yang kita rancang.
Kita tak boleh lawan perancangan Allah untuk kita.
Ada tersirat di sebalik tersurat,
Yang kita sendiri taktau.
Semoga kita tabah dan lebih banyak mengadu pada-Nya.
Itulah hikmah yang paling nyata kita nampak.
Dekat pada-Nya.
Rayu pada-Nya.
Mengadu pada-Nya.

Fuh,
Tetiba keinsafan itu meresap dalam diri.
Walaupun hanya seketika. *ini ayat novel*

P/S : Kita itu tidak semestinya saya. Kita itu untuk mereka-mereka yang dalam dilema.

Monday, August 03, 2009

Round Pekan Ipoh Gaya Kaki

Jumaat yang lepas jumaat tergempar.
Berkeputusan nak balik Ipoh pada pukul 6.00 ptg.
Pukul 8 malam bergerak ke Seri Kembangan amik bapak sedara.
Singgah sana, singgah sini,
Sampai Ipoh pukul 11 malam.

Pagi sabtu,
Terus buat keputusan nak servis kereta.
Call Proton Ipoh,
Buat appointment 9.30 pg,
Bagi alasan saya takde cuti dah nak buat appointment lain,
Dan terus bergegas ke Jalan Lahat.
Tapi sebelum tu amik si Bulan di rumah dia.
Buat peneman kalo abang Proton nak ngorat saya.
Hakhakhak..

Sampai tempat servis,
Discuss pasal kereta,
Kemungkinan lambat dapat di siapkan.
Kena tunggu sampai pukul 2 ptg.
Apa kejadah nak tunggu kat situ sampai pukul 2 ptg.

Adakan mesyuarat tergempar.
Ahlinya saya dan Bulan.
Decide nak naik bas pekan nak round Ipoh.
Sebab kali terakhir saya naik bas pekan 1999.
Bulan pulak semasa dia menuntut di UTM.
Naik bas pekan dari stesyen bas ke rumahnya.
Tak ingat tahun bila.

Walaupun kami buntu bas mana yang harus dinaiki.
Tetap tabahkan hati menunggu bas yang tak datang-datang.
Ada satu bas lalu.
Bulan tahan.
Tapi bas berlalu pergi.
Agaknya skill Bulan menahan bas dah takde power.

Sambil-sambil menunggu,
Bulan tunjukkan sandalnya yang telah terkoyak sedikit.
Entah keajaiban apa,
Dia jatuh secara perlahan-lahan,
Dan terjelupuk ke tanah.
Mula-mula rasa nak tahan gelak.
Tapi saya tak mampu.
Gelak memang tak ingat dunia.
Bulan tahan malu dan terus tahan teksi.
Ala-ala menyalahkan bas yang datang lambat,
Membuatkan dia jatuh terduduk dan berharap takde sape yang nampak.

Naik teksi pergi Yik Fong.
Jalan sana-sini takde arah tujuan.
Tetiba berfikir nak tengok wayang kat Ipoh Parade.
Takkan nak naik teksi lagi.

Cuba berjalan dari Yik Fong ke Ipoh Parade.
*Hanya orang Ipoh yang tau jauh tak jauh Yik Fong dgn Ipoh Parade*
Mungkin semangat nak round Ipoh tinggi,
Kami berjaya jugak sampai di sana.
Tapi kaki memang dah lenguh habis.

Jalan-jalan lagi.
Wayang takde citer best.
Pergi pulak jelajah suarasa kat DBI.
Haram satu pun tak menarik.
Mungkin bukan minat saya.
Ditambah dengan cekik darah melampau bila kami makan di situ.

Jalan lagi pergi Greentown Mall.
Niat nak men bowling plak.
Sebab Bulan tak puas hati dengan purata perlawanan,
Yang hampirnya dimenangi oleh saya.
*ayat riak tak hagak-hagak*

Sepanjang kami bermain bowling,
Bulan pernah menang 2 kali sahaja.
1st time menang masa lawan Bowling anjuran Msjbox.
Di mana waktu tu saya tengah sakit tangan sebab terseliuh main badminton kat opis.
Satu lagi time practise kat GreenTown Mall sebelum men Bowling under Msjbox.
Pun disebabkan kondisi saya yang tak stabil.

Yang lain semuanya,
Saya menang.
Heheheh..
*kata-kata riak ini hanya ditujukan kepada Bulan*

Oh lupa,
Baru-baru ni kami main di Sunway pyramid.
Tapi kedudukan seri sebab main 2 games.
Bulan menang sekali.
Saya menang sekali.
Tak dikirakan.

Habis men,
Pergi tengok pertandingan Slam Dunk.
Sapa dapat masukkan bola dalam jaring,
Leh dapat voucher.
Bulan try.
Dan saya try.
Dedua dapat voucher.
Untuk mereka-mereka berkategori rendah,
Jangan rasa rendah diri untuk men netball atau basketball ye.
Usaha tangga kejayaan.
Yang penting,
Aim mesti tepat.
Hiks..

Dah habis aktiviti,
Orang proton call bagitau kereta dah selamat di servis.
Plan nak naik bas terkubur lagi.
Naik teksi dari Green Town Mall plak.

Sampai Proton Centre,
Rasa dah tak larat nak teruskan pengembaraan.
Saya dan Bulan pulang ke rumah masing-masing.
Dan berharap ada lagi pengembaraan gila yang tiba-tiba datang dalam otak.
:)..

Tuesday, July 28, 2009

Dear Awak, Happy Birthday..

Untuk kamu yang bukan berkenaan, boleh tekan butang "X" di atas.
Untuk kamu yang bukan berkenaan, tapi masih mahu membaca,
Terima Kasih.
Untuk kamu yang berkenaan dengan entry ini,
Sila baca sampai habis.

Dear Awak,

Hari ni 28hb Tujuh.
Bermula dari 2007,
Tarikh ini antara yang penting dalam hidup saya.

28/7/2007,
Kita masih kawan biasa.
Yang rajin berSMS dan bertanya khabar.
Cerita tentang isu semasa dan gossip-gossip hiburan.
28/7/2007,
Awak kasik hint hari bersejarah awak.
Saya tau tapi buat-buat taktau.
Sampai awak bagitau secara terus,
Saya wish secara telus hati.
Tiada perasaan selain perasaan hanya kawan.

28/7/2008,
Kita sudah melangkah satu tapak.
Meraikan bestday awak dengan perasaan yang berlainan.
Tapi belum ada tapak.
Hanya tanah rata.

28/7/2009,
Kita raikan dengan lebih awal,
Kita tambah lagi tapak perhubungan.
Ada selangkah lagi tapak untuk kita mula satu perhubungan baru.
Semoga kita berjaya membina tapak yang kukuh.

Awak,
Walaupun pernah tersinggung,
Bila saya cakap,
Belum tentu kita berjodoh,
Bukannya saya maksudkan saya tidak maukan awak.
Cuma masa depan bukan kita yang tentukan.

Kita tidak tau apa yang tersirat di sebalik yang tersurat.
Kita boleh merancang semau yang kita mau.
Tapi apa pun kita perlu balik kepada Pencipta kita.
Hanya dia yang Maha Mengetahui,
Apa yang terbaik untuk kita.
Kita cuma mampu berdoa,
Biarlah hubungan ini kita tambah dengan tapak yang baru,
Dan kekal hingga akhir hayat.
Biarlah 28/7 seterusnya,
Kita raikan dengan perhubungan yang sudah ada tapak,tiang dan asas yang kukuh.

28/7/2009,
Happy Birthday Awak!!
Semoga dipermudahkan urusan dan dimurahkan rezeki.

Saya percaya,
Tuhan ketemukan kita,
Supaya saya kenal awak,
Jadikan pengajaran,
Kita tidak berhak jadi juri,
Menghakimi perlakuan orang lain,
Tanpa kita kenal hati budinya.
Maafkan saya untuk persepsi negatif selama 13 tahun.

Sekali lagi,

Happy Birthday ke-30.