Saya balik kampung sebelum tahun baru.
Tiba di kampung, besoknya ada kematian saudara yang tidak saya kenali.
Asingnya tempat itu.
Tapi masih ada ciri-ciri kampung.
Sedang saya
Kawan merangkap saudara yang di ajak pergi bersama berkata,
"Sebelah ni le rumah Umie . "
Bergegas saya menghantar sms menyatakan saya berada di sebelah rumahnya.
Malangnya saya lupa, kawasan itu tiada talian.
Oh, tidak, bukan saya lupa, saya tidak tahu sebenarnya.
Cuma saya pikir Umie di kl, dan hanya rumahnya sahaja yang boleh dipandang.
Tiba-tiba,
Saudara aka kawan membuat suatu isyarat yang tidak saya fahami.
Maaflah, saya bukan pembaca mulut yang bagus.
Rupanya Umie berada di sekitar rumah keluarga si mati.
Akhirnya dapat juga saya berjumpa Umie di situ.
Kecilnya dunia.
Nanti kita jumpa lagi ya.
Tapi akak takmau melawat muzium.
Seram.
Hahahah...
Cerita 2,
Saya tiada perancangan untuk tahun baru.
Perancangan yang tidaklah bersungguh memang ada.
Tapi untuk melaksanakan agak sukar memandangkan saya semakin malas mau berimpit di tgh orang ramai.
Dulu diakui, asal tahun baru atau merdeka,
Saya akan menjadi kupu-kupu malam.
Semakin meningkat usia,
Saya jadi lemas mau berimpit.
Mungkin hidung saya semakin luas,
Maka bau-bau yang menusuk kalbu bila berimpit tidak dapat ditapis lagi.
Dan sememangnya bagus saya tidak membuat perancangan apa-apa.
Dalam pukul 2 ptg,
Abang yang sulung menelepon, meminta tolong jagakan anak-anak saudara.
Saya bakal mendapat anak saudara lagi.
Kerana hari ini boss saya baik hati.
Maka kami dibenarkan pulang pukul 3 petang.
Mungkin memberi peluang untuk mereka yang menyambut tahun baru,
Membuat persiapan awal.
Lagaknya seperti menyambut raya sahaja.
*SIGH*
Sewaktu jam menunjukkan dalam linkungan 8.00++ malam,
Abang yang sulung menelepon memberitahu anak saudara baru sudah selamat menjenguk dunia.
Bukan lahir pada 2008.
Masih 2007.
Noush, baby baru berkongsi tarikh lahir dengan noush.
*wink..wink*
Bayi itu bayi perempuan.
Harapnya jangan tinggi seperti noush.
Saya tidak mau tergugat bila berjalan disebelahnya nanti.
Hahahah..
Makanya,
Detik 12 malam akan saya sambut di hospital sahaja.
Bertemu muka dengan nurse-nurse dan doktor-doktor yang ensem. *mintak-mintaknya.*
Good bye 2007,
Welcome 2008.