Friday, September 28, 2007

Rencam

Saya menonton AC Disini dalam keadaan panas berbahang di dalam rumah.
Haish, kalau masa sekolah dulu, cakap je panas-panas,
mesti ada suara-suara nakal yang cakap,
"banyak dosa le tu"..

Saya bukan nak cakap dosa atau panas.
Cuma,
Saya dengar Aishah menyanyi lagu Pulanglah di dalam AC Di Sini.
Lagu ni pernah jadi peberet di musim-musim dulu.
Tapi kalau melayan lagu sedih, emosi turut terpengaruh.
Jangan biarkan diri anda dipengaruhi emosi.
Hikkss..

Besok bertolak ke kampung lagi.
*Kena tambah lagi sebab setiap minggu balik kg*
Saya tidak peduli dilabel anak manja,tak boleh berenggang,apa-apa sajalah.
Yang penting saya balik.
Saya ada family.
Kita tidak tahu sampai bila kita menongkat langit.
Gunakan masa yang ada dengan sebaik-baiknya.
Setiap detik itu amat berharga dipenuhi dengan rasa gembira.

Tipu kalau kata tak pernah sedih.
Tipu kalau kata tak pernah menangis.
Cuma jangan dilayan jika emosi sudah terlebih.

Tuhan tidak pernah menduga hamba-Nya dengan ujian yang hamba-Nya tidak mampu.
Selagi diuji, selagi itu bersyukurlah kerana kita termasuk dalam yang diberi perhatian.

Erk, saya tiba-tiba menjadi serius.
Mungkin mood hari ni yang agak kurang baik.
Tapi saya cuba untuk tersenyum sebab saya tahu,
Orang lain tidak tahu mood saya tidak baik.
Kenapa saya mesti nak heret orang lain dalam kondisi saya sekarang.
Paling koman, mood saya kembali stabil bila saya cuba tersenyum.

Senyum adalah perkara yang paling senang dibuat untuk suatu permulaan hubungan.
Senyum sebanyak mana pun,
sekurang-kurangnya bahu kanan yang ringan kerana mengumpat sudah terisi dengan sedekah dari senyuman. Hikss..

:)

P/S: Aishah antara penyanyi yang saya suka suara dan lagunya.
Kagum gue..hiks..

Wednesday, September 26, 2007

Bulan

Malam ni masuk 15 Ramadhan.
Silalah tengok Bulan di langit.
Kalau tak hujan, bulan terang macam muka saya bola.

Saya suka bulan terang.
Opss, saya bukan serigala ye.
Bukan serigala jadian yang mengimpikan bulan yang terang.
Setakat ni, tiada anjing serigala yang menggigit sebarang anggota badan saya.
Jangan risau jika berdiri di sebelah saya tatkala bulan terang.
Kalau ye pun saya adalah serigala jadian.
Saya mungkin akan jadi anak serigala jadian sahaja.
Muahahaha..

Sambil-sambil keluar dari masjid,
Sesudah Terawih,
Pandang langit ke atas.
Lihat bulan terang, ingatlah saya.
Hikss...

Aiskrim

Semalam, susah hati jugak.
Susah hati kenapa,
Tak perlu le diceritakan di sini.
Yang penting susah hati.

Ajak ana keluar.
Jumpa, mengadu.
Makan-makan.
Sembang-sembang.

Pergi kedai runcit,
Saya mau beli topup,
Ana mau beli aiskrim.
Isk, macam pelik suruh saya memilih aiskrim apa yang diingini.
Macam biasa aiskrim peberet saya yang jadi pilihan.

Ana sampaikan pesan dari seseorang.
Dia cakap, saya tengah sedih, tolong belikan aiskrim.
Nanti dia bayar kat ana.

Saya terharu.
Sungguh.
Nampak kecik tapi saya terharu.
Walaupun dia tiada disisi sepanjang makan aiskrim,
Tapi ingatannya terhadap kesukaan saya bila sedih atau happy,
Buat saya terharu.
Sungguh, saya tak tipu.
Walaupun saya bukan penonjol perasaan yang bagus.
Semoga dia tahu apa yang saya rasa.

P/S: Nanti kita makan aiskrim sama-sama ek..^_^

Monday, September 24, 2007

Kenangan Bulan Puasa

Disebabkan tiada apa yang menarik sepanjang semalam atau kelmarin,
Jadi tiada apa mau diceritakan.
Sebetulnya ada yang menarik dan paling menarik tapi biarlah saya simpan seorang yang menarik itu. Hiks..

Yang saya nak cerita nipun agak menarik.

Kenangan di Bulan Puasa.

Kalau mampu, saya mau bercerita setiap peristiwa di bulan puasa sepanjang 25 tahun saya hidup.
Tapi apakan daya, saya ini insan biasa.
Kadang-kadang ada rasa malas.
Kadang-kadang terlebih rajin.

Haa, mule mau bercerita ni.
*Selepas ini saya mau apply jadi tukang karut dikir baratlah*.
ehehehe..

Dulu saya gemar juga bermain mercun.
Nak-nak ada tukang sponsor.
Tak rugi bermanis mulut.
Abang kedai depan rumah yang jadi tukang sponsor.
Masa kanak-kanak, apalah yang dipikirkan selain seronok bila orang beri percuma.
Kalau sekarang, mungkin saya berpikir, ada mee sebalik udang. *Prasangka tebal*.

Ada sekali, dapat mercun papan.
Tapi saya dan sepupu tak gemar main gantung-gantung mercun papan dan nyalakan api pada sumbu.
Tak suka bunyi yang kuat.

Kitorang lebih suka bukak ikatan mercun papan,
Pegang sebatang mercun papan yang dah dibukakkan benangnya,
Sambil memegang, sambil menyalakan sumbu.
Bila sudah ada api, cepat-cepat baling ke lantai.
Kemudian terkekeh-kekeh ketawa.
Entah apa yang lawaknya ntah.

Ada suatu part,
Saya menunjuk terrer.
Pegang lama sikit baru campak ke lantai.
Tak sempat campak, mercun sudah meletup di tangan.
Atau mungkin saya sempat campak tapi terkene serpihan belerang.

Sudahnya jari saya menjadi hitam.
Dua-dua terkedu.
Sepupu kata muka saya pucat.
Mula-mula takde rasa sakit.
Sepupu tegur baru rasa nak menangis.

Diam-diam masuk rumah,
Cari minyak gamat.
Mak kata minyak gamat bagus kalau kena benda panas.

Sepupu tolong sapukan.
Air mata saya dah meleleh tengok jari dah kembung.
Susah nak makan KFC kalau jari dah kembung.
Huahuahua..

Kitorang diamkan perkara ini sampai hari ini.
Kalau-kalau ada ahli keluarga terbaca, anggaplah rahsia sudah pecah.
Ntah-ntah sepupu pun dah tak ingat.
Itu peristiwa semasa berumur 9 atau 10 tahun saya kira.

Sekarang jari saya alhamdulillah masih sempurna.
Syukur pada Tuhan.

Saturday, September 22, 2007

Tag : Tentang Puasa dan Hari Raya

Sejak bila anda mula berpuasa penuh??
Soalan power rangers ni. Dari pandangan mata kasar, puasa penuh saya bermula darjah 3. Tapi kerana diri ini yang tulus mulus mau membuka rahsia, puasa penuh bermula darjah 6. Eheheh..

Pernahkah anda ponteng puasa dan apakah alasannya??
Kerana saya adalah seorang yang baik maka jawapannya pernah. Alasannya, sewaktu mengambil wuduk untuk sembahyang atau mengaji quran, apabila sesi perkumuran, saya kira air paip itu seperti air pepsi. Enak sekali. Jadi terbatallah puasa saya bilamana sambil berkumur, sambil meneguk air paip. Sebab tu bulan puasa sangat rajin mandi. Tu dulu ar time sekolah rendah. Sebab tu puasa penuh mula darjah 6. (Dari sudut diri sendiri sebab takde sape tau sebelum ni. Kira pecah lobang ar ni)

Adakah anda pernah bermain bunga api dan mercun??
Oh, tu aktiviti rutin masa sekolah rendah. Tapi bunga api ni tak layan sangat. Main mercun lagi gempak. Lagi best kalo campak kat bebudak laki yang nak gie surau. Kes perang dalam bas sekolah melarat sampai kat kawasan rumah. Hahaha..

Juadah apakah menjadi kegemaran anda sewaktu berbuka??
Erm,ape ek?apa-apa yang ada, boleh ar taram. Tapi kalo balik kg mesti nk rasa kuih ketayap mak time bulan poser. Ehehe..

Lagu raya manakah yang anda suka??
Suasana hari raya.. Anuar Zain n Elina(kot camni ar nama dia). Comel je suara..hiks..*saya memang suka menda-mende yang comel ni.

Tahun ini anda beraya di mana??
Kompem balik Ipoh. Takkan nak balik uganda kot. Dah mak bapak pun kat Ipoh.

Pernahkah anda bertugas di hari raya??
Tak pernah..Mintak dijauhkan..

Apakah kenangan paling manis di hari raya??
Balik kg..sekarang dah tak raya kat kg..Raya kat umah sendiri je. Balik kg melawat sedara mara je..:(

Sebarkan tag ini kepada 8 orang sahabat yg dah tak sabar2 nak raya.. ihiks!

Khusus pada mereka yang belum membuat tag ini tapi ada link di blog saya.
Sila-sila buka rahsia anda.
Hahahah..

Wednesday, September 19, 2007

Balasan dari bulan

Ini jawapan dari bulan.
Wah, terasa macam surat untuk bulan pulak.
Bulan-bulan lain mau menjawab,silakan.
Dialu-alukan..hikss..

Bulan itu tahu,

Bulan itu sedar,

Dan bulan itu gembira untuk sentiasa menyinari awak di malam gelap.


Bulan itu juga tahu ada ketikanya ia tak dapat bersama sang bintang..

Tapi bulan itu tetap akan berada di situ...

Bulan itu tetap akan sentiasa bersama awak


Itu janji sang bulan pada awak.


oleh : ______


Ya, sekarang kita bukak sudut sastera pulak di sini.
Walaupun tuan punya blog mempunyai bahasa yang agak teruk,
Tapi tuan blog tidaklah meminggirkan bentuk-bentuk puisi, syair, pantun dan segalanya.

Walaupun semasa menuntut di sekolah, tuan punya blog mempunyai kemahiran untuk tidor di dalam kelas bila masuk sudut sastera dan puisi.

Contoh jelas yang boleh diberikan,
Tuan punya blog paling banyak mendapat markah 1 atau 2 bila tiba pada bahagian,menjawab puisi atau hikayat.
Kedua-duanya tuan punya blog tidak dapat menjawab.
Kalau boleh, tuan punya blog mahu mintak 1 lagi pilihan,
Terangkan tentang bahasa komik,kartun dan sebagainya.
Yang itu pasti tuan punya blog boleh jawab.
:)..

Cintai bahasa kita..budaya kita..adioss..

Saturday, September 15, 2007

Minggu Pertama Puasa

Minggu pertama berpuasa.
Happy dapat balik kg.
Happy ada orang yang sudi ambil di stesen bas.
Happy, happy, happy..

Minggu pertama berpuasa.
Pertama kali duduk hujung bas.
Pertama kali masuk Masjid Jalan Diary.
Pertama kali pergi Pasar Ramadhan Medan Gopeng. (Ye ke, lupe plak).hikss..

Terima kasih.
Terima kasih kerana itu.
Terima kasih kerana ini.
Terima kasih, terima kasih, terima kasih.

Semoga,
Ada bahagia dihujung nanti.
Kita merancang, Tuhan menentukan,
Tapi kita berdoa,

Semoga,
Semuanya baik-baik belaka.
Amin..


P/S->Nota tambahan:

Saya lihat bulan.
Yang ada hanya gelap.
Balik-balik gelap,
Saya lihat ada cahaya.
Saya pikir UFO,
rupanya itulah bulan yang saya tunggu.

Hai bulan,
Saya rindu awak.
Semoga awak terangkan cahaya sampai ke bumi.
Saya tau, awak tiada kuasa.
Jadi saya berdoa.
Biarlah bulan sentiasa bercahaya.
Supaya rindu sentiasa terubat.

Bintang-bintang jangan lari.
Temankan bulan ye.
Tanpa bintang, siapalah bulan.

Hai bulan,
Saya suka awak.
:)

* Inilah jadi kalau saya sedang buhsan.
Abaikan ya kalau rasa macam pening-pening atau muntah-muntah bila baca.
Biar saya saja yang tau kenapa ada bulan,
kenapa ada bintang..hikss...*

Tuesday, September 11, 2007

Aku Mau - Once

Kau boleh acuhkan diriku
Dan anggap ku tak ada
Tapi takkan merubah perasaanku
Kepadamu

Kuyakin pasti suatu saat
Semua kan terjadi
Kau kan mencintaiku
Dan tak akan pernah melepasku

Aku mau mendampingi dirimu
Aku mau cintai kekuranganmu
Selalu bersedia bahagiakanmu
Apapun terjadi
Kujanjikan aku ada

Kau boleh jauhi diriku
Namun kupercaya
Kau kan mencintaiku
Dan tak akan pernah melepasku

Aku mau mendampingi dirimu
Aku mau cintai kekuranganmu
Aku yang rela terluka
Untuk masa lalu

*Maaf, saya dilanda simptom malas mengupdate.
Ini lagu kegemaran saya sekarang.

MAAF DIPINTA ATAS SEGALA SALAH LAKU, SALAH PERKATAAN, SALAH BICARA.

SELAMAT BERPUASA. ^_^

Thursday, September 06, 2007

Rasa macam lama je tak berupdate, padahal baru beberapa hari.
Saya diserang simptom malas berupdate.
Ditambah dengan suasana sekeling yang menjadi pemangkin untuk saya bermalas-malasan mengupdate blog.

Sambung cerita yang sebenarnya dah agak lama.
Saya pergi ke zoo. (rasa macam karangan budak darjah 3 plak).

Dari UIA, tiada hala tuju.
Nak pergi kl memang terasa malas.
Kalau tiada sebab,memang lemah nak melangkah ke kl.
Tak suka tempat yang terlalu ramai orang.
Sesak napas.
Tapi kalau terpaksa, layankan aje.

Seronok jugak pergi ke zoo.
Nak-nak pulak ada orang yang memang pakar hal ehwal binatang.
Saya yang dangkal ni memang rasa teruja le.
Yer la, orang tengok channel 50,51,52.
Saya tengok channel 4,15,17,70.
*Ini saluran untuk astro ye*
Memang jauh beza pengetahuan yang ada.
Hahahah. (gelak untuk diri sendiri)

Kebetulan semasa datang,
ada show dari binatang-binatang di zoo.
Bila part anjing laut, orang utan,
mata jadi buntang.
Bila part burung je, mata jadi kuyu.

Habis show, jalan-jalan lagi.
Jumpa tempat sang beruang.
Saya sukakan beruang sebab bila dipeluk, sangat sedap.
*ini untuk teddy bear*
Bila jumpa beruang yang real,
comel memang comel,
Tapi ganas.

Saya dengar bunyi beruang.
Imaginasi saya memang tinggi.
Saya pikir beruang terlepas kandang.
Saya harus menyelamatkan diri.
Lalu saya pun mau berlari.
Lupa suasana sekeliling.
Selepas itu, baru sedar.
Saya masih di dalam zoo.
Tempat binatang terkurung.
Malu sendiri..Hiks..

Jalan,jalan dan jalan.
Kaki dah luka.
Badan dah penat.
Mau minum-minum.
Sebenarnya saya mau mencari aiskrim.
Bila tensen, bila gembira,
saya memang suka makan aiskrim.
*Habit baru*
Tapi aiskrim yang saya nak, takde kat zoo.
Sedih.

Sambung minum di Kg Baru.
Dari zoo ke Kg Baru,mengambil masa 2 jam lebih perjalanan.
Hahahah..
Kenapa?
Kena tanya orang yang memandu.
*wink..wink*

Kaki memang sakit.
Ada parut syiling 1 sen kat jari kaki.
Tapi saya happy.
Yang penting happykan.
Oh, untuk tidak menghampakan permintaan pakar hal ehwal binatang,
Saya letakkan gambar rakan-rakannya.
Hahaha..